Posts

Showing posts from August, 2015

Sekitar Bersih 4, Apa Lagi Melayu Mau...

Image
Tak ada apa-apa yang menarik pada demo bersih kali ini... Cuma itulah, majoriti yang turun berdemo kali ini adalah cina... Orang cina yang lead demo bersih kali ini... Mungkin sebagai persediaan mereka untuk lead negara ini sekiranya kerajaan BN tumbang...

Ada Kawasan DUN DI Sarawak Sebesar Negeri Pahang....

Image
Kenapa perlu di buat persempadanan semula di sarawak...? Ini jawapan dari spr, harap geng-geng baju kuning nie baca sampai hadam... Satu kawasan DUN di Sarawak ada yang sebesar Pahang. Walaupun besar taburan penduduknya, mereka merata. Ada yang masih tinggal di kawasan terpencil dan menggunakan sungai sebagai alat pengangkutan utama.  Kedudukan rumah-rumah penduduk juga jauh antara satu rumah dengan satu rumah lain. Keadaan bukan macam di bandar yang banyak kelihatan rumah-rumah pangsa.  Justeru, perlu diperkecilkan kawasan DUN (ini) agar tidak susahkan wakil rakyat di situ.  Di sesetengah tempat dengan penduduknya kira-kira 6,000 orang, ada wakil rakyat nak jumpa orang pun hampir ‘setengah mati’.  Dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sesuatu kawasan biasanya akan banyak berubah. Selalunya akan bertambah, waima bilangan dewan atau balai raya sekalipun. Di sebalik ini, proses persempadanan semula sentiasa diganggu oleh Bersih.  Mereka dikatakan sedia

Jangan Terperdaya Dengan Khabar Angin Ringgit Tak Laku Di Tanah Suci - Azeez Rahim

Image
Jemaah haji Malaysia diminta tidak terpedaya dengan khabar angin yang menyatakan Ringgit Malaysia (RM) tidak boleh ditukar di Tanah Suci. Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, maklumat itu tidak benar dan sehubungan itu jemaah haji tidak perlu panik dengan laporan yang tersebar dalam laman sosial itu. "Maklumat yang terdapat dalam media sosial menyatakan duit kita tak boleh ditukar tak boleh diguna pakai itu satu perkara yang palsu. "Saya telah berhubung dengan Pengarah Operasi Tabung Haji awal pagi tadi (yang berada di tanah suci)  dan beliau menyatakan tiada masalah mengenai perkara itu. "Duit kita walaupun duit kecil RM10, RM5 dia orang pun ada (untuk ditukar)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga jemaah haji Allahyarham Zaleha Yasin di Kota Gelanggi 4 di sini, hari ini. Sumber: Astro Awani

Jangan Bagi Kami Janji Kosong - DYMM Sultan Johor

Image
"Telah banyak menteri dan pemimpin tertinggi angkatan tentera Malaysia yang telah datang berjumpa saya dan memberikan macam-macam janji untuk membantu Rejimen Gerak Khas, sedihnya sehingga hari ini nampaknya janji-janji itu semuanya kosong belaka.

Khir Toyo Rebah Selepas Pulang Berjoging...

Image
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang dekat sini setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7 di sini, pagi ini. Sumber daripada pejabat Mohamad Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, beliau (Dr Mohamad Khir) yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulan. Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut. "Setakat pukul 6 petang tadi, keadaan beliau telah stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu kepada Bernama di sini. Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan

Persempadanan Semula Negeri Sarawak, Kumpulan Bersih Sebenarnya Dah Habis Modal...

