Perbezaan Antara FELDA Dan Ladang Rakyat...


FELDA

Tanah:

Tertakluk kepada akta GSA.
Peneroka akan dapat tanah kebun bergeran 10 ekar, rumah dan tapak rumah.
Tanah peberoka akan diwarisi kepada generasi anak peneroka.
Tiada konsep pajakan dalam felda.

Sosial:

Terdapat badan peneroka iaitu JKKR, GPW dan belia bersama pengurusan menjaga kebajikan peneroka.

Terdapat banyak bantuan diberikan antaranya:
a. pinjaman untuk membesarkan rumah peneroka.
b. skim insentif usahawan felda.
c. khairat kematian.
d. sumbangan kepada anak peneroka ke universiti.

Pendapatan Peneroka:

Pendapatan terjamin berdasarkan kepada harga sawit dan getah semasa. purata pendapatan rm. 2500 - 3000.
Bagi peserta tanaman semula, peneroka akan diberikan elaun sara hidup sebanyak rm 1000 sebulan bagi setiap peneroka.
Bonus tahunan berdasarkan hasil.
Bonus hari raya.
LADANG RAKYAT

Tanah:

Tertakluk kepada akta tanah kerajaan negeri.
Peserta hanya dapat rumah dan tapak rumah melalui perjanjian sewa beli. tanah kebun tidak akan diberikan geran.
Tanah kebun tidak boleh diwarisi.
Terdapat tanah ladang rakyat dipajak selama 99 tahun kepada bukan peserta dan pemaju luar.

Sosial:

Tiada badan yang tersusun menguruskan peserta.
Tiada apa-apa bantuan.

Pendapatan peneroka:

Pendapatan berdasarkan kepada kerja di ladang, pendapatan maksimum boleh mencecah rm 700 dan ditambah dividen rm 200, jumlah pendapatan maksimum rm 900.

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

PRU 13: Calon BN Dun Batu Tiga Tenang Menjawab Soalan Dari Penyokong PAS...