Jual 2 Aset Yayasan Selangor Untuk Fund PKR...
Bangunan yayasan selangor di bukit bintang bernilai RM300 juta, harga bangunan yayasan selangor di kampung baru bernilai kira-kira hampir RM200 juta. kemana duit-duit itu disalurkan sekiranya khalid berjaya menjual kedua-dua aset yayasan selangor itu? jawapannya senang je, khalid akan gunakan duit hasil penjualan bangunan itu untuk fund pkr dalam pru akan datang.
Mungkin akan ada orang kata duit tu khalid nak gunakan untuk jana ekonomi selangor, pada aku lebih baik khalid jana ekonomi pkr lebih penting dari jana ekonomi selangor, kerana kalau pkr tidak mempunyai cukup dana, besar kemungkinan kempen-kempen pkr tak boleh berjalan dan macam mana pkr nak menang pilihanraya akan datang dan jadi kerajaan negeri lagi, kerana jentera pkr selama ini menumpang jentera pas dan dap, pkr selama ini memang tidak ada jentera pilihanrayanya sendiri, malah sekarang ni mana ada lagi orang nak sokong pkr jadi untuk menggerakan jenteranya pkr terpaksa mengupah pas, dap dan buruh asing untuk memasang poster dan berkempen untuk mereka, kalau dulu minta bantuan pas boleh la pakai ayat Fisabillilah, tapi sekarang mana boleh pakai ayat tu lagi, sedangkan bebudak unit amal pun dapat seorang RM50 untuk kerja jaga jalan ketika ceramah, takkan kali ini pas nak tolong pkr free je kut.
Sudah pasti dengan menjual bangunan yayasan selangor khalid dan pkr mempunyai banyak duit untuk menggerakan jentera pilihanraya mereka, cuma aku tak dapat apa-apa info lagi sama ada duit hasil menjual bangunan yayasan tu digunakan sepenuhnya oleh pkr selangor atau pun di bahagi-bahagikan kepada rakan pakatan di selangor atau ianya di serahkan kepada pkr pusat dan anwar untuk menguruskannya.
Comments
Rupanya kerajaan negeri Selangor yang dah nak "kena jual"...