Masaalah 1MDB Akan Selesai Akhir Tahun Ini - Wahid Omar

Kemelut berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diselesaikan sebelum akhir tahun.
Janji itu diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi kenyataan bahawa isu 1MDB akan diselesaikan dalam masa enam bulan bermakna sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Ia diberi penekanan lagi apabila kerajaan mengambil langkah proaktif antaranya menjual aset 1MDB dan menggunakan hasilnya untuk MEMBAYAR dan mengurangkan hutang.

“Proses ini akan dijalankan secara mesra pasaran dan telus,” katanya ketika ditemu bual dalam Rancangan Soal Jawab TV3 berkaitan topik, ‘Ekonomi Negara’.

Baru-baru ini, 1MDB mengumumkan bahawa paras hutangnya akan dikurangkan kepada kira-kira RM16 bilion daripada paras hutang syarikat.

Ini menunjukkan kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB, yang turut mencerminkan minat PELABUR antarabangsa dan domestik yang kukuh dalam Edra Energy dan Bandar Malaysia. BERNAMA

Comments

Anonymous said…
Hem ye la to.
Anonymous said…
Dah jadi beban tanggungan jadi memang patut kena bertanggungjawab. Tapi persoalan modal pelaburan ntah lari kemana jadi silent...... mereka cipta cerita supaya lari dari cerita asal!!
Anonymous said…
ya la tu....duit collection GST takder cerita pun...agak2 ke mana ya collection GST?? macai lugu umno boleh la terima karut ni....
Anonymous said…
jln mudah jual harta utk bayar hutang,tupun hanya mengurangkan hutang yg bertimbun,last2 habuk pun tarak...duit berjuta2 lesap...
Anonymous said…
bukan dia ni yg cakap baru ni, ringgit malaysia xkan cecah rm4 utk usd 1...

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.