MOGOK LAPAR :PEMIMPIN DAP MEMBUTAL KENYANG, PEMIMPIN PAS KEBULUR KELAPARAN (Satu analisis kebodohan PEMBANGKANG DI PERAK)
Satu analisis tentang kebodohan PEMBANGKANG DI PERAK.
Para penyokong Pembangkang terdiri dari Pas dan PKR yang bergitu suka diperbodohkan oleh pemimpin DAP dengan melancarkan mogok lapar. 20 orang ditangkap termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen dan Adun negeri Perak kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di luar bangunan DAP. Tapi rata-rata rakyat Perak yang ditemui berhubung mogok lapar anjuran DAP mengatakan mereka masih waras dan sedar apa motif dan agenda DAP menganjurkan mogok lapar tersebut.
Ada yang berkata pemimpin DAP sanggup berlapar kerana mereka sudah kenyang ‘meratah’ hasil bumi Perak selama Perak diterajui oleh si Nizar aka keldai. kenapa mereka sanggup mengadakan mogok lapar atau hanya semata-mata kecewa tidak dapat lagi ‘meratah’ hasil bumi Perak.
Kebanyakkan rakyat perak mengatakan mogok lapar itu bukan satu bentuk protes yang cerdik, tetapi ia adalah tindakan mereka yang bodoh dan jahil ilmu agama dan akibat kecewa, otak mereka tertutup rapat untuk menerima hakikat keputusan mahkamah yang mengistiharkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dalam Islam perbuatan mogok lapar tampa makan dan minum ini adalah syirik dan berdosa serta dianggap satu bentuk perbuatan yang sia-sia sahaja kerana ia hanya memudaratkan kesihatan dan tidak memberi apa-apa kebaikan. Sebab itulah, untuk tidak terjerat, Nizar aka si ‘keldai’ kata dia berpuasa sunat. Tapi hakikat dan tujuannya adalah untuk ‘menghalalkan’ mogok lapar anjuran DAP.
Seperti diduga, Ustaz Nga Kor Ming telah mengumumkan bahawa tujuan diadakan mogok lapar adalah salah satu usaha untuk mendesak Sultan Perak supaya di bubarkan DUN Perak.
Tindakan Ustaz Kor Ming mendesak Sultan Perak sebenarnya adalah satu tindakan kurang ajar dan biadab dan tidak menghormati institusi Raja Melayu. Rakyat Perak semakin mual dan menyampah dengan tindakan biadab para pemimpin DAP sejak kebelakangan ini yang terang-terang cuba mengugat institusi Raja Melayu.
Tindakan mogok lapar ini hanyalah satu kerja yang sia-sia dan jelas menunjukan betapa daifnya dan kurang ajarnya pemimpin DAP mempersenda undang-undang dan institusi Raja-Raja Melayu.
Nak buat mogok lapar bukan susah, tetapi untuk benar-benar berlapar tidak semudah mengajak orang berlapar. Para pemimpin DAP boleh ajak pengikutnya mogok lapar, tapi mereka juga boleh secara senyap menyusup ke dalam Wisma DAP untuk makan dan minum hingga membutal kenyang, siapa yang tahu? Yang menjadi mangsa ialah penyokong PAS dan PKR yang termakan dengan hasutan dan dakyah DAP yang mungkin juga akan menerima penyakit, tapi para pemimpin DAP sentiasa segar dan bertenaga kerana mereka masih boleh ‘melalak’ menyampaikan berceramah walaupun ‘tidak minum dan makan’.
Ada yang bersimpati pada mereka yang menyertai mogok lapar, tetapi bukanlah bersimpati sebab mereka sanggup berlapar tetapi bersimpati kerana sedih melihat mereka sanggup di perbodahkan oleh DAP ini boleh memudaratkan kesihatan diri sendiri.
Ada satu SMS yang datangnya dari ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyatakan “suka hati merekalah jika mereka memilih untuk berlapar sehingga menemui ajal sekali pun dan rakyat sedia menabur bunga di pusara mereka nanti sebagai satu penghargaan terhadap perjuangan mereka”. Jadi bolehlah nanti satu lagi plak demokrasi di letakkan di hadapan Wisma DAP sebagai tanda kenangan dan mengingati kebodohan dan kedangkalan manusia yang berfikiran sempit.
Comments
Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.
Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)
Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.
Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.
Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.