Posts

PERJUANGAN MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUHKRIZ DAHULU HANYA REKAAN?

Image
Aku suka dengan composition gambar ini, memang cukup kena dengan ulasan yang dia buat. Menurut Exco Pemuda Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir dalam satu kolum yang dimuatkan dalam portal berita malaysiakini. Kata Ashraf "Sesungguhnya kita adalah Melayu berdaulat dan tiada istilah ‘Ketuanan Melayu’ sebenarnya kecuali yang direka-reka oleh para pemimpin politik Melayu sebelum-sebelum ini yang ingin melanjutkan dan melebarkan jaringan pemusatan kuasa mereka!" Secara tidak langsung, sindiran Ashraf itu terkena kepada batang hidung Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu sendiri, kerana mereka-mereka inilah juga yang kerap melaungkan Ketuanan Melayu sewaktu mereka dalam Umno dahulu. Mungkin Ashraf terlupa, sebelum Tun Mahathir menjadi Pengerusi Bersatu, Tun pernah menjadi Presiden Umno selama 22 tahun, presiden Umno yang paling lama dalam sejarah Umno, Dato Onn hanya jadi presiden Umno kurang lima tahun, Tunku jadi presiden lebih kurang dua puluh...

VIDEO: LEBIH BERBALOI MASUK PKR DARI MASUK BERSATU.

Image
Kepada 40 ahli parlimen Umno yang nak "jump ship" tu korang dengar dulu pesanan Datuk Ibrahim Ali, ada logiknya juga apa yang beliau katakan, "lebih untung masuk PKR dari masuk Bersatu.

MASIH PERCAYA BERSATU PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU?

Image
Ini bukan fitnah, ini adalah kenyataan, anda boleh dengar sendiri apa yang keluar dari mulut ketua pemuda Bersatu. Disini disertakan video berdurasi lima minit, untuk anda nilaikan sendiri apa yang dikatakan oleh ketua pemuda Bersatu itu.. Saya tidak meminta anda semua supaya menyokong Umno atau Pas. Saya juga tidak mengatakan yang Umno itu parti suci, ya.. Umno ada silap, salah dan berdosa kepada umat Melayu. Cuba lah anda bayangkan bagaimana kedudukan orang Melayu di negara ini sekiranya selepas pilihanraya 1969 lalu Umno hilang kuasa? Rasa-rasa parti yang memerintah ketika itu, DAP, PRM dan PPP akan menjaga hak bangsa Melayu seperti mana yang Umno buat sekarang ini? Betul Umno parti yang korup, hancing dan busuk, tetapi atas semangat untuk membantu Melayu, Umno menubuhkan RIDA (Rural & Industrial Development Authority) kemudian ditukar menjadi MARA (Majlis Amanah Rakyat) kemudian tercetus-lah idea untuk menubuhkan Dewan Latihan RIDA, yang bert...

ORANG MELAYU ADA 16 JUTA, KENAPA TUN NAK SANGAT AHLI UMNO MASUK PPBM?

Image
Tun Mahathir mengajak ahli Umno sertai Bersatu, Tun kata Umno sudah hilang pedoman untuk membantu Bangsa Melayu. Pernah sebelum pilihanraya dulu, Tun berkata, ahli Umno menyokong pemimpin yang korup, penyamun dan pelbagai lagi. malah tidak keterlaluan kalau aku tulis disini, Tun menyifatkan ahli yang masih setia dengan Umno sebagai bodoh. Jadi untuk apa, Mahathir nak ajak ahli dari parti yang bodoh dan menyokong pemimpin yang korup untuk menyertai Bersatu? bukankah dengan kehadiran ahli-ahli atau pemimpin Umno ke dalam Bersatu akan menyebabkan Bersatu akan menjadi parti yang di penuhi dengan penyamun dan pemimpin dan ahli yang korup. Adakah Mahathir mahu melihat Bersatu sama macam Umno? Umno dan ahlinya menurut Mahathir sudah hilang pedoman, kalau mereka berbondong-bondong sertai Bersatu, maka Bersatu juga akan hilang pedoman. Mahathir nak ker Bersatu yang baru berumur setahun turut hilang pedoman seperti Umno? Apakah sudah tiada lagi orang Melayu yang berju...

SERAH JAWATAN PM KEPADA ANWAR, TUN MASIH MAIN TEKA TEKI..

Image
Petikan dari malay mail:  “After I leave my position, surely there will be a replacement, and if the masses want Datuk Seri Anwar, then they have the right to get Datuk Seri Anwar. Kenapa Tun kembalikan kepada rakyat sedangkan dalam konsensus mengatakan, " Pemilihan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak harus dibangkitkan kerana ia merupakan konsensus Pakatan Harapan (PH) sejak ditubuhkan". seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani. Malah sewaktu kempen terakhir PH di PRK Port Dickson, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin turut berkata "Konsensus sudah ada, seperti apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan (ceramah), konsensus PH itu sudah dimuktamadkan dan kita tunggu masa sesuai untuk Anwar ambil alih kepimpinan negara." laporan Astro Awani. Perlu di ingat, menurut perkiraan Pakatan Harapan, Mahathir adalah Perdana Menteri sementara seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online, "Calon Pakatan Harapan untuk Perdana Mente...

TV 3 SUDAH MOHON MAAF, "ORANG ITU" BILA LAGI?

Image
Malam semalam, buat pertama kalinya stesen penyiaran swasta tv3 membuat permohonan maaf kepada bakal perdana menteri ke 8, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aku tidak tengok peristiwa itu kerana ketika itu aku sudah berada di kolam pancing. Menurut sumber Harian Metro, permohonan maaf itu dibuat dalam slot buletin utama, menurut harian metro lagi " Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, Mazlan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu sidang media dan kemudian disiarkan TV3 melalui Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan turut diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013. Anwar mendakwa, perkataan fitnah itu membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terbabit dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral." Aku lihat, permohonan maaf tv3 ini sejajar dengan titah YDP Agong yang meminta Anwar membersihkan namanya. Baiklah, itu cerita kes Anwar pada tahun 2013. Bagai mana pula dengan k...

AGONG SURUH BERSIHKAN NAMA, ADAKAH ANWAR AKAN SAMAN MAHATHIR?

Image
Seperti dalam laporan Berita Harian, Bang Non (Anwar Ibrahim) berkata YDP Agong meminta beliau membersihkan nama dari pertuduhan liwat. Kata Bang Non, "YDP Agong menasihatkan saya supaya membersihkan nama dari tahun 1998 sehingga 2018"  Baik sebelum kita terlajak jauh, mari kita recap balik video Datuk Seri Dr. Mahathir ketika satu sidang media pada tahun 1998 dulu. Dalam sidang media itu, secara terang dan jelas, Mahathir mengatakan yang Bang Non melakukan aktiviti itu, malah Mahathir turut berkata, dia telah bertemu dengan semua mangsa Bang Non. Perlu di-ingat, Bang Non di-dapati bersalah meliwat dan kesalahan rasuah, pada tahun 1998. rujuk sini Kata Bang Non dalam mahkamah, Perdana Menteri Dr. Mahathir berkonspirasi untuk menjatuhkan dia untuk tambahan kita boleh rujuk dalam siri-siri ceramah reformasi Anwar 1998. Lain dengan kes liwat tahun 2008, yang mendakwa diliwat adalah budak pejabat Anwar sendiri, Saiful Bukhari Azlan adalah pekerja di ...