SPR Menjawab Kecaman dan Kritikan Bersih, Sila Baca Dan Hadamkan...
Ini adalah beberapa kritikan dan kecaman Bersih terhadap SPR, mengenai isu persempadanan semula negeri sarawak yang akan di bentangkan di parlimen minggu depan...
"Bersih mengutuk tindakan jahat SPR itu yang ternyata bagi membolehkan persempadanan semula di Sarawak dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan, walaupun mahkamah masih belum tampil dengan keputusan mengenai rayuan itu,” katanya.
Terdahulu hari ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang notis persempadanan semula SPR bagi kawasan pilihan raya Sarawak itu adalah sah.
Pada 7 Ogos, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 15 Mei yang memutuskan SPR perlu menerbitkan semula notisnya kerana ia tidak cukup butiran lanjut.
"Hasil daripada keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, SPR diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai jenis maklumat yang ingin dibentangkannya kepada orang ramai dan untuk meminggirkan hak dan kuasa pengundi untuk mengkaji cadangan persempadanan semula itu supaya mereka boleh membuat bantahan dengan berkesan, "kata Bersih.
"Bersih sangat kecewa dengan SPR yang menggunakan taktik licin bagi menggagalkan tindakan mencabar cadangan persempadanan semula itu, yang merupakan satu tindakan yang sah."
Kumpulan reformasi pilihan raya itu berkata, harapannya untuk melihat pilihan raya dijalankan secara telus kini menjadi malap, tetapi berikrar tidak akan mengaku kalah dalam perjuangannya.
"Ia memberi petanda jelas yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengesahkan kedudukan dan mengukuhkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini tergugat akibat skandal seperti derma RM2.6 bilion dan juga hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Bersih tidak akan berdiam, akan komited untuk melawan sebarang penipuan dan akan berjuang untuk integriti pilihan raya, terutama dalam kes persempadanan semula pengundi di seluruh negara," katanya. – 15 Oktober, 2015.
Dibawah adalah jawapan SPR bagi menjawab segala kritikan dan kecaman pihak Bersih, kritikan dan kecaman Bersih langsung tak berasas dan berniat jahat....
Bersih jugalah yang menyediakan skrip untuk setiap bantahan persempadanan. Usaha jahat Bersih ini sememangnya telah dihidu dari awal apabila membantah keras proses persempadanan ini.
SPR tak perlu mnunggu untuk Bersih buat proses rayuan sepatutnya Bersih yang perlu pantas kemukaka rayuan bukannya SPR yang perlu tunggu bersih..
Kita juga tahu Bersih bukanlah sebuah NGO Bebas tetapi ia merupakan proksi kepada pembangkang yang mahu merampas pemerintahan dengan cara kotor
Bersih yang sebenarnya mengunakan tektik licik untuk menipu pengundi dan rakyat dengan memutar belitkan fakta..
Berselindung disebalik NGO dan menjadikan SPR sebagai budak belasahan mereka adalah satu kedajalan.
Mengapa Bersih sering jadikan SPR sebagai mangsa utk dihentam..kerana SPR adalah sebuah badan bebas yang sukar untuk dipengaruhi oleh mereka.
SPR telah patuhi setiap proses perundangan dan perlembagaan persekutuan
Jelas Bersih yang sebenarnya bermain taktik kotor dengan menjadikan Sarawak sebagai taruhan untuk mengkucar kacirkan politik Sarawak.
Mengapa Bersih beria-ia sangat untuk menghalang proses persempadanan..sejak bila Bersih lebih pakar dari SPR untuk menjalankan tugas-tugas persempadanan. Bersih hanya tahu nak mengadaptasi kaedah persempadanan dari negara luar yang tidak sesuai dengan keadaan di sini.
Mengapa Bersih dan pembangkang begitu takut untuk menghadapi proses prsempadanan ini. Proses ini masih ada lagi di Parlimen jika bersetuju atau tak bersetuju tentukanlah di Sidang Parlimen. SPR telah memberi ruang dan peluang secukupnya kepada semua pengundi yang terkesan tetapi See Chee How lebih berminat utk membantah di Mahkamah daripada membantah dalam proses yang telah disediakan SPR.
Siapa Bersih untuk mencampuri urusan pengundi Sarawak. Tidak kah ini satu pencabulan hak rakyat Sarawak untuk mendapat kemudahan dan keselesaan dalam pilihanraya.
Comments