Penyumbang Tarik Diri Hanya Sementara - YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yakin tindakan kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan haya bersifat sementara.
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya akan memberi penjelasan kepada para penyumbang supaya mereka kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.
“Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada YaPEIM.
“Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku,” katanya kepada Bernama di Kota Bharu.
Buat masa ini, YaPEIM direkodkan mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.
Abibullah juga memberitahu, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.
Beliau juga tidak menafikan berita bahawa pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut.
Minggu lalu, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendedahkan beberapa siri salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan YaPEIM.
Comments
Bila kelambu dah tiada yang susah adalah golongan sasar. Bila golongan sasar di timpa susah, ia perlu dibantu. Wajib dibantu.
Cumanya siapa yang sanggup jadi kelambu menggantikan kelambu yang telah dibakar? Apakah Pembakar Kelambu nak jadi pengganti atau carikan kelambu baru. Biar betoi.
Nah, akhirnya, suka atau tidak, kau, aku, dia, mereka dan semuanya kena jadi kelambu. Nampak tak bahananya dan akhirannya, wahai pembakar kelambu!
Tp yg bekerja kt YAPIEM mmg anak haran...