PAS KELANTAN KEJAM TERHADAP KAKITANGAN PBT.


Kisah Kezaliman Dan Penyelewengan Di MPKB-BRI - Kota Bharu, Kelantan.

Salam,

Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas bawahan "hamba abdi" di MPKB-BRI... Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji...

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB -BRI… kononnya "Serambi Mekah"… Bandaraya Islam.

Untuk makluman penbaca, kawan saya ni tak pernah miss pangkah PAS dan bantu PAS (tanpa upah) setiap kali pilihanraya baik umum atau kecil diadakan.

Inikah Model Majlis Bandaraya Untuk Negeri Dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat..?

Senarai kezaliman MPKB - BRI kepada pekerja dan juga sedikit kepincangan/kelemahan dalam MPKB - BRI:
  1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (overtime) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian… Ini amatlah zalim dan kejam..!
  2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong (melencong) beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alasan "Lawatan Sambil Belajar" tetapi dalam masa yang sama memaklumkan kepada kami bahawa pada ketika ini MBPK - BRI menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar gaji kerja lebih masa (overtime) kami dalam bentuk wang,
  3. Hanya ada 1 benda sahaja perubahan yang dibuat oleh MPKB-BRI iaitu penstrukturan system jalan-raya/aliran trafik didalam kawasan seliaan MPKB - BRI.
  4. MPKB-BRI sudah "papa-kedana"... banyak harta (aset) MPKB-BRI telah dijual... malahan bangunan MPKB - BRI sekarang disewa dengan PKINK.
Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli–ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap/berperangai kuku besi/firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada EXCO yang memegang portfolio MPKB - BRI, ahli-ahli majlis MPKB - BRI , pegawai-pegawai atasan/pengurusan MPKB-BRI.

Kami diugut akan dipecat/dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB - BRI jika perkara ini sampai kepengetahuan pihak kerajaan negeri/awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU-13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Kalau tiada tindakan dari sekarang, percayalah bahawa PAS akan tumbang dalam PRU-13 di Kelantan dan yang menumbangkan PAS itu tak lain tak bukan ialah kami yang selama ini diabaikan.

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN.

Komen det: lihat lah sendiri bagai mana zalimnya pemerintahan pas kononnya mereka memerintah negeri kelantan berlandaskan islam, sanggup mereka menjadikan pegawai peringkat bawahan mereka sebagai hamba abdi, kata negeri serambi mekah kata negeri yang diturunkan wahyu... kalau sebuah pentadbiran PBT pun PAS tak boleh nak handle, macam mana nak perintah MALAYSIA?


Kepada sesiapa kakitangan PBT atau kakitangan Kerajaan Negeri yang ada pasang niat nak pangkah PAS pada PRU akan datang, karang baca lah rintihan rakan korang yang berada di Kelantan Negeri Serambi Mekah ini, buat la ia sebagai pedoman.

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.