Tak Kira Siapa Yang Perintah, Cina Tetap Tolak Hudud...
Menurut Ridhuan Tee Abdullah kajian menunjukkan ke atas kaum berbangsa Cina di Malaysia mendapati golongan itu cenderung untuk memilih pemimpin yang korup berbanding pemimpin yang menegakkan negara Islam.
"Mana satu yang kaum Cina suka antara PAS dan UMNO, dia (kajian) kata kaum Cina sedia maklum kepimpinan UMNO itu korup, PAS satu kepimpinan yang berintegriti, tetapi antara kepimpinan negara Islam dengan kepimpinan korup, kaum Cina akan memilih calon yang korup daripada memilih calon yang akan menegakkan undang-udang Islam."
Ridhuan berkata demikian dalam Wacana Sinar (Siri-8) Hudud-Dilema dan Pelaksanaan dipremis Kumpulan KarangKraf di sini hari ini.
Ridhuan menggambarkan persepsi seumpama ini adalah antara kekangan yang membataskan pelaksanaan hudud di Malaysia.
"Saya melihat persepsi masyarakat cina terhadap Islam ini tidak nampak peningkatan yang begitu baik, kita lihat tersebut tidak berubah."
Ridhuan turut mempersoalkan sejauh mana umat Islam bersatu sebagai persiapan mendepani persepsi negatif bangsa lain terhadap Islam.
Mendepani permasalahan ini, Ridhuan antaranya berpandangan agar PAS dan UMNO bergabung untuk sama-sama memainkan peranan melaksanakan hudud.
"Tidak ada cara lain, mereka perlu duduk semeja bincang masa depan agama kita ini supaya tidak dipijak-pijak sedemikian rupa."
Wacana Sinar antara lain menampilkan Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Rasip sebagai panel. MPP Online
komen aku: pas sudah tahu yang cina memang tolak hudud dan pas tahu, punca utama umno tak boleh jalankan hukum hudud kerana cina menentang, tapi pas tetap juga jaja nak buat hukum hudud, kerana itu sahaja modal politik yang pas ada...
Comments
saya rasa, pihak yg berkuasa yang boleh laksana hudud...tidak terlaksananya hukum Allah akan membawa kepada kemusnahan dunia(kiamat)...Innalillah...
mengapa kita mampu melaksanakan hukum ciptaan manusia (undang2 antarabangsa dsb), tetapi tidak hukuman Allah?
maksud saya, kita sebagai rakyat tidk juga mengetahui byk undang2 berkenaan perdagangan, hartanah dsb, tetapi mereka tetap laksanakan...
kaitannya adalah, walaupon kita tidak mengetahui undang2 tersebut, pihak berkuasa tetap boleh laksana, begitu juga hukum hudud...walaupon kita tidak faham/tidak tahu, sepatutnya pihak berkuasa tetap boleh laksanakan...
dimana ikrar kita:
"Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku kerana Allah"
wallahua'alam...