Raja Perlis Kesal Stesen TV Siar Banyak Program Melalaikan...
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa kurang senang baginda mengenai program dan acara berunsurkan hiburan dan melalaikan yang lebih banyak disiarkan televisyen berbanding program agama.
Baginda bertitah walaupun program-program dan kelas penghayatan Islam banyak disiarkan di televisyen dan masjid-masjid, namun program hiburan yang keterlaluan lebih banyak disiarkan.
"Saya berharap jabatan dan agensi agama Islam, para pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha mengadakan lebih banyak program dan gerak kerja memperkasa akidah dan akhlak umat Islam negara ini.
Sumber: TMI
Comments