Image
Ok baca ini... Mahkamah tinggi kuching meminta maklumat terperinci tenatng data pemilih negeri sarawak...kata mereka, maklumat yang di kemukan oleh spr itu tak cukup lengkap... Bagi mereka, maklumat terperinci tu macam ni, kalau dalam peta tu ada sungai, kena di tunjuk sungai, kalau ada parit, kena tunjuk parit, kalau longkang kena tunjuk longkang, kalau tepi rumah si seman tu ada lopak air bersar 2 kaki kali 2 kaki pun kena tunjuk juga dalam peta persempadanan semula tu... Adehh... kat sarawak sahaja ada 1.3 juta pengundi, malah kali ini di sarawak lah dalam sejarah, spr menerima paling banyak bantahan iaitu sebanyak 64 bantahan dan bantahan ini di buat oleh geng-geng pakatan... Secara tak langsung, mereka mengakui, maklumat yang diberikan oleh spr itu sampai kepada mereka, kalau maklumat tak sampai, takan spr menerima 64 bantahan... Apa pun spin yang mereka buat, mahkamah rayuan telah memutuskan yang persempadanan yang spr buat itu adalah sah, setelah spr menca

Harga Rumah Di Malaysia Terlampau Tinggi, Rakyat Tak Mampu Beli - Khazanah Research...

Image
Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia  tidak mampu dimiliki rakyat. Ia dikira berdasarkan median harga rumah pada 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan, lebih tinggi berbanding median antarabangsa bagi rumah mampu milik pada tiga kali pendapatan isi rumah tahunan. Pengarah Urusannya Datuk Charon Mokhzani berkata polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen. Ia kerana, katanya, bekalan di pasaran adalah tidak anjal dan harga tidak mencerminkan permintaan. "Perubahan perlu dilakukan dalam sistem bekalan perumahan supaya kita boleh bina rumah yang mampu milik. Dengan menurunkan harga perumahan tidak semestinya menerusi pemberian subsidi kepada pemaju, atau membolehkan mereka meminjam pinjaman perumahan besar atau tempoh bayaran balik lebih panjang. Sebaliknya langkah yang perlu diam

Permatang Pauh Merayu Kepada Kepimpinan Tertinggi UMNO...

Image
Ikuti luahan hati dan rayuan ketua umno bahagian permatang pauh kepada pucuk pimpinan tertinggi umno, ini luahan akar umbi umno...

Switzerland Sudah Mula Prosiding Jenayah Dua Ekseutif 1MDB

Image
Pejabat Peguam Negara Switzerland telah memulakan prosiding jenayah terhadap dua pegawai yang tidak didedahkan identiti dari pelaburan strategik nasional bagi tuduhan rasuah dan penyelewengan dana yang membabitkan agensi tersebut. Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) pada Jumaat dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut laporan Reuters, prosiding bermula ekoran penyiasatan terhadap tuduhan rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai antarabangsa, tuduhan salah laku dalam pengurusan kepentingan awam dan penyelewengan dana pelaburan 1MDB,” kata OAG. Di bawah undang-undang Switzerland, pihak berkuasanya menegaskan pihak mereka sedang menyiasat siapa ‘individu yang tidak dikenali’ dan masih tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya yang terbabit. Reuters baru-baru ini turut melaporkan Pejabat Peguam Negara (Switzerland) telah mengesahkan pada 14 Ogos 2015, ia telah membuka kertas siasatan jenayah terhadap dua entiti 1MD

Bukan Tugas SPR Siasat Dana Pilihanraya 2.6 Billion...

Image
SPR merupakan agensi yang  btanggungjawab menjalankan pilihanraya, membuat pendaftaran pemilih dan membuat kajian semula persempadan kawasan pilihan raya. Tugas menyiasat dana yang dimiliki oleh pihak parti bukanlah tugas SPR. Isu dana Rm2.6 billion yang didakwa digunakan bagi tujuan pilihan raya umum lalu bukanlah tugas SPR untuk menyiasatnya. Tugas menyiasat dana tersebut dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan yang mempunyai bidang kuasa mereka sekirannya melibatkan rasuah dan sebagainya. Apa pun kesalahan yg berlaku semasa pilihan raya ianya perlu dirujuk agensi penyiasat yang berkaitan seperti Polis atau SPRM. SPR hanya myiasat kewangan perbelanjaan semasa kempen pilihan raya yang dikemukakan selepas keputusan pilihan raya.  Sekirannya terbukti perbelanjaan semasa kempen pilihan raya melebihi had dibenarkan maka pendakwaan berlakunya pelanggaran undang-undang  pilihan raya pihak terbabit akan didakwa di mahkamah. Mahkamah yang akan menentukan hukuman tersebut sama a

Undi Tak Percaya Pada Najib, Bulan Lepas Cakap Lain, Bulan Nie Cakap Lain...

