Kalaulah T.Mohan menjadi ketua pemuda UMNO
Hee...Hee... Kan bagus kalau la T.Mohan menjadi Ketua Pemuda UMNO, tapi mane boleh pasal di dari keturunan India...
Tapi ape pun det tabik springg pada T.Mohan, kerana dia berani turun ke jalan raya mempertahankan MAICA Holdings dan minggu lepas dia antara sembilan orang yang di tahan polis kerana berhimpun secara haram untuk menyerahkan memo kampung buah pala. keberanian ketua pemuda yang macam ni amat di perlukan oleh BN sekarang ini, bak kata pepatah "kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai" "kalau takut dengan risiko jangan bicara soal perjuangan".
det jarang kutuk khairy dalam blog det ni, tak percaya cari lah mane-mane artikel yang det tulis yang mengutuk dia, kalau ada pun sipi-sipi je la, tapi itu tak bermakna det suka kat dia, mase perhimpunan dulu pun det langsung tak undi khairy. (det pun perwakilan pemuda gak), tapi ape yang berlaku semalam det tengok pemuda MIC bertempur dengan penyokong-penyokong pakatan haram di tepi jalan membuatkan det terfikir kenapa pemuda UMNO takmau turut serta pada perhimpunan aman esok.
Adakah khairy takut kena tangkap? atau pun ada tangan-tangan lain yang menghalang khairy untuk membawa pemuda turun esok atau pun demo jalanan tak ada dalam buku panduan politik khairy, kalau ya demo jalanan tiada dalam buku panduan politik dia det harap lepas ni khairy boleh memasukan demo jalanan tu dalam buku panduan politik dia, pasal ape ? UMNO ni memang cukup hero dan champion dalam demo jalanan ni, ape yang det katakan ni berdasarkan sejarah, ape yang berlaku sekarang ni yang mana puak-puak pembangkang ni buat semuanya depa tiru style UMNO dulu.
Berberapa tahun sebelum tertubuhnya PEKEMBAR (UMNO lah) Datuk Onn bersama 14 orang melayu membuat demo dihadapan Hotel Mejestic Kuala Lumpur (depan stesen KTM) dalam demo tu Datuk Onn dan pengikutnya merayau kepada Duli-duli Sultan supaya jangan menandatangani surat perjanjian Malayan Union, ape bila di halau oleh tentera inggeris datuk onn dan pengikutnya lari sampai ke satu kawasan yang di kenali anak bukit (bukan dekat kedah ekk)di kawasan yang di kenali sebagai anak bukit itulah Datuk Onn dan pengikutnya makan, tidor dan mengatur strategi, di ceritakan proses itu berlaku berberapa hari, tapi malangnya ketika itu Duli-duli sultan telah pun menandatangani surat perjanjian malayan union itu setelah di desak dan diugut oleh pihak british. atas nostalgia perjuangan datuk onn, maka Tunku Abd Rahman mendirikan sebuah masjid yang dinamakan Masjid Negara di atas tapak perjuangan Datuk Onn dulu.
1 Mac 1946:
Puluhan ribu anak melayu berkumpul dan berdemo membantah penubuhan malayan union dan merestui penubuhan Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu di padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru KL, mengikut sejarah itu lah perhimpunan terbesar orang melayu dan demo pertama yang di sertai oleh orang melayu sehinggakan pada 1 Feb 1948 British membatalkan hasrat untuk menubuhkan Malayan Union.
1 May 1946:
Sekali lagi puluhan ribu anak melayu berkumpul dan berdemo dan menubuhkan UMNO di Istana Besar Johor Bahru.
12 Dec 1950:
Rusuhan Natrah di Singapura, UMNO Johor dan UMNO Singapura yang juga di kenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) telah turun ke jalan membantah keputusan mahkamah yamg mana natrah mesti dibawa pulang ke belanda dan di letakan dibawah jagaan pihak gereja dan akan di kristian kan semula di belanda, dalam kejadian tu ramai pemimpin muda UMNO Johor dan Singaura di tahan oleh pihak British, malah menurut sumber ada juga anak-anak muda ini yang terkorban.
13 May 1969:
Peristiwa yang sampai mati pun kita tak boleh lupakan, bagai mana orang melayu dan umno bangkit apa bila puak-puak pembangkang yang di kepalai oleh DAP melalui parti Front Sosialis ingin menghalau orang melayu dari kuala lumpur. Datuk Harun Idris yang ketika itu Menteri Besar Selangor dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO keluar beramai-ramai mengetua demo bantahan, akibat provokasi dari puak-puak pembangkang (Front Sosialis) maka berlakulah tragedi berdarah 13 mei.
Tahun 1987:
Ketika UMNO berada dalam keadaan genting, pada masa itu kaum cina ingin mengambil peluang atas kelemahan UMNO untuk menuntut perkara yang bukan-bukan seperti meminta hak samarata dan memansuhkan kuota bumiputera, Datuk Najib ketika itu Ketua Pemuda UMNO malaysia turun kejalan sekitar kampung baru membantah permintaan kaum-kaum cina" Ucapan Datuk Najib ketika itu ialah " Kita akan mandikan keris dengan darah kaum cina" amat menakutkan kaum cina dan parti-parti pembangkan.
Disember 1998:
Gabungan Persatuan-persatuan Cina (Suqiu) telah membuat 83 tuntutan di bawah 17 perkara yang disifatkan memenuhi hak-hak kaum cina dan menafikan hak-hak kaum bumiputera dan melayu, pemuda UMNO ketika itu membuat demo bantahan di Bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Ketuai oleh Naib Ketuanya Datuk Aziz Sheikh Fadzil. Beliau bertindak aggresif bila masyarakat Cina dibawah Suqiu mempersoalkan hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu.Desakan Suqiu itu telah menjadi satu dokumentasi sejarah mengenai tuntutan mereka untuk mengikis hak - hak yang telah dipersetujui dalam syarat memberi mereka kerakyatan negara ini. akibat daripada protes dan demo jalanan itu, sehingga sekarang desakan suqiu itu tidak kedeganran lagi.
Jadi kenapa khairy takut untuk membawa pemuda umno turun ke jalan raya, sedangkan protes dan protes itu untuk mengekalkan ISA yang selama ini menjadikan negara aman dan damai.
Khairy masih ada masa kurang dari 24 jam untuk mengerahkan semula pemuda umno untuk turun mentertai demo menyokong ISA, kalau tidak amatlah rugi Pemuda UMNO memiliki seorang ketua pemuda yang boleh dikatakan pengecut. baca sejarah, pemuda UMNO tak pernah takut untuk turun menyatakan protes mereka yang berkaitan dengan hak-hak melayu dan kepentingan negara.
Comments
Mak... Ampunkan dosa2 anak mu ini.
Kee..