Rakyat Tidak Akan Lupa Sejarah Pembohongan Terbesar 16 September
Akhirnya terjawab sudah tarikh 16 September yang dicanangkan sebagai bermulanya sejarah Malaysia Baru di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat hanyalah satu sejarah dongeng dan pembohongan terbesar buat rakyat di negara ini.
Hari ini terbukti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mengajar pengikutnya menipu malah tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan suasana yang tidak tenteram semata-mata bagi menjayakan angan-angan tingginya.
Ahli Parlimen Muar yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor, YB Razali Ibrahim berkata walaupun ia tidak menjadi sejarah tetapi bagi seluruh rakyat ia akan tetap dingati sebagai satu sejarah pembohongan terbesar.
Justeru beliau berkata mulai hari ini semua pihak perlu memberi tumpuan terhadap kerja masing-masing daripada membuang masa membicarakan isu berkenaan yang sebenarnya tidak membawa apa-apa perubahan kepada negara.
"Seperti yang dinyatakan oleh pelbagai pihak sebelum ini, tindakan tidak bertanggungjawab
Anwar ini bukan sahaja membuang masa rakyat, penipuan terhadap penyokong, malah menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif terhadap negara.
"Ini termasuklah kedudukan kerajaan sehingga mengundang risiko ketidakyakinan para pelabur luar untuk melabur di negara ini yang akhinya menjurus kepada ketidakseimbangan pasaran ekonomi semasa.
"Sepatutnya dalam tempoh negara yang baru selesai membentangkan belanjawan, adalah lebih baik sekiranya semua pihak bersatu membicarakan bagaimanakah untuk melaksanakan belanjawaan terbabit untuk diagihkan kepda saluran yang sepatutnya untuk menjana ekonomi ke tahap yang lebih baik", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Hari ini, 16 September 2008 merupakan sasaran Anwar untuk membentuk kerajaan baru dengan kemasukan Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam pembangkang.
Sejurus pilihan raya umum lalu, Anwar dengan megah dan bongkak menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pada 31 Ogos 2008, namun kemudiannya berubah kepada 16 September.
Ditanya adakah Penasihat PKR itu perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia, Razali berkata apa jua bentuk hukuman dan tindakan yang perlu dikenakan terhadap Anwar biarlah rakyat sendiri yang menentukan.
"Bagi kita, apa yang penting sekarang adalah untuk meneruskan kerja dan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara", ujarnya.
Berhubung tindakan Anwar untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kononnya sebagai rundingan untuk mengambil alih kerajaan secara aman, beliau berkata tindakan tersebut merupakan satu lagi pembohongan Penasihat PKR itu.
"Ini adalah untuk menutup malu selain menimbulkan persepsi baru terhadap angan-angannya untuk menubuhkan kerajaan baru", katanya.

Comments