MASIH PERCAYA BERSATU PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU?


Ini bukan fitnah, ini adalah kenyataan, anda boleh dengar sendiri apa yang keluar dari mulut ketua pemuda Bersatu.

Disini disertakan video berdurasi lima minit, untuk anda nilaikan sendiri apa yang dikatakan oleh ketua pemuda Bersatu itu..


Saya tidak meminta anda semua supaya menyokong Umno atau Pas.

Saya juga tidak mengatakan yang Umno itu parti suci, ya.. Umno ada silap, salah dan berdosa kepada umat Melayu.

Cuba lah anda bayangkan bagaimana kedudukan orang Melayu di negara ini sekiranya selepas pilihanraya 1969 lalu Umno hilang kuasa?

Rasa-rasa parti yang memerintah ketika itu, DAP, PRM dan PPP akan menjaga hak bangsa Melayu seperti mana yang Umno buat sekarang ini?

Betul Umno parti yang korup, hancing dan busuk, tetapi atas semangat untuk membantu Melayu, Umno menubuhkan RIDA (Rural & Industrial Development Authority) kemudian ditukar menjadi MARA (Majlis Amanah Rakyat) kemudian tercetus-lah idea untuk menubuhkan Dewan Latihan RIDA, yang bertukar menjadi Maktab Mara kemudian menjadi Institut Teknologi Mara dan yang terakhir menjadi Universiti Teknologi Mara, yang mana Umno menggunakan kuasanya untuk memungut anak-anak Melayu yang cerdik-cerdik tetapi tidak dapat masuk ke Universiti-universiti akibat kekangan kewangan di sumbat masuk kedalam ITM dan UiTM untuk dilatih menjadi manusia berguna.


Syed Saddiq perlu berjumpa dengan Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu, Zaid Mat Arip, dia boleh ceritakan bagaimana perjuangan mempertahankan ketuanan dan hak orang Melayu dengan darah dan air mata oleh atuknya Allahyarham Tun Ghafar Baba. Al-Fatihah untuk Tun Ghafar Baba

Jadi apa guna Bersatu di tubuhkan kalau tidak mahu mahu mempertahankan Ketuanan Melayu?

Bukankah di awal-awal penubuhan Bersatu, ianya sebuah parti alternatif kepada orang Melayu, malah kalau kita baca "Prinsip-prinsip Perjuangan Bersatu" dalam laman web-nya, prinsip nombor 2,3,7 sama seperti prinsip dan perjuagan Umno, malah dulu ada yang kata Bersatu ini adalah Umno2.0.

Jadi kenapa ketua pemuda Bersatu menolak perjuangan Ketuanan Melayu yang di perjuangkan oleh partinya sendiri?

Mungkin ada yang berkata, 'alahh itu umno dulu bukan umno sekarang" baiklah kita ambil contoh diri kita sendiri, kita bezakan taraf kehidupan zaman ayah kita dulu dengan taraf kehidupan kita sekarang, dimana kita sekarang? mewarasi kemiskinan dan kedaifan ayah kita dulu atau kita sudah "upgrade" kehidupan kita? anda ada jawapannya.

Bagaimana pula kehidupan kita sebagai bangsa Melayu sekiranya dari tahun 1969 sehingga kini pakatan DAP, PRM dan PPP memerintah Malaysia?





Comments

Anonymous said…
Percaturan tun daim menjadi
Sebagai seorang perencana dibelakang tun mahathir dibantu bloger bloger seperti hisamudin rais dll

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.