Haa...Haa....Haaa.....Suara Keadilan BANKRUP

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bagi memasukkan penghakiman terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain, dalam saman fitnah RM100 juta terhadap mereka. Penolong pendaftar kanan Noordura Mohammad Din yang memutuskan demikian juga berkata jumlah kerugian akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah.

Zambry memfailkan saman fitnah dengan menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam saman yang difailkan pada 25 Februari itu, Zambry mendakwa tulisan bertajuk 'Zambry disyaki pengganas gagal masuk ke Amerika Syarikat' yang disiarkan lidah PKR itu merupakan satu fitnah dan berita tersebut merosakkan reputasi peribadi, awam dan politiknya. Katanya, tulisan dalam isu Disember 29, 2009 - 5 Januari 2010 itu bermaksud beliau disyaki sebagai pengganas dan tidak layak memegang jawatan menteri besar negeri itu.

Zambry menafikan bahawa beliau tidak dibenarkan memasuki Amerika Syarikat dan beliau sememangnya memasuki negara itu. Kunjungannya ke AS juga dilaporkan secara meluas oleh media dan defendan berkenaan sengaja menerbitkan kata-kata fitnah tersebut, kata Zambry. Suara Keadilan kemudiannya menerbitkan permohonan maaf melalui satu tulisan 'Mohon Maaf Dr Zambry' dan akhbar itu turut menarik balik laporan berkenaan melalui penerbitannya pada 30 Mac. Firoz turut memberitahu wartawan, mahkamah menetapkan 29 November untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujah berhubung dakwaan fitnah atas perkataan-perkataan lain dalam saman berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.