TUN... KEMBALI LA KEPADA PH, RAYU KHALID SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sejak dari pagi tadi meneruskan usaha untuk memujuk semula PM Interim kembali ke pangkuan Pakatan Harapan.
Kalau anda baca tulisan di twitter Khalid, beliau betul-betul merintih dan merayu agar Perdana Menteri berusia 94 tahun itu kembali ke pangkuan Pakatan Harapan.
Menurut sumber, pujukan Khalid terhadap Tun itu atas kapasiti peribadi beliau, bukan diarahkan oleh mana-mana pemimpin PH.
Rata-rata follower twitter Khalid meminta Ahli Parlimen Shah Alam supaya banyak bersabar dan menerima ketentuan takdir, malah ada juga yang memperli AP Shah Alam itu dengan nada sinis menulis "Lid meroyan kerana tanah Kg Baru dia belum close deal lagi" dan "Broker Kampung Baru terlepas wang besar".
Apa pun ceritanya, kita berdoa supaya Ahli Parlimen Shah Alam itu kekal sabar dan tabah menghadapi duagaan...
Comments