BILA KERAJAAN PN NAK BUAT PEMUTIHAN MYKAD?
Perlu untuk kerajaan melakukan pemutihan mykad kerana sudah banyak tangkapan yang melibatkan mykad palsu.
Sebaiknya pemutihan mykad dilakukan sebelum menjelang PRU15, kerana kalau kita tangok laporan dari jabatan Imigresen dan laporan audit negara, risau dengan peningkatan pelancong yang tidak keluar dari negara kita.
Apatah lagi, ada terdapat laporan yang mengatakan di Pulau Pinang telah dijadikan Hub mengeluarkan mykad palsu.
Menurut laporan audit negara, sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.
"Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.
"Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.
Aku juga pernah menulis mengenai isu ini 5 tahun dulu dan aku akan terus bersuara mengenai isu ini, sehinggalah selesai. https://darulehsantoday.blogspot.com/2015/12/50-ribu-pelancong-cina-yang-hilang-dulu.html?m=1
Comments