TAHNIAH UMNO/BN - PAS TUNGGU MASA UNTUK DI KAPANKAN

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang peraih ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.


Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam. DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dengan wajah suggul walau pun kemenangan perpihak kepada mereka.


Kemenangan PAS mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi tidak boleh dianggap kemenangaan mutlak dan ianya pasti menimbulkan pelbagai persoalan.Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394.


Sebelum itu, pada jam 3.40 petang tadi, pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun dengan bergitu yakin menyatakan bancian awal jentera pilihanraya kecil tersebut menunjukkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah "menang dengan majoriti hampir 2,000 undi".


Para penyokong PAS yang percaya bulat-bulat cerita itu pula sudah merayakan kejayaan tersebut, serta mengucap tahniah kepada Fauzi ketika beliau tiba di markas utama PAS Manek Urai pada jam 4.40 petang tadi.


Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada kira-kira jam 7 petang apabila para penyokong BN pula dilihat begitu gembira apabila mendapat tahu calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendahului dengan 30 undi.


Walaupun tewas, Umno sudah pastinya merasa gembira dan pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008. Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.

Apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.


Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.


Lakonan kehadiran Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa duduk bersila makan nasi dengan Nik Ajis juga tidak banyak membantu.


Kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil.Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini. BN hanya berjaya merampas DUN tersebut pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Nyatalah pengundi sekarang sudah meluat dengan perjuangan PAS dan pakatan pembangkang, PAS dan Pakatan DAP dan PKR sekarang ini hanya menunggu masa sahaja untuk di kapankan.

Comments

Anonymous said…
ORANG KELANTAN TAK TAHU, BAHAWA TGNA PUN DAH BERSENGKOKOL DENGAN SINGAPURA.

BEBERAPA KAWASAN DI NEGERI KELANTAN DH DI JUAL PADA SINGAPORE.

TENGOK, SULTAN KELANTAN PUN SAKIT MASUK HOSPITAL SINGAPORE.. SIAPA BAYAR????

TUKAR GANTILAH..... SINGAPORE DPT TANAH DI KELANTAN SEBAGAI BAYARAN PERUBTAN SULTAN.
Mohd Rizal said…
salam bro..maap aku akan kesilapan dr blog sepul

huhu..pas dh kurang dpt undi nya
tp puak2 ni tetap akan bongkak kecuali diorg btol2 kecundang
Anonymous said…
SLM BRO..AKU RASA BN ADE HARAPAN CERAH PRU13 NANTI ASALKAN KITA TERUS GEMPUR HABIS2AN!! YEZZZEKKKKK!!!
Anonymous said…
Salam det...

Nak pesan satu jew kat PAS...

Bungkuslah sebelum anda dibungkuskan. wakakakakkakakka.. larikkkkkkkkkkkkkk
Anonymous said…
pas = 5348
BN = 5283
undi rosak = 117
beza undi pas dan BN = 65
Jumlah Keluar Mengundi = 10631

=================================

pas = 5248
BN = 5283
undi rosak = 117
beza undi pas dan BN = 65
jumlah sepatutnya yang Keluar Mengundi = 10748***

* Pandai Kira Ke Tak???
lagenda said…
SALAM ZIARAH.....

Apa yang penting BN masih relevan untuk semua rakyat berbilang kaum dinegara kita.Sekali lagi tahniah kepada BN dan UMNO kerana berjaya mengurangkan majoriti PAS sekurang-kurangnya depa tak boleh cakap besaq .

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.