Nazir Razak Bantu Malaysiakini Nak Jatuhkan BN...

Adik perdana menteri yang nak pelingkupkan kerajaan barisan nasional.

CIMB merupakan gabungan beberapa buah bank yang asalnya bertunggakkan Bank Bumiputera Berhad. Ia kemudiannya ditukar kepada Bumiputera Commerce Berhad dan akhirnya kepada CIMB setelah berlakunya penggabungan dengan Southern Bank dan juga penjenamaan semula (rebranding).

Sungguhpun kumpulan politik bumiputera tidak berpuas hati dengan pengguguran nama bumiputera namun tidak ramai membantah secara terbuka kerana tidak mahu dilihat sebagai perkauman.

Seorang pemimpin UMNO dalam keadaan bergurau berkata masih ada perkataan Melayu di CIMB cuma Melayu dan bumiputera bukan keutamaan lagi. Kata beliau CIMB merupakan bank 1 Malaysia kerana ia singakatan kepada Cina, India, Melayu Bank.

Mungkin kerana keutamaannya ialah Cina maka Melayu tidak boleh mengharapkan apa-apa yang istimewa kepada bank tersebut sungguhpun ia dipimpin oleh adik Perdana Menteri, Nazir Tun Razak.

Yang sungguh mengejutkan CIMB bukan sahaja mengutamakan Cina biarpun majoriti penyimpannya ialah bumiputera, malah sanggup mengiklan di dalam Malaysiakini.com, portal berita yang menjadi alat menjahanamkan Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia.

Saban hari Malaysiakini menyiarkan berita propaganda memburukkan kerajaan, Perdana Menteri, Barisan Nasional, UMNO dan orang Melayu, namun CIMB yang dikuasai oleh kerajaan dan orang Melayu membutakan mata hati mereka terus memberi tajaan bernilai mungkin jutaan ringgit setahun untuk Malaysiakini.com.

Apakah wajar sebuah GLC yang dipimpin oleh adik Perdana Menteri menyediakan peruntukan iklan kepada Malaysiakini sebuah portal berita yang bukan sahaja kerjanya menjatuhkan BN sejak 1999, malah dikhabarkan menerima banyak peruntukan dalam dan luar negara bagi melemahkan kerajaan sedia ada.

Malaysiakini sentiasa berusaha menimbulkan keraguan dan menanamkan propaganda bahawa kerajaan melakukan penipuan dalam daftar pemilih biarpun telah beberapa kali terbukti tuduhan dan propaganda mereka tidak benar.

Namun CIMB masih terus mengiklan dalam Malaysiakini dan tidak menyumbang apa-apa kepada Sinar Harian.
Kita pasti CIMB akan memberi alasan bahawa penyiaran iklan ditentukan oleh syarikat ketiga yang diberikan kontrak oleh bank tersebut untuk menguruskan iklan CIMB. Alasan ini selalu diberikan oleh pegawai GLC bagi melepaskan tanggungjawab atau sememangnya “bodoh dan bendul” dalam dunia pengiklanan atau memang ia mahu membantu menjahanamkan BN.

Bukankah aneh peruntukan berpuluh juta setahun oleh GLC seperti CIMB tetapi keputusan untuk mengiklan di mana ditentukan sepenuhnya oleh pihak ketiga?

Sekarang kita mahu jawapan daripada Nazir Tun Razak mengapa CIMB berterusan mengiklan di portal-portal berita yang pro-pembangkang sehingga mensabotaj usaha abangnya sendiri untuk memulihkan imej negara dan juga menguatkan Barisan Nasional?

Wajarkah beliau terus kekal sebagai CEO CIMB sekiranya beliau gagal menguruskan hal-hal sebegini sehingga menjadikan CIMB sebagai penyumbang tidak langsung kepada kerja-kerja menjatuhkan kerajaan BN ?

sumber dari mykmu.

Comments

Brahim Nyior said…
Tak wajar...
Anonymous said…
Salam bro...good entri...

Kalau nak jadi CEO kenalah cerdik sedikit daripada orang lain. Kalau macam nilah keadaannya. Perlu letak jawatan dan serah saja kepada orang lain.

Dalam banyak perkara-perkara yang besar, perkara yang sekecil inipun boleh terlepas pandang....GLC bantu biayai talibarut pembangkang?

Bukan perkara kecil bro.....

Sedih...sedih...
Anonymous said…
banyak muslihat yang tidak terungkap..
Anonymous said…
jangan muslihat makan diri ...sudah lah
Kyle Palmer said…
jangan muslihat makan diri ...sudah lah

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.