Pemimpin UMNO Perlu Contohi Adun Sementa Ini...
Pada aku inilah pemimpin umno yang ikhlas dalam perjuangan, inilah pemimpin umno yang berjiwa besar, dia saat orang lain sibuk melobi sana melobi sini, dari sumber-sumber yang aku dengar, dia tak mahu lagi bertanding pada pilihanraya umum akan datang.
Bergitu besarnya jiwa yb rahman palil ini, bukan senang untuk melepaskan kerusi yang telah dan di menangi selama empat penggal, tapi itulah dia yb rahman palil.
"Berikanlah peluang kepada orang muda" itulah perkataan yang keluar dari mulut rahman palil kepada orang bercerita dengan aku, rahman membuka peluang kepada orang muda untuk menggantikan dia di dun sementa.
Bukan semua orang umno berfikiran seperti rahman palil ni, demi parti dia sanggup membelakangkan kepentingan peribadi, kalaulah semua adun di selangor berjiwa besar seperti rahman palil ni, aku yakin dan percaya bn/umno pasti akan menawan semula negeri selangor.
Comments
Sebelum ADUN dia siapa? Pasti sudah cukup kekayaan dan dah pandai jadi pengarah syarikat sana sini.
Mengundurkan diri bukan satu pengorbanan atau satu kebodohon.
Ini adalah caturan orang bijak.
Pemikiran orang Melayu Senang Bolos!!
Tak usah jilat dan jadi pembodek kepada orang yang nak undur sebab terlibat dalam banyak kes-kes yang belum selesai siasiatan.
Hang hentam Ayah Man tu pe sai?. Dia cakap benar saya rasa. Kamu ni penjilat ke?
ADUN sementa ni banyak kes belum selesai, nak menang PRU 13 nak cari maut.
Semua bolih terlingkup. Dia tu cik gu sekolah je klau tak salah.
Masa untuk UMNO sudah lama berakhir bila UMNO ketika itu mempertahankan Zakaria Daros dgn rumah besarnya yg mengenetepikan segala peraturan undang2
utk pru 13, dia dah kira tolak campur., tak boleh menang, itulah sbbnya nak bagi laluan, piirah wak..! cakap org politik mcm ni la.
kalau betol2 nak bagi laluan, 2008 dulu bagi la
Lebih baik dia undur saja sebelum disingkirkan dan mohon masuk keadilan lepas tu.