Benarkah Ada Lesen Perniagaan SSM Tidak Layak Menerima BR1M...?


Semalam kecoh di media sosial, ada yang tak berpuas hati, katanya mereka tidak dapat BR1M kerana mereka ada mendaftar perniagaan dan nama mereka itu di record dalam sistem SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)...

Kalau benarlah, mereka-mereka ini dinafikan hak mereka untuk menerima BR1M dek hanya kerana berdaftar dengan SSM maka pada pandangan aku, kerajaan kena xplain betul-betul kepada rakyat kenapa kerajaan buat macam tu...

Untuk pengetahuan korang, bukan semua yang daftar perniagaan di SSM tu benar-benar berjaya dan ada perniagaan yang untungnya puluhan ribu sebulan, ada yang hanya meniaga bermusim seperti meniaga kuih raya, ada yang meniaga tudung dan lain-lain secara online yang keuntunganya sekadar cukup makan dan ada juga yang saja-saja gatal pi daftar buat SSM...

Harap kerajaan kaji balik la peraturan ni, naya la sapa tak BR1M tu, depa baru angan-angan nak booking iriz nak jadi pemandu uber untuk tambahkan lagi pendapatan...




Comments

Anonymous said…
Inilah kerajaan skrg ... memang patut dah..
Anonymous said…
Apa-apa pun bila ada daftar SSM sudah dikira ada perniagaan. Samada berniaga ada untung sikit atau banyak kenalah isytihar dengan LHDN. Atau sengaja pi gatai daftar SSM tapi sebenarnya tak berniaga pun yang itu sendiri tanggunglah. Bukan nak cari siapa yang tak layak tapi mencari mereka yang betul-betul layak untuk diberi BRIM.
Anonymous said…
Dah dspat brim melalak... tak dapat brim pun melalak... tak layak brim pun barua melalak jugak... yg layak brim pun masih nak menyalak.. pada blogger ni.... ko balik kg jap... mak bapak ko yg terhegeh2 berebut brim.... menyalak lagi tuuu...
Anonymous said…
Kerajaan dah tak de duit. Nak stop br1m malu. So buat la undang2 baru kononnya. Selama ni elok je org yg ada ssm dapat. Kenapa tahun ni pulak tetiba kata yg ada ssm tak dpt pulak. Boleh buat rayuan katanya tp rayuan dibuat cara manual maknanya kena pergi panjat satu2 bangunan. Kos toll dan minyak lagi. Cerdik kerajaan najib ni. Suka menyusahkan rakyat jelata. Tp ada yang bahalol kata najib baik lagi.
Anonymous said…
Najib baik......dia bagi brim....mana ada org bagi duit free? najib seorg jer bagi duit...

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.