Kecerdikan Mahathir Buatkan Pelabur Luar Jual Saham Mereka


Malaysia menyaksikan aliran keluar dana asing mingguan terbesar dalam tempoh enam minggu selepas pelabur asing beralih kepada ‘gear lebih tinggi’ bagi meningkatkan aktiviti penjualan pegangan saham di pasaran tempatan pada minggu lalu, demikian menurut MIDF Research.

Firma penyelidikan tempatan itu berkata, berdasarkan data Bursa Malaysia, aliran keluar dana asing menerusi penjualan pegangan saham tempatan mencecah RM433.4 juta sepanjang tempoh dikaji minggu lalu.

Katanya, pelabur antarabangsa adalah penjual bersih sepanjang minggu lalu meneruskan sesi penjualan harian pegangan pelaburan asing selama tujuh hari berturut-turut sejak Jumaat lalu.

“Bursa Malaysia memulakan dagangan pada suku kedua dengan sentimen suram apabila aliran keluar dana asing hampir mencecah RM100 juta pada Isnin (minggu lalu).

Katanya, pada Khamis lalu, aliran keluar dana asing daripada pasaran tempatan mencecah RM96.4 juta sebelum terus menjunam kepada RM59.8 juta pada Jumaat.

“Sepanjang April, aliran keluar dana asing bersih mencecah RM1.14 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan aliran keluar dana asing bersih kepada RM2.5 bilion setakat tahun ini,” katanya.

Antara empat pasaran ASEAN yang dipantau, Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai negara yang menyaksikan aliran keluar terbesar berbanding negara lain.

Manakala, dalam kalangan tujuh pasaran Asia dikaji pula, India muncul negara penerima aliran masuk dana asing terbesar melebihi AS$8.5 bilion atau kira-kira RM30 bilion menjelang pilihan raya negara itu Mei ini.

Berita Harian 22 Apr 2019.

p/s. Pastinya para cai dan chaitro PH akan kata, berita harian silap buat laporan, kerana page siakap keli dan amran fan tidak melaporkan berita ini dalam page mereka.

Comments

Anonymous said…
Biarlah pelabur membawa keluar pelaburan mereka, bawa keluar semua pun tak apa. Kita kat sini jom pakat ramai2 boikot kedai2 dan produk2 DAP. Katakan tidak kepada kedai2 dan produk2 zionist DAP kerana mereka adalah musuh no.1 Islam dinegara ini. Jom kita mulakan dari saat ini!!!!
Anonymous said…
Ughhh ... harimau asia ku

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.