Komplot tipu muslihat Anwar dan menjadikan PAS kuda tungangannya

Anwar Ibrahim dipercayai mula merancang untuk memusnahkan UMNO dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1990 menerusi penubuhan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan).

Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan iaitu Ikatan ditubuhkan pada 28 Februari 1990, sebelum dipercayai ditukar nama kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam usaha Anwar mencapai matlamatnya itu.

Fungsi "Ikatan" antara lain adalah merancang pembentukan satu 'sangkar kosong' pada 1990 untuk dipenuhi penyokong Anwar pada masa sesuai nanti.

Bila Anwar dipecat, diarahkan "burung-burung perjuangan" itu masuk dalam sangkar ini (Ikatan).
Ini bermakna sejak 1990, sudah mula ada rancangan ataupun komplot untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Selama sembilan tahun, parti ini (Ikatan) dipegang dalam diam-diam untuk dijadikan senjata (oleh Anwar). Dan akhirnya lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Anwar juga dipercayai merancang dengan begitu teliti dan cermat perancangannya sejak menyertai UMNO pada 1982 dengan harapan untuk diangkat ke tahap tertinggi dalam parti tetapi dalam masa yang sama menunjukkan sikap berbaik-baik dengan Tun Dr. Mahathir.

Anwar turut meletakkan semua rakannya dari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) serta penyokongnya dalam UMNO ke merata tempat untuk memastikan rancangannya mencapai matlamat.

Di seluruh negara Anwar juga memasang 'mentol-mentol' dari Abim dalam usahanya 'mengAbimkan' UMNO, kalau tidak silap antara sebab-sebab Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan parti Semangat 46 adalah disebabkan angkara Anwar.

Tengku Razaleigh berpendapat wujudnya anasir yang cuba memusnahkan parti seperti tukang karut, tukang pecah-belah dan orang yang mahu menjahanamkan UMNO.
Lihatlah dimana Anwar meletakkan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung Pas , Nasharuddin Mat Isa (Timbalan

Presiden Pas) yang mana golongan ulama Pas menggelar mereka sebagai aliran sekular dalam kepimpinan ulama Pas.
Anasir ini (Anwar) yang tidak pernah rasai menjadi ketua cawangan, ketua bahagian atau kerja keras untuk UMNO tetapi mudah menjadi timbalan menteri dan menteri. Kemudian mahu lebih tinggi daripada itu.

Orang Melayu perlu mengetahui dan memahami perancangan sulit ini supaya mereka tidak mudah menerima kehadiran serta dakyah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dan sekarang ini pun niatnya masih sama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Yang menariknya Anwar sebagai Penasihat Umum PKR tetapi masih belum mendaftar sebagai ahli PKR. Mungkin ada muslihat disebaliknya.

Mungkin Anwar bercita-cita untuk menubuhkan satu lagi parti baru selepas beliau berjaya menjadi seorang ahli Parlimen sekiranya satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa terdekat dan seterusnya dengan impiannya hendak menarik 30 orang ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk menyertainya.

Adakah Anwar melihat Datuk Seri Najib sebagai batu panghalang untuknya menjadi PM sehingga sanggup melakukan apa saja seperti yang dilakukan pada Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun yang lalu.
Apakah yang Anwar telah lakukan pada Allahyarham Tun Ghaffar Baba sehingga Tun Ghaffar berasakan beliau begitu terhina dan menjadi terlalu kerdil di dalam parti yang turut sama-sama didewasakannya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu!

Jika dilihat dari apa yang berlaku sekarang tidak mustahil Anwar sanggup melakukannya sekali lagi dalam usahanya untuk menjatuh dan mengaibkan Datuk Seri Najib.
Datin Seri Wan Azizah tentu masih ingat sepuluh tahun yang lalu di mana Pas memperalatkan Keadilan dengan menjadikan kes Anwar sebagai batu loncatan untuk mengabui mata pengundi terhadap perjuangannya.

Sekarang Anwar pula mengguna dan memperalatkan Pas sebagai kuda tunggangnya untuk mencapai hajat dan cita-citanya menjadi PM.
Lihatlah bagaimana Anwar menyusun kedudukan Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung Pas manakala Nasaruddin Mat pula sebagai Timbalan Presiden Pas supaya senang untuk beliau menjalankan rancangannya.

Tindak tanduk Anwar sejak akhir-akhir ini boleh mengancam dan memporak- peranda keamanan negara.
Penulis berharap semua pemimpin dan ahli PKR tidak menjadikan masalah dihadapi Anwar sebagai penghalang kepada perpaduan bangsa Melayu.

Penulis menyeru Dr Wan Azizah agar mengambil langkah positif untuk kepentingan bangsa. Ingatlah yang PKR bukan lagi parti Melayu, kembalilah kepada perjuangan asal menerusi UMNO.

Kalau betul Anwar melakukan liwat, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.