Image
PAS akan menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika dibentangkan di parlimen. "Jika ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata ikrar daripada PAS itu dibuat selepas pengarah pilihan raya parti berkenaan, Datuk Mustafa Ali menyokong langkah sedemikian. Sementara itu, Tuan Ibrahim mempersoalkan mengapa pihak polis tidak menyiasat 20 orang ahli parlimen BN dan "orang tua misteri" yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Najib di bawah Seksyen 124B. "Tiada tindakan melarang para ahli parlimen BN dan orang tua misteri yang dituduh itu keluar negara seperti yang dikenakan pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini? “Menga

PAS Sudah Hilang Satu Kerusi Parlimen...

Image
Ahli Parlimen PAS, Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan itu akan melepaskan jawatan dalam parti PAS untuk menyertai parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah), tajaan Gerakan Harapan Baru (GHB). Satu sidang media khas akan diadakan pada petang ini di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan. Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB. “Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini, lapor The Malaysian Insider. Namun, Dr Siti Mariah dilaporkan tidak akan melepaskan jawatan Ahli Parlimen Kota Raja jawatan yang dimenangi kerana bertanding atas tiket PAS pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13). Menuru

Polis Terima Laporan Komplot Guling Kerajaan...

Image
Polis menerima tiga laporan berhubung cubaan mengulingkan kerajaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui di Bukit Aman hari ini berkata tindakan akan diambil jika wujud sebarang perkara yang melanggar perlembagaan. Khalid bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik. Katanya, laporan itu dibuat beberapa individu berdasarkan kenyataan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini. Zahid pada Sabtu mendedahkan ada 'tokoh tertentu' daripada kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan. Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas. Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini. Ahmad Zahid bagaimanap

Bolehkah SPR Batalkan Keputusan PRU 13...???

Image
SOALAN: Bolehkah SPR mengistiharkan PRU13 tidak sah atau batal disebabkan isu dana 1MDB ? JAWAPAN : SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan peristiharan untuk membatalkan keputusan PRU13 hanya berdasarkan dakwaan khabar angin atau dakwaan yang tidak dibuktikan. Hanya pihak mahkamah sahaja yang boleh mengambil tindakan peristiharan tersebut setelah ia dibuktikan dengan sah. SPR hanya sebuah instutusi yang dipertanggungjawabkan untuk mejalankan pilihanraya sekiranya terdapat kekosongan samada disebabkan kematian atau tindakan mahkamah. Pembatalan sesuatu keputusan pilihanraya adalah kuasa mutlak pihak mahkamah setelah mahkamah berpuashati dengan bukti dan keterangan yg dikemukakan oleh pihak terbabit. Sekirannya mahkamah mengistiharkannya barulah SPR perlu menjalankan semula proses pilihan raya baru. Tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan SPR membatalkan pilihanraya hanya kerana khabar angin. Gesaan sesetengah pihak untuk membatalkan keputusan PRU13 adal

