Menantu Nik Ajis Pergi Melutut Dekat Presiden UMNO
Benarkah menantu Nik Ajis yang bernama Ariffahmi pergi merayu kepada seseorang meminta supaya YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO untuk mengarahkan SPRM menghentikan siasatan ke atasnya? ini hanya boleh dijawab oleh seorang manusia yang dikenali sebagai Zahari Bin Ismail.
Ariffahmi juga telah pergi menghadap Setiausaha Sulit Kanan Nik Ajis yang berada di Kuala Lumpur untuk meminta bantuan rakan-rakannya di Kuala Lumpur memintas SPRM. Sebelum pergi ke Kuala Lumpur, Ariff dengan angkuhnya memaklumkan kepada staffnya di PMBK supaya “jangan risau sebab ana ada ramai orang nak tolong ana,” tetapi dalam masa yang sama Ariffahmi ini telah menyembunyikan berberapa fail milik peribadinya. ini menjadi tanda-tanya siapa yang sebenarnya yang risau? adakah menantu nik ajis itu yang risau atau staff PMBK.
Katakanlah yang Ariffahmi ini tidak bersalah dan segala tuduhan itu adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan kerajaan pas kelantan buat ape yang dia bersusah payah untuk ‘memintas’ SPRM supaya tidak menyiasat kesnya? Dan buat apa seorang yang kononnya bermaruah tinggi dan menantu Mursyidul Am PAS boleh melutut kepada Presiden UMNO untuk membantu dia menutup siasatan yang dilakukan oleh SPRM? Bukan ke dulu nik ajis pernah cakap, "pergi jahanam dengan UMNO", nah sekarang ni bukan pergi jahanam dengan UMNO tapi datang pula melutut dekat UMNO.
Nik Ajis seorang yang bodoh sebenarnya, dia selaku Pengerusi PMBK tidak tahu yang menantunya itu sebenarnya adalah Hantu di PMBK. Banyak kejahatan yang dia buat sejak dia dilantik menjadi COO di PMBK, antara kejahatan yang beliau kerap lakukan ialah menindas dan mengugut pihak pengurusan yang tidak bersetuju dengannya walaupun tindakan pihak pengurusan itu jelas mempunyai asas.
Kejahatan menantu nik ajis bertambah hari demi hari apabila dia dilantik oleh bapa mertuanya menjadi CEO PMBK dan kini dengan siasatan SPRM, lebih teruk pihak pengurusan diugutnya dan di gertaknya hari demi hari.
Sekarang ini, menantu nik ajis sedang giat melatih staff pengurusan bagaimana untuk menjawab kepada pihak penyiasat SPRM. sambil dia dengan selamba menipu staffnya dengan berkata, “Anta tak perlu risau, ana ada team di SPRM KL yang pantau kes Ana ni dan dia orang akan bagi report kat ana apa anta cakap pasal ana…” nampak tak bagai mana buruknya perangai menantu seorang ulama, dia sanggup mengugut staffnya sendiri.
Menantu nik ajis sebenarnya juga seorang yang hipokrit. Kalau dia di Kelantan, dia akan berlakon seolah-olah dia pijak semut pun tak mati atau kata lain dia lebih alim dari nik ajis dan dia punya berlakon tu sampai tahap dia menolak sebarang permintaan untuk mengambil gambarnya dengan perempuan yang bukan muhrim waima gambar berkumpulan dengan kakitangan wanita PMBK.
Tetapi kalau dia di luar negara,kegatalan dia tu makin menjadi jadi, dia sanggup menjerit-jerit meminta orang tolong mengambil gambarnya dengan perempuan bukan muhrim. (gambar di atas), itu lah serba sedikit cerita mengenai seorang manusia yang kononnya dia ni menantu seorang ulama, det bukan ape, det keluarkan cerita ini kerana det masih lagi teringat bagai mana satu masa dulu nik ajis yang juga bapa mertua kepada Ariffami ini terjerit-jerit mengatakan yang UMNO mengamal dasar memperkayakan anak, menantu, ipar duai dan lain-lain, apa yang nik ajis katakan itu seolah-olah dia manusia yang bersih sebersih-bersihnya, sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan megetahui apa yang nik ajis lakukan, apa segala cercaan yang telah nik ajis lemparkan dulu kini telah terpalit kemuka dan partinya sendiri.
Nik ajis, sudah sampai masanya untuk kamu berundur.......
Comments
Pun macam lagi katak bawah tempurung. Husam pun dah tak caya dengan dia lagi.Kecewa Husam memang nampak terkira,tak tahulah rakyat Kelantan camne hadapi Nik Ajis selama ni.
Mengata Orang dia yang lebih..
orang orang alim kita hormat kerana ilmunya...TETAPI kalau orang alim alim masuk politik,
minta maaf SEBAB politician banyak bercakap BILA banyak beercakap, KESANNYA banyak le yang silap...