Jelajah One Malaysia (JOM) Sarat Dengan Aktiviti Masyarakat.


Jelajah one malaysia (jom) menamatkan pusingan pertamanya di negeri sembilan, setelah hampir seminggu mereka menjelajah ke negeri terengganu, pahang, johor dan melaka, akhirnya tamat di paroi negeri sembilan.

Satu program pemuda umno/bn yang cukup membanggakan. jelajah jom bukan satu jelajah yang kosong, ia satu jelajah yang sarat dengan aktiviti kemasyarakatan dan programnya bukan hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja, ianya satu program untuk berbilang kaum dan agama.

Hari terakhir jom berlangsung di flet seri perdana, walaupun hujan lebat, itu tidak mematahkan semangat peserta-peserta jom dan orang ramai untuk hadir ke majlis penutup jom, di anggarkan kira-kira 3000 orang hadir malam semalam.

Program terakhir semalam di paroi di mulakan dengan nyanyian lagu negara ku dan lagu barisan nasional, selepas itu, ketua pemuda bn, khairy jamaluddin naik ke atas pentas untuk berucap, dalam ucapannya kj mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan jelajah one malaysia (jom) dan kj memberi pesanan kepada semua ketua pemuda bahagian yang hadir supaya berkerja kuat untuk memastikan kemenangan bn dalam pru akan datang.

Datuk ali rustam sewaktu berucap di JOM di melaka.



Penutup JOM di paroi negeri sembilan, malam tadi.



Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.