Pelbagai Gimik Yang Bersih Buat Untuk Tutup Malu Kalah 7 Kali...


pertubuhan haram BERSIH terpaksa memikirkan pelbagai gimik untuk menutup malu mereka kerana kalah 7 kali di mahkamah...

mereka terpaksa memikirkan pelbagai gimik untuk sekali lagi meraih simpati rakyat kononnya mereka teranaya dengan sistem kehakiman negara kita...

sistem pilihanraya di malaysia antara yang paling 'mengikut' kehendak pembangkang.

nak dakwat hitam, SPR bagi dakwat hitam.
( SPR nak perkenal sistem biometrik dorang taknak )
nak ada wakil dalam proses undi awal, SPR bagi.
nak suruh tukat peti undi transperan, SPR ikut.
nak suruh segerakan daftar pengundi baru, SPR tiap suku tahun pamer nama.

cubaan nak tuduh SPR berat main berat sebelah dalam isu pendaftaran pengundi baru agak sukar untuk bersih taji.. ini kerana tiap suku tahun SPR akan pamer ratusan ribu nama pengundi baru.

paling best, tahun lepas iaitu suku tahun ke 3 2016.

terdapat hampir 500 ribu pengundi baru layak mengundi telah didaftarkan oleh SPR.

masih tak telus ? 

kalau tak telus, takkan pembangkang terutamanya di selangor, penang dan kelantan TERUS MENERUS MENANG PRU 2008 DAN 2013.. siap tambah kerusi DUN lagi tu.

masih nak kata SPR berat sebelah.

dalam perlembagaan semua orang ada hak untuk heret SPR ke mahkamah kalau tak puas hati mengenai senarai pemilih mahupun kawasan persempadanan semula.


sejak 6 bulan lepas pembangkang dah heret SPR 7 kali ke mahkamah.

SPR lawan pertahankan hujah berlunaskan aturan dan kehendak sistem pilihanraya.

dalam 7 kes tu semua SPR menang.

yang menarik dalam 7 kes tersebut, ada satu kes beberapa orang pembangkang tak larat nak lawan lagi pasal tahu kalah. siap tarik kes lagi.

nak tutup malu semalam bersih pergi serbu pejabat SPR.

dakwa mereka selagi pengerusi SPR tak nak ikut kehendak mereka, maka tiap minggu mereka akan berhimpun.

inilah sistem dan nilai demokrasi tafsiran bersih.

nak tutup macam-macam lompong dan kelemahan, maka seperti biasa SPR wajib dijadikan bahan hentam walaupun isu yang dibawak entah apa-apa repeknya.

3 minggu lepas ong kian ming dedahkan ada penyelewengan mengenai senarai pendaftar baru pengundi.

bila dicabar dan didesak dedahkan butiran , dia senyap.

tunggu malam keputusan PRU 14 nanti.. bila selangor penang dan kelantan dorang menang lagi.. konpem  takde bunyi lagi nak hentam SPR.

bunyi macam biasa akan keluar dekat PRU 15 pulak. ini kes bangkang bermusim, macam mangga harum manis. 

skrip berterabur takpe, janji ikut jalan cerita.

Comments

Anonymous said…
Nama pun pertubuhan haram... kenapa tak ambil tindakan ke atas pertubuhan haram... tangkap masuk dlm jel aje

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.