Annuar Musa Kata Selangor Mungkin Milik BN - Kahhhkahhhkahhh...


Tergelak bila aku baca kenyataan ketua penerangan umno malaysia dalam web astro awani, kenyataan annuar musa berbunyi "kelantan, selangor mungkin milik bn pada pru 14", 10 sept 2016...

Adoii la, aku tak mau komen pasal kelantan, pasal aku tak tau apa jadi kat sana, yang aku nak komen kat sini pasal selangor...

Apa penanda aras yang annuar musa bergitu kofident bn kembali memerintah negeri selangor?

Pada aku, peluang terbaik untuk bn kembali merampas kembali selangor adalah pada pru lepas, kenapa aku cakap macam tu? nanti aku berikan dalil-dalilnya...

Jangka waktu dari tahun 2010- 2013 (pilihanraya) adalah waktu-waktu emas umno/bn selangor untuk kembali merampas negeri ini...

Ketika itu najib menjadi panglima perang bn di selangor, gerak kerja bn dan umno pada aku cukup cantik dan tersusun, pelbagai program yang di anjurkan oleh bn/umno, malah banyak juga program-program pusat di adakan di selangor...

MEDIA...

Ketika berdepan dengan pru 13, media arus perdana banyak membantu bn selangor, tiap-tiap hari ada sahaja kepincangan kerajaan pkr selangor mereka dedahkan, isu pasir, isu air, isu perpecahan dalam kepimpinan pakatan, kalimah Allah, isu gereja dumc dan ratusan lagi isu di selangor telah di highlight oleh pihak media, malah ada juga beberapa kali artikel aku dan rakan-rakan blogger lain, diambil oleh media seperti utusan, berita harian dan sinar untuk dimuatkan kedalam website dan akhbar mereka, tv3 khususnya memberikan satu slot khas sebelum buletin utama dengan menyiarkan klip video lagu "sayangi selangor yakini bn" tiap-tiap hari sampailah ke hari pilihanraya...

MEDIA SOSIAL...

Aku adalah nama kecil yang turut membantu dalam melanyak pakatan di selangor, ramai lagi rakan-rakan blogger yang terkenal yang buat kerja yang sama, setiap hari kami para blogger, facebooker, twitter dan apa sajalah yang berkaitan dengan media sosial, kami bagai tak mau membalun kerajaan pakatan, orang kata sampai tak cukup tanah la ketika tu khalid ibrahim, azmin ali dan pemimpin pakatan selangor nak lari...

CERAMAH...

Tak kira ceramah besar atau kecil, ceramah perdana, ceramah umum atau ceramah kelompok, tiap-tiap hujung minggu mesti ada ceramah, ceramah berjalan melalui program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). pernah satu ketika, ceramah ssde ini berjalan di 3 kawasan parlimen dihari dan waktu yang sama, seingat aku program itu berjalan dari tahun 2010 hingga 2011. klik sini

DEMONSTRASI, LAPORAN POLIS DAN KENYATAAN MEDIA...

Selepas program SSDE ditamatkan, satu gerakan baru dibuat, asal ada sahaja isu yang membabitkan kepentingan rakyat selangor, ada ngo-ngo yang turun membuat demonstrasi, tak cukup dengan demo, ngo-ngo seperti GAPS, GPRS dan pemuda umno ketika itu, turun ke pejabat suk untuk menghantar memo bantahan kepada menteri besar ketika itu, khalid ibrahim, senang cerita diantara tahun 2011- 2013, tak senang duduk khalid di pejabatnya, setiap bulan akan ada sahaja demo dan nota bantahan yang khalid akan terima dari wakil-wakil ngo ini. malah laporan polis yang di buat oleh pemuda umno selangor dan ngo-ngo ini tak kurang juga banyaknya cuma laporan polis yang dibuat oleh rani kulup lagi banyak la...

ISU...

Isu di selangor ketika itu jangan cakap la, punya lah berlambak-lambak, dari isu pasir, isu air, isu rasuah, teoh beng hock, gereja dumc, kalimah Allah, perpecahan dalaman pkr selangor, perpecahan dalam pakatan, adun perlabuhan klang lompat parti, azmin kena aiskrim dalam jamban, yayasan selangor, wuihh... masa tu berlambak-lambak isu yang membawa keuntungan kepada bn sampai aku pon dah tak ingat dah, tapi ketika itu cuku-cukup banyak, macam aku tulis tadi, setiap minggu dan setiap bulan ada sahaja bahan yang baru yang menjadi topik dalam ceramah ssde dan bahan baru untuk ngo seperti gaps dan gprs buat modal untuk berdemo, buat laporan polis dan buat kenyataan media...


PROGRAM...

