Pas bukan parti Islam



Hari ini Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.

Pas pula sebuah parti yang boleh diubah suai dan Pas juga boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling. Hari ini pemimpin Pas boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mahu pun Anwar Ibrahim yang nyata dahulu mereka anggap Anwar sebagai seorang yang tidak berakhlak. Perjuangan Anwar sebenarnya bukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadi untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebelas bulan mereka memerintah, agenda mereka berbulan-bulan adalah 916, Road to Putrajaya, bukan perjuangan yang membela nasib rakyat yang kini sedang bergelut dengan krisis ekonomi.

Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa, rakyat di paksa berdemonstrasi bagi memastikan Anwar dapat mencapai cita-citanya. Pas terperangkap dalam adunan politik Anwar. Ini adalah kerana kebijaksanaan Anwar yang telah menanam ramai orang-orangnya di dalam Pas yang di gelar sebagai kumpulan Erdogan, yang berteraskan sekular.

Apa bezanya orang-orang Pas dengan orang-orang PKR, mereka adalah orang-orang yang di korupkan pemikiran mereka untuk turun ke jalan-jalan raya berdemonstrasi. Anwar telah menanam banyak semangat yang tidak murni dan tidak baik di kalangan orang-orang Melayu. Jika dahulu Anwar menanam budaya berdemonstrasi di jalan raya kini UMNO dan BN telah turut turun padang berdemonstrasi menentang Anwar dan parti PR. Jika dahulu Anwar menanam budaya lompat parti, UMNO melakukan lebih baik dari Anwar. Apa yang Anwar lakukan tidak kesampaian tetapi apa yang UMNO lakukan mendatangkan hasil.
Pas, terdiri dari keahlian rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Hari ini mereka juga memusuhi rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam (UMNO) lebih buruk lagi Pas juga menghina dan biadab kepada Raja dan bersubahat dengan mereka yang sememangnya mahu menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Jika hari ini mereka boleh melakukannya di Perak, esok mereka juga akan biadab dan derhaka kepada Sultan Selangor dan juga Sultan Kedah. Pas menghalalkan perbuatan ini. Pas mempunyai panel-penel yang boleh menghalalkan sesuatu yang menyebelahi mereka dan mengharamkan sesuatu yang tidak berpihak kepada mereka. Pas sememangnya sudah keliru sebelum Anwar menjadi Ketua Pembangkang.

Apabila Anwar bersama mereka, Pas bukan lagi keliru tetapi sudah hilang akal terus. Di Selangor ramai ahli Pas sendiri yang sudah mengeluh dan tidak paham, malahan mereka bagaikan sesat tidak nampak hala dan tujuan perjuangan Pas sebenar. Jika Pas menolak menefesto Hudud sewaktu pilihan raya yang lalu untuk di gantikan dengan negara kebajikan. Sebelas bulan berlalu, apakah kebajikan yang telah diberikan kepada rakyat di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Yang pasti awal-awal, babi yang mendapat kebajikan di Selangor.

Nik Aziz, Hassan Ali hanya mampu melihat saja.

Hassan Ali terus tenggelam di Selangor, Hassan Ali bagaikan lumpuh dan banyak janji-janji Hassan Ali tidak dapat di tunaikan seperti beliau pernah berkata dalam ceramah beliau sebelum memenangi negeri Selangor. Malam ini kita perintah Selangor, esok kita tutup kilang arak di Shah Alam. Hari ini kilang berkenaan tersergam kukuh di persisiran masuk Shah Alam. Mereka menghalang artis luar masuk membuat konsert di Selangor tetapi dalam program mereka ada artis yang tayang buntut.

Hari ini orang Pas derhaka kepada Raja sanggup tidur di atas jalan raya merosakkan kereta-kereta, apakah mereka tidak tahu bahawa Sultan adalah Ketua Agama di sesebuah negeri, menderhaka kepada Sultan samalah seperti mereka menentang Musyridul Am mereka. Apakah mereka lupa akan semua ini hanya kerana gila kuasa, apakah selama ini mereka tidak percaya kepada Raja. Berkurun lamanya kita hidup beraja, tidak pernah kita menderhaka kepada Raja, mengapa hanya sekarang kita bermasalah dengan Raja. Ramai orang Pas yang keliru sekarang, namun Anwar bijak memainkan sandiwara dengan menggunakan Karpal Singh menjadi “bad boys” dan dia tidak mencampuri urusan Raja walaupun dialah perancang utama di belakang tabir.

Saya pasti pilihan raya yang akan di adakan tidak lama lagi, senarionya telah berubah, rakyat sudah mula sedar dan rakyat mahu menghukum PR kerana sikap biadab mereka. Percayalah kita akan merampas kembali Bukit Gantang dan Bukit Selembau, Nizar yang berperangai kebudak-budakan dan tidak matang telah banyak merosakkan imej Pas dan sebaiknya kita dapat lihat Nizar sendiiri yang bertanding di parlimen Bukit Gantang untuk mengukur ke populariti Menteri Besar boneka beliau selama sebelas bulan.

Comments

Anonymous said…
ya benar kata saudara...

dari sudut pandangan saya, pas tidak nampak bahawa anwar cuba gunakan mereka..bagaikan baling batu sembunyikan tangan
Anonymous said…
PKR..PAS = PENCACAI KPD DAP
MELAKUKAN KERJA KOTOR UTK DAP
MERENDAHKAN MARTABAT ORG2 MELAYU SECARA AMNYA
SAMPAI BILA?...
Anonymous said…
Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.