MASIH MAHU PERCAYA DENGAN MUHYIDDIN ??


Sebelum korang menonton video dibawah, biar aku flash back balik apa yang berlaku sekitar tahun 2008-2009 lalu, mungkin ada yang ketika tu masih kecil lagi...

Selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke4, BN mengharungi PRU 11 tahun 2004 dengan kemenangan yang cukup bergaya, 190 kerusi parlimen di sapu bersih oleh BN, pengaruh Pak Lah bukan kaleng-kaleng kata orang Belanda.

Tetapi semua itu menjadi hambar bila mana, Mahathir mula mengkritik cara pentadbiran Pak Lah, Mahathir mengkritik Pak Lah adalah kerana Pak Lah memberi rebat cukai jalan kepada rakyat, kalau korang masih ingat la, RM150 untuk motosikal dan RM625 untuk kereta.

Apa yang Pak Lah buat ketika tu betul, harga petrol ketika itu melambung tinggi, ketika tu, kalau tak silap aku satu liter Ron 95 RM2.70, perang Iraq masih lagi berlanjutan menyebabkan harga petrol menjadi mahal, jadi untuk mengurangkan beban rakyat, Pak Lah perkenalkan rebat cukai jalan.

Itu lah buat pertama kalinya rakyat merasa duit dalam bentuk tunai di beri oleh kerajaan. tak pernah selama 22 tahun Mahathir menjadi PM dia bagi duit tunai kepada rakyat, zaman Pak Lah la bantuan terus kepada rakyat diberikan. memang ada cacat celanya cara Pak Lah tu, tapi ianya boleh diperbaiki bukannya dengan cara mengkritik seperti yang dibuat oleh Mahathir, siap buat Road Show jelajah satu Malaysia.

Nak sedap kan sikit cerita menghentam Pak Lah, Mahathir kaitkan la cerita pasal syarikat anak Pak Lah, Scomi cerita budak tingkat 4 dan lain-lain, itu korang boleh google sendiri.

Ketika Pak Lah teruk dihentam oleh Mahathir, Muhyiddin yang sepatutnya membela Pak Lah bertindak sebaliknya, Muhyiddin dalam diam membuat satu gerakan dengan beberapa orang MT Umno dan Ketua-ketua Umno Bahagian turut sama menghentam Pak Lah, lebih biadap lagi, Muhyiddin secara terang-terang meminta Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ada yang kata, Muhyiddin terpengaruh dengan Mahathir, gerakan yang dibuat oleh Muhyiddin itu telah disambut oleh DAP dan PKR, maka pada PRU 12, BN tidak dapat mengekalkan 190 kerusi yang di menangi pada PRU 11 dan BN hilang kerajaan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan gagal merampas Kelantan.

Kesian Pak Lah, Reform dalam sistem pentadbiran yang baru beliau nak mulakan telah di cantas oleh Naib Presiden beliau sendiri.

Itu pengkhianatan pertama Muhyiddin terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, pengkhianatan kedua Muhyiddin adalah kepada Najib Razak dan ketiga kepada Mahathir.

Masihkah Umno dan PAS mahu mempercayai Muhyiddin?


Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.