PROGRAM PERMATA Rosmah 1 - 0 Wan Azizah
DULU...
1. Program permata hanya tumpu pada anak orang kaya sahaja, https://www.youtube.com/watch?v=PjdjewnpuXE 15 Oct 2014
2. Rosmah tak layak jadi penaung permata / program permata hanya program tempelan https://www.youtube.com/watch?v=lb21onzKKYE 2 Nov 2014
3. Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Young Syefura Othman mencadangkan program Permata Negara dimansuhkan. FMT January 21, 2015
4. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, langkah itu juga menunjukkan pentadbiran Najib kurang yakin terhadap kemampuan pegawai kerajaan sedia ada.
Ini termasuk langkah mewujudkan Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. SelangorKini 24 Okt 2014
SEKARANG...
1. TIMBALAN Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Namun, beliau berkata, program diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu perlu diaudit dan disemak semula. Harian Metro 22 Mei 2018
2. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan, Program Permata Negara (Permata) yang dilihat sebagai sebuah program yang baik dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak, akan diteruskan oleh kerajaan. Utusan Online 22 Mei 2018
3. “Permata merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.
“Program ini juga akan meningkatkan kemahiran perkembangan kanak-kanak. Ia adalah sesuatu yang suci dan murni,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini semalam. Kosmo Online 23 Mei 2018
4. "Program ini memang berada dalam perhatian kami (kerajaan). Ia sebuah program yang bagus untuk meningkatkan kemahiran dan perkembangan kanak-kanak.
"Bagi kami, kalau program itu bagus, tiada salahnya untuk Kerajaan Pakatan Harapan teruskan. Sinar Harian 22 Mei 2018
"Program permata akan di teruskan selepas audit dibuat", "program permata perlu di audit dan disemak sebelum di teruskan", atau pun korang pusinglah kot mane pun ayat, kesimpulannya ialah, Program Permata yang di naungi oleh Rosmah dulu di akui juga oleh pakatan sebagai satu program yang bagus dan banyak menafaatnya kepada kanak-kanak...
Habis yang dulu melalak kata program permata tu tak ada menafaat, program membazir, program syok sendiri tu apa kejadahnye...?
Keputusannya ialah
ROSMAH MANOR 1 - WAN AZIZAH 0
Comments