Tuesday, January 26, 2010

Pengalaman Pelajar Kita Di Indonesia


det nak kongsi cerita dengan korang semua, cerita seorang pelajar malaysia yang pernah belajar di negara jiran kita Indonesia, pelajar ini hantar cerita pengalaman dia true email det..

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka.. Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi kalau macam ni la perangai Khalid Samad, Nik Ajis dan Anwar Ibrahim masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

8 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..KAT JB NI BLEY DPT SIARAN TV INDON. MMG ADE PROGRAM AGAMA KRISTIAN YG DI SIARKAN KAT TV KT SANA. PERGHH WA CKP LU, DIA PUNYE 'UST' GAYA MCM ELVIS PRESLY SEYHH!!. YESUS. CHRIST, ALLAH SEME DIA LARUNG SEMCM..ADOIYAIII

ntahla said...

ntahla..

betul lah tu.. dgn cara mcmni lah, pengaruh kristian akan menguasai malaysia.
n orang2 melayu pulak senang sgt kena hasut, mudah lupa.
ckp sikit jer dah terpengaruh..
orang melayu ramai yang tak rasional
sbb itu ramai orang melayu senang ditindas..

my2cents said...

'NAUZZUBILLAH' terima kasih atas artikel ini...sgt menarik.

eXception said...

Peh teruknya, agaknya ni yang Nuwar mahukan... Sialan...


eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Pak Tam said...

Oh ya saya sangat bersetuju bukan nak memburukkan isu kalimah Allah di negara jiran tetangga kita, Indonesia. Cuma kita belum terlewat. Saya kerap juga ke Indonesia seperti Medan, Brastagi, Danau Toba, Padang dan sebagainya. Saya pernah terbaca di suatu pekan kecil tertulis papan tanda 'Rumah Allah' tapi ada tanda salib disebuah premis dan di sebelah premis itu pula tertulis 'Warung Panggang Babi'. Begitulah lebih kurang yang saya masih ingat. Jika tak tepat saya minta maaf. Inikah yang akan berlaku di Malaysia jika kita bersetuju kalimah Allah digunakan oleh pihak kristian katolik? Mungkin kerajaan Pakatan Rakyat mampu tangani masalah ini?

Panglima Perang Cyber said...

Anwar ramai kawan baik dari sana. Dari kalangan Islam Liberal.

tak mustahil dia terpegun dengan kebebasan fahaman ini dan mahu mempraktikkannya di negara kita pula


cuma dia terlupa kita masih ada benteng agama kita iaitu Raja Raja Melayu.


Daulat Tuanku!

kerabu j said...

Pengalaman ini patut disebar seluas-luasnya,supaya ramai yang mengetahui dan memahami kenapa orang kristian Malaysia tak boleh gunakan nama Allah.
Sungguh bahaya untuk jenerasi yang akan datang !

Anonymous said...

salam,untuk pengetahuan hanya kitab bible terjemahan arab dan indonesia sahaja yang gunakan kalimah "Allah" dalam bahasa lain takde,dan untuk pengetahuan bible diterjemah ke dalam lebih 2000 bahasa.