Royal Commission: Sahih Teoh Beng Hock Bunuh Diri...
Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik DAP itu kerana membunuh diri.
Suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pegawai SPRM telah memberitahu inkues dan siasatan suruhanjaya diraja bahawa soal siasat terhadap Teoh tamat pada jam 3.30 pagi dan setiausaha politik DAP itu dibebaskan, bagaimanapun, mereka mendakwa Teoh tidak pulang tetapi sebaliknya memutuskan untuk tidur di atas sofa di pejabat SPRM.
SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN DAP Selangor terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai.
Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang ahli exco kerajaan Selangor dari DAP.
Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada Teoh untuk membuat pengakuan sebagai bukti," katanya.hasil siasatan suruhanjaya itu mendapati Teoh bukan dibunuh tetapi dia merasa terbeban dan tertekan untuk melindungi pelakuan exco dan adun dap itu, dengan perwatakannya yang lemah, telah menyebabkan dia membunuh diri.
Comments
Kalau begitulah cara yang dibenarkan, bayangkanlah bila berkuasa nanti mereka akan amalkan perbuatan seperti itu? Nauzubillahiminzalik...
Keputusan Suruhanjaya Penyiasatan Kematian TBH MENUNJUKKAN KEKUASAN DAN JANJI ALLAH.