3 Juta Ahli Umno Penting, Tetapi 15 Juta Pengundi Juga Penting - Khairy Jamaluddin.

Image
Intipati ucapan perasmian YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap UMNO Bahagian Lumut. Jumaat, 14hb Ogos 2015, 9.40pm bertempat di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. 1) Maksud berjuang. Dapat atasi krisis. Dari tidak diterima , diterima. Dari kalah hingga menang. 2) 2 tahun setengah sebelum PRU. Kalau kita ada masalah kita kena akui. Harini kita hadapi keadaan mencabar. Akar umbi kena jujur untuk suarakan realiti. Jika tidak, kemarahan rakyat akan hukum. 3) Akar umbi kena suarakan kebenaran kerana kita sayang UMNO. Bukan untuk salahkan sesiapa. Bukan tidak sokong institusi kepimpinan parti. 4) Kita anggap UMNO kuat tetapi UMNO dicabar diluar sana. Popular di kalangan UMNO bukan bermakna popular dan diterima rakyat. 5) 3 juta ahli UMNO penting tetapi 15juta pengundi lebih penting untuk PRU akan datang. 6) Ahli UMNO akan terus menyokong UMNO walau buruk macamana sekalipun. Tetapi

VIDEO: Kenapa Setiap Kali Kita Nak Tolong Melayu Kita Dikatakan Racist - Ismail Sabri

Image

Wartawan Melodi Kutuk Najib Di Instagram...

Image
Mamat nie hanya seorang wartawan hiburan, slot melodi di tv3,  kalau korang tak kenal dia, nama dia di instagram ialah zuanbikinpanas... Aku tak pernah nak amik pot sangat rancangan melodi nie, pasal aku tak minat dengan artis-artis nie... Lantak la kat situ... Tapi bila tengok dia post gambar macam nie kat instagram dia, aku rasa tak patut budak tu buat macam nie, dia sepatutnya sedar, orang yang dia hina itu adalah perdana menteri malaysia... Tv3 tempat yang dia cari rezeki itu adalah salah satu entiti umno dan orang yang dia hina itu adalah presiden umno dan perdana menteri malaysia... So kenapa teruk sangat kamu hina perdana menteri dan presiden parti yang memiliki 3 juta ahli... Beragak la sikit... Tak tau la dalam tv3 nie, berapa ramai budak senget macam budak wartawan melodi nie, harap datuk johan jaafar tolong la tengok-tengokkan sikit staff u tu... Harap budak tu tak kata akaun instagram dia kena hack sudah la yer...

Tubuh Pusat Jualan Telekomunikasi Untuk Bangsa Melayu, Teresa Kok Kata Ismail Sabri Rasis...

Image
Teresa Kok membidas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mencadangkan penubuhan Low Yat 2 yang khusus untuk peniaga alat telekomunikasi berbangsa Melayu dan bumiputera. Dalam status terbaru di facebooknya, Teresa mempersoalkan idea Ismail yang dianggapnya berunsur rasis. “Bagaimana beliau (Ismail Sabri) boleh mengeluarkan satu idea yang berbentuk polisi pengasingan kaum? Ke arah mana negara ini akan pergi jika polisi ini diamalkan? “Saya mahu bertanya kepada Ismail Sabri, selepas menubuhkan Low Yat 2 untuk Melayu, adakah beliau akan menubuhkan Plaza 3 untuk India, Low Yat 4 untuk Iban, Low Yat 5 untuk KDM (Kadazan, Dusun dan Murut), dan Low Yat 6 untuk Orang Asli? “Saya ingin menasihati Ismail Sabri supaya berhenti menjadi ekstrem dan tidak masuk akal. Sebagai menteri Kabinet, beliau sepatutnya mempromosi perpaduan nasional, bukannya pengasingan kaum,” tulisnya. Inilah mentaliti kiasu, dia kata polisi pengasingan kaum

Kenapa SPR Sering Di Kambing Hitamkan...???

