COVID MENGGANAS KERANA MIDIN BEBAL

Aku dah lama tak menulis pasal politik ni, maklum la sekarang ni dah kaya raya, so aku dah tak cari makan la dengan menulis lagi dah...

Tapi hari ni tergerak juga nak menulis bila tengok, kawan-kawan aku yang meniaga kecil-kecilan menderita disebabkan PKP dan Covid ni.

Sebelum aku bersurah panjang, aku nak throwback apa yang berlaku di Sabah pada bulan September lepas. Masih ingat apa yang berlaku? Ya Pilihanraya Negeri Sabah.

Pada pendapat korang la, adakah patut diadakan PRN Sabah itu di waktu Covid-covid ni? Akal waras kita sudah tentu akan jawab, tak perlu la diadakan PRN, betul?

Tapi korang siapa? Yang kata tak perlu PRN ni? Kuasa Midin melangkaui kuasa rayat, kalau Midin kata hitam maka hitam la jadinya.

Umno sedar bahaya Covid di Sabah mampu merebak hingga ke Semenanjung, lalu, Umno melalui Musa Aman memfail kan satu permohonan meminta mahkamah tangguh PRN Sabah.


Bohong la aku kata, kalau mahkamah tak ada otak untuk terima permohonan dari Musa Aman tu, bodoh sangat ke hakim tu? Tetapi kenapa mahkamah tolak permohonan Musa Aman tu? Sendiri boleh fikir ya...

Cerita mahkamah ni satu hal, ni sekarang cerita pasal Midin, adakah Midin terlalu bangang untuk meneruskan juga PRN Sabah di saat Covid masih belum reda? Jawapannya ialah, Ya Midin memang bangang, dah tahu Covid belum reda, dah tahu akan berlaku penularan dengan kadar pantas, dah tahu orang akan berkumpul, dia masih lagi bersetuju nak buat PRN Sabah, tak ke bangang namanya tu?

Kenapa dia tak istihar Darurat pentadbiran di Sabah macam dia buat sekarang ni, kalau di Batu Sapi dia boleh istihar darurat, dengan tidak mengadakan PRK, betul PRK Batu Sapi selepas dari PRN Sabah, apakah idea untuk istihar darurat itu baru datang kerana Batu Sapi tiada kepentingan kepada PPBM?

Tengok macam di Gerik, boleh pula di istiharkan darurat, tiada PRK disana, adakah kerana PPBM memang tak berani bertanding di Gerik? Pasal kawasan tu confirm-confirm Umno boleh memang, jadi di istiharkan la darurat di gerik, suapaya Umno tidak boleh mengganti ahli parlimen mereka dan kerusi MP Umno semakin kecil.

Kenapa Midin beria-ia sangat nak buat PRN Sabah? Pasal Midin nampak, Sabah adalah peluang untuk PPBM menambah negeri yang di tadbir oleh parti bunga.

Dek kerana tamak dan gila kuasa, Midin sanggup gadaikan nyawa rakyat Sabah dengan membuat PRN Sabah, padahal Covid masih belum reda sepenuhnya.

Kalau Midin ada sedikit otak, dengan tidak buat PRN Sabah, aku yakin, kes Covid di negara kita tidak akan melonjak sebegini tinggi, semuanya berpunca dari PRN Sabah.

PRN Sabah penting untuk kelangsungan politik Midin, tengok je la, belum apa-apa lagi dia dah umum nama Ketua Menteri Sabah kalau PN memang tanpa berbincang dengan Umno dan PBS, gelojoh nampaknya PPBM ni.

Padahal kemenangan PN di Sabah adalah hasil sumbangan kerusi dari Umno dan PBS, kalau nak harap PPBM stand alone, jangan harap la PPBM boleh jadi CM kat sana.

So pi mampos la dengan rakyat, janji PPBM boleh jadi CM dan bertambah la koleksi negeri-negeri yang di jajah oleh PPBM, baru la nampak style sikit. Hahahahah....

Keranan kebebalan Midin, kini rakyat merana, peniaga kecil yang baru nak mula berniaga balik, terpaksa tutup perniagaan mereka, kerani dan buruh yang telah bercuti tanpa gaji selama berbulan-bulan lamanya terpaksa bercuti lagi, kilang-kilang dah shut down. So sekarang siapa yang susah?

Adakah Midin dan para memanda menteri kluster Syurga tu sama susah macam peniaga kecil dan buruh di syarikat kecil? Sudah tentu tidak, menteri terus terusan menerima gaji dan elaun tiap-tiap bulan, tapi peniaga kecil dan buruh di potong gaji, berdepan risiko hilang kerja, hutang bertimbun-timbun.

Istihar PKP dan darurat sebenarnya bukan untuk selamatkan rakyat, tetapi untuk selamatkan kedudukan Midin sebagai Perdana Menteri, itu yang rakyat nampak, itu yang sebenarnya.

Macam aku tulis di atas tadi, sepatutnya dalam wabak Covid ini, tiada ada Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Kecil, dua benda ni punca utama penularan wabak Covid.

Umno pun sepatutnya tidak bertanding di PRN Sabah ari tu, kalau Umno tak bertanding, maka sekarang ini Umno boleh menghentam kaw-kaw pentadbiran Midin dan PPBM, tapi tu la, Umno pun sama juga nak bertanding, sudahnya Umno tak boleh la nak tunjuk mereka jadi Hero kepada rakyat, nanti rakyat akan kata, "alahh kau pun sama juga perangai gila kuasa" patutnya Umno biarkan sahaja PN bertanding, rilek la, kalau tak ada Umno korang ingat PPBM boleh menang ke? Silap haribulan PBS yang jadi CM Sabah.

Itulah silapnya Umno ni, terikut-ikut game PPBM, Umno ni harap je parti besar gedabak, tp akal tu kadang-kadang kurang besar.

Nanti aku sambung lagi...

Comments

Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal - sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!

Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!

Lihat di -
https://ismaweb.net/2021/01/17/gantung-perlembagaan-tak-bantu-pulihkan-pandemik-covid-19-tok-mat/

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.