Anwar Arahkan Zaid Saman Hudud PAS...

Kanapa anwar merestui azmin bertanding jawatan timbalan presiden pkr? bukan kah kalau dikira senioriti dalam permainan politik zaid lebih layak memegang jawatan itu, zaid telah korbankan jawatan menteri di jabatan perdana menteri kerana taat setianya pada anwar.

Masih ingat ke kita sewaktu zaid menjadi menteri dulu zaid telah menggemparkan negara kerana dia nak saman hudud pas? masa tu kaw-kaw pas maki hamun umno, tapi pernah ke kita bertanya siapa yang arahkan zaid untuk saman hudud pas tu?

Banyak orang tak tahu sebenarnya sewaktu zaid menjadi menteri jpm, zaid bertuan kan anwar bukan bertuan kan pak lah (ketika itu pak lah jadi pm) dulu kerap kita dengar cerita masa anwar dalam penjara, ada pemimpin tertinggi umno datang jumpa anwar, ada menteri datang jumpa anwar, kemudian macam-macam lah nama menteri dan mt umno yang keluar, padahal nama-nama yang di sebut tu haram tak pernah pijak pun penjara sungai buloh, sebenarnya yang kerap datang jumpa anwar di sana ialah zaid ibrahim dan atas arahan anwar jugalah zaid tampa berbincang dengan pak lah dan mt umno terus di samannya hudud pas.

Kenapa zaid buat macam tu? ianya atas arahan anwar ibrahim untuk memburukan image pak lah dan umno, pak lah ketika itu terkenal dengan gelaran mr.clean (ketika itu kj belum keluar kuku lagi), jadi untuk memburukan image pak lah, umno dan bn maka anwar menggunakan zaid untuk merosakan image baik pak lah, tidak ada arahan dari pak lah menyuruh zaid menyaman hudud pas, tidak ada perbincangan dalam meeting mt umno supaya hudud pas di bawa ke mahkamah, zaid bulat-bulat mengikut arahan anwar.

Sebenarnya zaid lah petualang dalam umno, segala rahsia dalaman umno dulu zaid lah yang bongkarkan, itu sebap bila pak lah dapat tahu cerita ni zaid di pressure untuk letak jawatan. korang pikir logik la, pas kata tun mahathir jahat, firaun la itu la ini la, tapi ada ke zaman pemerintahan tun, tun arahkan menterinya untuk saman hudud pas? tak ada kan, inikan pulak pak lah cucu seorang ulama, takan la dia nak saman hudud pas tu, walau pun dia tahu hudud yang pas buat hanyalah mainan politk je. itu pasal bila wartawan tanya zaid atas arahan siapa dia saman hudud pas ni, zaid jawab atas inisiatif dia sendiri, dia tak berani nak sebut pm atau umno yang arahkan, kalau betul saman hudud pas tu atas arahan pm atau umno, dah tentu dia sebut nama pak lah.

Pas sepatutnya meminta ampun pada pak lah dan umno kerana sesedap mulut je mereka menuduh ini kerja pak lah dan umno, padahal saman hudud tu pak lah dan umno sendiri pun tak tahu, anwar lah yang mengarahkan zaid untuk saman hudud pas.

Comments

Anonymous said…
gila punya zaid jadi kaya masa dalam umno kemudian tikam umno dari belakang.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.