Selain dari ceramah, banyak juga program di atur susun oleh umno/bn selangor, antara program yang pada aku paling grand ialah, karnival sayangi selangor yakini bn yang diadakan di i-city selama 3 hari berturut dan grand finalenya pada malam tahun baru 2012. selain itu ada juga program dari pusat yang dibawa ke selangor, seperti my beautiful malaysia oleh 1m4u yang dibuat di kawasan parlimen pjs, pelancaran kedai kain rakyat 1malaysia yang dirasmikan oleh najib razak di hulu langat, tak cukup dengan najib selaku pengerusi bn selangor, rosmah juga turut turun padang melancarkan beberapa program untuk membantu bn merampas selangor, itu cerita program yang besar-besar, program yang kecik-kecik seperti program yang di anjurkan oleh umno bahagian, wanita dan pemuda kita tak kira lagi, sorry yer ketika itu aku tak nampak apa program yang dibuat oleh puteri, kalau ada boleh masukan dalam komen, pendek kata, tahun-tahun itu penuh dengan pelbagai program untuk mendekati pengundi...


Bagi tahu apa yang bn selangor tak buat dalam misi untuk merampas kembali selangor? mungkin ada yang aku terlupa, zin badak ketika itu adalah su perhubungan umno selangor dan juga koodinator bn selangor cukup kreatif dalam melaksanakan program-program mendekati pengundi...

Zin badak lah punya idea untuk buat call centre yang dikenali Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) satu talian yang membolehkan rakyat mengadu masaalah secara terus menerus kepada bn, pernah dengar radio selangor bn fm? itu juga idea zin badak, konti radio selangor bn fm bertempat di tingkat 9 bangunan umno selangor boleh di dengari melalui komputer, laptop dan smart phone, bn negeri lain pon tak mampu buat macam bn selangor buat...


Tinggal lagi ketika itu, bn selangor tak ada stesen tv sendiri jer, kalau tak complete la jentera bn selangor...

Bak kata mat rempit, tahun-tahun 2010 hingga 2013 adalah tahun "full swing" bn selangor jalankan program untuk menawan kembali negeri selangor...

Ketika itu, bn sudah mempunyai 22 kerusi dewan undangan negeri yang mereka menang pada pru 2008, bn hanya mahukan 8 sahaja lagi kerusi, 22+8=30, 30 kerusi dun sudah cukup untuk bn rampas balik negeri selangor dan membentuk kerajaan, (dun selangor ada 56 kerusi)

Dengan program yang cukup hebat, isu yang melibatkan pakatan dan kerajaan negeri cukup banyak, ramai yang menjangkakan bn akan kembali menawan selangor pada pru lepas...

Tetapi nasib tidak menyebelahi bn, setelah berbillion (aku rasa la) peruntukan turun dalam projek menawan kembali selangor, bn kalah teruk, lebih malang lagi, kerusi yang dimiliki oleh bn sebelum pru 13 ada 22, bn kehilangan 10 kerusi menjadikan tinggal 12.

Itu cerita dulu, sekarang apa program umno selangor buat untuk menawan kembali negeri selangor?

Maaf cakap la, aku masih tak nampak, walau pun pru 14 tinggal lagi 5-6 bulan lagi...

Apa yang aku nampak, umno/bn selangor semakin lemau dan lesu...

Program ceramah berskala seperti SSDE dah lama aku tak nampak umno selangor buat, program kemasyarakatan pun ada sekejap melalui program Sinergi Rakyat, lepas tu ruyub...

Mungkin akan ada yang kata, "alehh... buat apa nak buat program besar-besar macam dulu, tak buat program pun prk sungai besar bn menang besar juga" kalau itu lah jawapannya, aku hanya boleh cakap 'good luck" jer ler...

Ramai yang tak tahu program-program yang dibuat oleh umno/bn selangor ni, terutama budak-budak blogger dan facebooker yang baru nak up dan baru muncul selepas pru 13, ni otai hang cerita satu persatu apa yang kami buat dulu, itu pon masih tak cukup untuk menawan hati pengundi, macam tu punya gila program pon still umno/bn tak boleh nak menang, hilang 10 kerusi lagi, so sekarang apa program dan serangan yang korang buat untuk membantu umno/bn selangor nak rampas kembali selangor...?

Jadi berbalik kepada cerita annuar musa tadi, boleh bagi tau apa indikator yang dia kata bn boleh rampas balik selangor dari tangan pakatan...?

Bersambung...


Comments

Anonymous said…
Bagus juga kalau selangor masih dibawah pakatan..Sekurang kurang lepas PRU 14 bolih lah melayu selangor belajar belajar instinjak guna tisu paper macam cina buat cebok..maklumlah masalah air yg belum selesai lagi..good luck orang melayu selangor..
Anonymous said…
Jgn confident sgt. Over confident akan bawa kecundang.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.