Anwar Gagal Gugurkan Kes Liwatnya.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan penaishat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mahkamah juga menolak permohonan Anwar agar perbicaraan kes itu, yang sedang berjalan, ditangguhkan sehingga rayuannya terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan.
Hakim Abu Samah berkata, bahawa mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Anwar, 63, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga esok bagi menunggu keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah. -
nota: mesti kaw-kaw punya hakim makamah rayuan tu kena maki dengan cukung-cukung anwar, sure macam-macam diaorang mengata kat hakim tu.
Comments