Pakatan Cuba Di Hidupkan Kembali Fahaman Komunis


KEPALA BATAS 26 Jun — Siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini, katanya.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara,” katanya mengenai penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Anggota Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj semalam. - Bernama

pada aku simple je... benda ni berlaku kerana menteri dalam negeri lembik nak mampos, tak berani gunakan isa kepada puak-puak ni, ini bukan kali pertama mereka buat perkara ni, dah banyak kali dah, lagi satu perbuatan mendewa-dewakan chin peng dan komunis lain di buat oleh akhbar milik mca sendiri iaitu "the star" malah the star pernah buat xklusif coverage pada chin peng klik sini. tapi langsung tak ada tindakan pada kementerian dalam negeri.. nak sekarang telunjuk dah menjolok mata, pada muka...jangan terkejut, sejarah akan berubah, akan ada anak muda yang mula mempersoalkan institusi raja-raja melayu pulak lepas ni dan mungkin ada yang berkata, bapa kemerdekaan malaysia sebenarnya adalah chin peng bukan Almarhum tunku abdul rahman.

Comments

Anonymous said…
haa... teringat balik kata salah seorang anggota vat69 dalam rancangan history channel, katanya, komunis bukan menyerah kalah tapi komunis hanya berundur sekejap, mungkin mereka tak berjuang di hutan lepas ni, mereka berjuang cara lain..
whiteorange said…
Peringkat awal dulu komunis memang berjuang dibandar bandar menerusi Persatuan buruh dan parti politik seperti PSM dan DAP. Setelah rancangan Briggs diperkenalkan barulah mereka lari ke hutan.

Dulu Melayu tidak ramai yang terlibat, tapi tanpa kita sedari, agenda ini telah dihidupkan semula dengan mengkudakan orang orang Melayu yang bermasalah seperti Anwar dan Mat Sabu.

Aku sangat berharap kerajaan tegas menggunkan segala undang undang dan akta yang ada untuk mengatasi kelompok kelompok ini. Ini juga adalah satu bentuk kumpulan terrorist yang mahu menggulingkan kerajaan secara paksa.
whiteorange said…
YAHUDI + ANWAR + KRISTIAN + KOMUNIS = BERSIHIT
Anonymous said…
Ni yg sangkut.Yg dah terlepas kita tau ke.Melayu dulu 1 padu,tapi skrang hampe.Mudah di hasut,di momokkan dgn ceramah mengarut,di hasut,di bakar.Mmg betul komunis bkn kalah,tapi berundur.Mmg dia org nanti masa je,nak capai semula keinginan.Utk tebus malu kerana berundur.Syg sekali kuasa,duit dan politik mengaburi mata anak bangsa melayu.Lebih gemar bertempik di tepi jalan.Tapi tak faham apa yg di laungkan.
Anonymous said…
Alah korang aku rasa dah leh agak dah apa PR kata nanti.Dah tentu rancangan jahat UMNO.Yg kena tangkap tu dah tentu kambing hitam,ntah kutip dari mana.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.