3 kali kalah, Itulah calon PKR di Penanti
Menepati semua ramalan,PKR menamakan Dr Mansor Othman sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Penanti yang dijadual diadakan pada 31 Mei nanti.
Sendiri mengata orang sendiri buat itulah senda gurau politik yang terbit dari pemilihan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia yang berusia 58 tahun ini yang bakal diangkat jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika PKR menang pilihanraya kecil itu.
Sendiri mengata orang sendiri buat itulah senda gurau politik yang terbit dari pemilihan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia yang berusia 58 tahun ini yang bakal diangkat jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika PKR menang pilihanraya kecil itu.
Ini kerana pembangkang sering menjadikan bahan jenaka tentang pemilihan beberapa orang pemimpin UMNO yang tewas dalam pilihanraya dan pemilihan parti masuk ke dalam kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Dr Mansor bukan sekali tetapi tiga kali pernah tewas dalam pilihanraya iaitu pada tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong. Timbalan Pengerusi Pengerusi PKR Pulau Pinang ini diketahui umum sudah set untuk mengantikan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin yang ‘ kena main belakang’ oleh orang dalam PKR sendiri hingga terpaksa letak jawatan. Pengumuman Dr Mansor sebagai calon PKR dibuat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman di Penanti Selasa malam.
Dr Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu. Ada juga yang bertanya tidakkah ini satu bentuk neopotism yakni nak letak kawan-kawan juga pada jawatan penting sekalipun sudah tiga kali ditolak oleh rakyat ? Namun ada juga yang berkata Anwar yang petah bicara dan berceramah itu pasti ada jawapan pada segalanya bila bab terkena batang hidung sendiri. Persoalannya sekarang apakah Barisan Nasional nak menari atau tidak ikut rentak dan irama PKR di Penanti. Memandangkan isu Fairus nak kena dakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia gara-gara aduan dibuat oleh orang PKR sendiri mengenai penyelewengan kuari terhadapnya sudah tidak ada kes makanya secara rasmi sebab musabab pilihanraya kecil ini diadakan hanyalah kerana bekas ADUN Penanti itu ‘hendak melanjutkan pelajaran’.
Dalam pada itu menurut sumber-sumber PKR para pemimpin atasan parti itu tidak ‘ mengalir air mata’ atau gundah gulana dengan kejatuhan Fairus itu. Kebanyakan mereka dikatakan dapat baca riak pimpinan atasan yang nak ketepikan Fairus untuk digantikan dengan Dr Mansor. Fairus yang sebelum ini bikin gempak dalam satu interbiu denghan sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya nak dedah skandal dalam PKR dan kerajaan negeri... akhirnya lembik dan tampil tunjuk muka di majlis pengumuman calon di Yayasan Aman. Setelah Datin Seri Wan Dr Azizah main suka-suka letak jawatan di Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kemudiannya V Arumugam,wakil rakyat PKR di Bukit Selambau yang sehingga hari ini tidak diketahui sebab letak jawatan kini terdapat dua set pemilikan dalam BN samaada nak terus menari atau tidak ikut rentak PKR.
Di satu pihak merasa BN wajib bertanding khususnya untuk jaga maruah UMNO manakala di satu pihak lain mereka ianya hanya membazir waktu dan wang ringgit untuk melayan karenah PKR yang tidak sudah-sudah itu. Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun melontarkan cadangan tentang kemungkinan BN tidak meletak calon. Sebabnya ada jelas melihat pada karenah PKR sendiri hingga pilihanraya kecil ini perlu diadakan. Pada ketika ramai sedang bertaruh samaada ya atau tidak…ada kalangan pemerhati politik yang kuat merasa BN tidak akan letak calon dalam pilihanraya kecil ini. Mereka berpendapat indikasi ini dapat dirumuskan dari keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu yang menyerahkan kepada Biro Politik UMNO untuk membuat penentuan.
Biro berkenaan dianggotai oleh pimpinan paling kanan dalam parti. Bagi mereka keputusan Majlis Tertinggi itu adalah penanda parti itu akan ambil satu pendirian serius dalam hal ini setelah mengambil kira segala implikasi. Sebagai rekod belum pernah dalam sejarah UMNO ia tidak menyertai mana-mana pilihanraya kecil. “Pilihanraya kecil adalah satu mainan biasa dalam bidang politik…tapi bila Biro Politik sendiri nak buat penentuan saya kira pastinya keputusan itu adalah sesuatu yang luar kebiasaan,”kata seorang pemerhati. Apapun yang pasti PKR tidak akan akan menang free pilihanraya kecil ini. Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan ( sebelum jadi PKR)
Aminah Abdullah sudah istihar nak masuk sebagai calon bebas ‘demi untuk tegakan keadilan’.-28/4/2009 (artikel dari agenda daily)
ulasan darulehsantoday:
UMNO/BN harus letak calon untuk mencabar PKR di Penanti, walau pun peratusan untuk menang di DUN itu amat kecil, BN perlu mencabar PKR, jangan biarkan parti liwat itu menang besar/selesa di sana, sudah menjadi teradisi BN bertanding di mana-mana saja kawasan walau pun kawasan itu kubu kuat pembangkang BN perlu memberi tentangan, Insyaallah orang melayu akan kembali menyokong BN/UMNO dalam PRK Penanti. Kepada UMNO Bahagian Permatang Pauh, buang yang keruh, ambil yang jernih, rapatkan semula barisan, lupakan segala sengketa yang berlaku, mari la kita humbankan PKR ke Pulau Jerjak.
Comments