MUNGKINKAH BERSATU LAWAN UMNO DI DUN CHINI..??
Sebelum aku meneruskan tulisan aku ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, Adun Chini yang telah meninggalkan kita.
Baiklah perkara yang aku nak tulis pada kali ini berkaitan dengan Pilihanraya Kecil, semua sudah maklum, pilihanraya kecil bakal berlaku di Dun Chini, Pahang.
Apa yang bakal berlaku di sana?
Dun Chini terletak dalam Parlimen Pekan, semua orang tahu parlimen Pekan diwakili oleh Najib Razak, sebagai ahli parlimen sudah tentu Najib akan membantu mempertahankan Dun Chini agar kekal di tangan Barisan Nasional.
Disinilah yang menjadi masalah, perkara ni aku dah fikir lama dah, sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional PN, aku terfikir perkara ni.
Siapa yang bakal bertanding bagi merebut kerusi itu?
Kebetulannya cukup cantik, pada PRU lepas, BN memenangi dun itu menewaskan calon Pas dan Bersatu.
Aku yakin dan percaya, PAS sabagai rakan dalam Muafakat Nasional MN akan memberi laluan kepada BN mempertahankan kerusi tersebut, yang menjadi persoalan sekarang, adakah Bersatu akan memberi laluan juga kepada BN?
Seperti yang kita tahu, Bersatu telah menjadi duri dalam daging PN, pergolakan didalam Bersatu amat-amat teruk dan memalukan, bayangkan dalam satu parti boleh ada dua kiblat, satu berkiblatkan Muhyiddin pro PN dan satu lagi berkiblatkan Atok pro PH/DAP.
Katakan lah, Muhyiddin berbesar hati untuk memberikan laluan kepada BN untuk bertanding disitu, adakah barua-barua DAP dalam Bersatu akan bersetuju?
Seratus peratus mereka tidak akan bersetuju kan? jadi apa yang bakal berlaku? pertama, berkemungkinan mereka akan letak juga calon mewakili Bersatu/PH bertanding di situ, watikah calon boleh ditandatangani oleh Pengerusi yakni Atok, kedua, mereka akan planted seorang calon yang bertanding atas tiket bebas dan disokong oleh Bersatu/PH dan yang ketiga, Bersatu mungkin pull out, parti lain akan bertanding, mungkin PKR atau PAN dan fraksi Atok akan memberi sokongan kepada calon PH.
Disinilah kita boleh tengok talibarut-talibarut DAP memainkan peranannya, bayangkan ketika berlangsungnya kempen pilihanraya, pemimpin Bersatu fraksi Atok/DAP berkempen menghentam polisi dan dasar kerajaan PN, walhal dalam kerajaan PN itu juga melibatkan pemimpin Bersatu, tak ke lawak bunyinya tu..
Tukang-tukang fitnah dan pengadu domba seperti Khalid Samad, Mat John Sabu, Anwar Ibrahim, Tokong Lim Kit Siang dan lain-lain sudah tentu akan berkampung disana, tajuk utama fitnah mereka sudah pasti terarah ke kerajaan PN dan pemimpin Bersatu juga akan tumpang tuii menghentam PN yang mana dalam PN tu ada pemimpin dari Bersatu.
DAP, PKR, PAN dan Bersatu fraksi Atok akan bermati-matian menyerang calon BN dikawasan itu, sekiranya PH memenangi Dun Chini, akan wipe off kemenangan bergaya BN di lima PRK sebelum ini. itu menjadi idaman mereka.
Comments