Kaitkan Rusia Dengan MH17, NATO Bakal Di Saman Pengeluar Peluru Berpandu Rusia...

Pengeluar sistem pertahanan udara Rusia, Almaz-Antey, mahu menyaman Kesatuan Eropah kerana sekatan dan pertuduhan tidak tepat dikenakan ke atasnya berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, lapor portal berita Russia Today.

“Sekatan Kesatuan Eropah ke atas Almaz-Antey adalah dipengaruhi keterlibatannya dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine.

“Tujuan sidang media ini dibuat adalah untuk membuktikan bahawa kami tidak terlibat dalam tragedi tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Almaz-Antey Yan Novikov.

Penasihat kepada ketua jurutera Almaz-Antey Mikhail Malyshevsky memberitahu, kesan kerosakan pada bangkai pesawat telah membolehkan mereka mengenal pasti jenis peluru berpandu yang digunakan.

Menurutnya, peluru berpandu BUK 9M317 yang digunakan Angkatan Tentera Rusia tidak menjadi persoalan kerana bentuk serpihan yang ditemui tidak menyamai kemusnahan pada pesawat.

“Sifat kerosakan pada pesawat itu adalah daripada peluru berpandu jenis BUK9M38 dan BUK9M38-M1 dan kesan serpihannya ditemui di bangkai pesawat.

“Kemusnahan pada pesawat dilihat konsisten dengan peluru berpandu 9M38-M kerana ia mempunyai trajektori yang khusus dengan 40 peratus pecahan peluru terjadi dalam gerakan menegak,” jelas Malyshevsky.

Almaz-Antey juga mempunyai bukti bahawa sistem pertahanan udara BUK-M1 dan peluru berpandunya masih digunakan tentera Ukraine pada tahun 2005, dan berdasarkan rekod, mereka mempunyai sejumlah 991 buah peluru berpandu  9M38M1 pada waktu itu.

“Peluru berpandu yang dipercayai menghentam pesawat MH17 iaitu 9M38-M1, tidak dikeluarkan oleh Persekutuan Rusia sejak 1999,” kata pihak Almaz-Antey.

Tambahnya, tembakan peluru berpandu berkenaan tidak mungkin dilepaskan dari Snezhny kerana hasil siasatan mendapati ia dilancarkan dari perkampungan Zaroschshenskoe. Jika ia ditembak dari Snezhny, keseluruhan kabin hadapan pesawat akan meletup dan musnah.

“Jika perlu, kita boleh jalankan ujian di lokasi dengan penyertaan pakar-pakar bebas,” tegas Novikoz.

Walau bagaimanapun, menurut mereka, negara yang memiliki peluru berpandu yang menghentam pesawat MH17 masih belum diketahui selain tidak menolak kemungkinan terdapat pesawat lain yang terlibat dalam tragedi itu.

Almaz-Antey juga menyatakan pihaknya hanya membuat analisis teknikal dan tidak membuat spekulasi sama ada Kiev atau pihak lain yang perlu dipersalahkan.

Sementara itu, pegawai dari Ukraine berkata bahawa negaranya memiliki sistem peluru berpandu BUK M-1 tetapi pada hari kejadian tersebut berlaku pihaknya tidak mempunyai kawalan ke atas kawasan yang disyaki sebagai lokasi peluru berpandu tersebut dilancarkan.

Comments

Anonymous said…
Ini kena tanya pakar ketenteraan mesia.....jentoya.....oops jentayu la! err mana nko? Amsraam, jaddam......haraam jaddah! Mana?
Anonymous said…
Oii...aku tengah berak laaaa...tunggu jappp aku buat kena buat thesis phd baru tahu BUK ker atau Meriam buloh ... Tengok trajectory dulu.. nak kena kaji game angry bird... hu hu..sabor skett..

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.