Ada Kawasan DUN DI Sarawak Sebesar Negeri Pahang....

Kenapa perlu di buat persempadanan semula di sarawak...?

Ini jawapan dari spr, harap geng-geng baju kuning nie baca sampai hadam...


Satu kawasan DUN di Sarawak ada yang sebesar Pahang. Walaupun besar taburan penduduknya, mereka merata. Ada yang masih tinggal di kawasan terpencil dan menggunakan sungai sebagai alat pengangkutan utama. 

Kedudukan rumah-rumah penduduk juga jauh antara satu rumah dengan satu rumah lain. Keadaan bukan macam di bandar yang banyak kelihatan rumah-rumah pangsa. 

Justeru, perlu diperkecilkan kawasan DUN (ini) agar tidak susahkan wakil rakyat di situ. 

Di sesetengah tempat dengan penduduknya kira-kira 6,000 orang, ada wakil rakyat nak jumpa orang pun hampir ‘setengah mati’. 

Dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sesuatu kawasan biasanya akan banyak berubah. Selalunya akan bertambah, waima bilangan dewan atau balai raya sekalipun. Di sebalik ini, proses persempadanan semula sentiasa diganggu oleh Bersih. 

Mereka dikatakan sedia skrip semasa perbicaraan (bantahan) iaitu local inquiry. Mengapa saya kata demikian? Sebabnya apabila dibaca skrip yang disediakan pihak pembantah, semuanya sama belaka di setiap tempat. Kata mereka, bilangan pengundi mesti dibahagikan dengan jumlah kawasan DUN. 

Mana boleh Shah Alam disamakan dengan Sabak Bernam dan Baram? Di Kampung Batu 40 Sabak Bernam contohnya, semua yang tinggal di situ menggunakan alamat sama, bukan berdasarkan nombor rumah tetapi surat tetap sampai juga (di rumah masing-masing). 

Dalam hal ini, SPR dikatakan menipu dengan tidak mengikut perlembagaan. Tetapi sebenarnya mereka (pembangkang dan Bersih) mahukan konsep ‘one man, one vote, one value’ iaitu nilai pengundi di Shah Alam mesti sama dengan nilai di Kapit. 

Sedangkan bilangan pengundi di Shah Alam ini ada bandar rayanya, separuh bandar dan ada juga kampung. Apa yang dibuat SPR ini bukan untuk tentukan kemenangan BN tetapi demi memastikan pengundi dekat dengan alamat persempadanan ini. 

Comments

Anonymous said…
nape kawasan kepong yg ada 70,000 pengundi tanak pecah dua?? SPR memilih untuk memecahkan kawasan yg majoriti support bn saja. SPR takan memecahkan kawasan yg berpihak kepada PR. ini taknik kotor SPR yg diatur umno. ingat org ramai bodoh ka??

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.