Image
Setiap kali berlaku masaalah dalam pakatan, mereka akan menghalakan serangan mereka kepada SPR... Pemimpin bercerai laki bini pun SPR juga yang di salahkan... Pemimpin masuk penjara kerana kesalahan seksual, SPR juga yang kena... Kalau kalah dalam pilihanraya kecil, lagi lah teruk SPR kena belasah dengan puak-puak nie... Tak paham aku, kenapa setiap kali masaalah berlaku dalam pakatan, SPR yang menjadi mangsa... Kalau mereka menang, sedikit terima kasih pun mereka tak berikan kepada SPR yang bertungkus lumus menyelia sesuatu pilihanraya itu... Bila kalah SPR kena balun... Contoh terbaru, bekas tahanan isa, malek husin nak saman SPR, kononnya SPR tidak mengawal dana politik pilihanraya... Pada 4 ogos lepas, pengerusi SPR telah menyatakan yang mana SPR tidak ada kuasa untuk mengawal sumbangan atau derma politik kepada mana-mana parti politik. SPR hanya mempunyai kuasa meminta laporan perbelanjaan calon kempen pilihan raya semasa tempoh rasmi kempe

Serangan Keatas Bapa Saya Boleh Menyebabkan Rakyat Menderita - Naziffuddin Najib

Image
Anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Naziffuddin Najib menyifatkan serangan peribadi ke atas bapanya bukan sahaja memberi kesan terhadap bapanya malah boleh menyebabkan rakyat menderita. Turut kecewa dengan serangan bertalu-talu yang dilempar pelbagai pihak terhadap bapanya, Nazifuddin berkata pelbagai tuduhan yang dibuat itu juga boleh merugikan negara. “Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri. "Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil, sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini pada Ahad. Nazifuddin berkata tohmahan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan untuk menjatuhkan bapanya. "Pihak berkenaan harus sedar

Bangunan MARA Akan Menjadi Hub Telekomunikasi Seperti Plaza Low Yatt - Ismail Sabri

Image
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan pembukaan Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut yang mengkhususkan kepada peniaga Melayu, lapor Astro Awani Online. Menteri kemajuan luar bandar itu berkata, pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat. "Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan Mara, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal. "Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya. Menurut portal itu, mengikut pelan yang dicadangkan Ismail,

Tun Mahathir Cemburu Lihat Kejayaan Najib Mentadbir Negara - Ku Nan

Image
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan ada pihak tertentu termasuk bekas perdana menteri cemburu melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini Menurut laporan portal berita mStar, walaupun tidak secara khusus menyebut nama bekas perdana menteri kenyataan itu dilihat merujuk kepada  Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Mereka serang perdana menteri. Dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Genting Kelang dari persimpangan Jalan 1/27a hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah 2 di ibu negara. Beliau menyifatkan ia bertitik-tolak daripada sifat rakus dan juga kerana tidak mencapai matlamat peribadi. "Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) Tak dapat jadi

Najib Pesan Pada Semua Ketua Perhubungan Umno Negeri Supaya Hormat Muhyiddin...

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melarang sebarang tindakan diambil ahli parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, larangan itu dibuat Najib semasa mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana tiga hari selepas rombakan Kabinet tersebut dibuat. Malah, kata Zambry, dalam pertemuan itu Perdana Menteri juga berkali-kali berpesan supaya semua pihak menghormati Muhyiddin yang masih merupakan Timbalan Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti tersebut. “Bila berlaku krisis itu, adalah suara-suara yang nak suruh Tan Sri Muhyiddin itu, ini. Pecatlah. Tapi Perdana Menteri (Najib) kata jangan. “Sedangkan mungkin dari segi pentadbiran mereka ada masalah, jadi patutnya beliau (Najib) boleh

Wanita Yang Hantar Memo Pada Najib Bakal Di Kenakan Tindakan Disiplin...

Image
Pemuda UMNO Pasir Gudang hari ini menyatakan kekesalan dengan tindakan seorang anggota wanita bahagian itu yang menghantar memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak sewaktu lawatan beliau ke sana semalam. Menurut satu kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Azman Jaafar, isi kandungan memorandum yang dihantar kepada presiden parti itu langsung tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO Bahagian Pasir Gudang secara keseluruhan. “Pendirian Pemuda Pasir Gudang adalah selari dengan pendirian YAB Ketua UMNO Bahagian yang UMNO hanya perlukan satu nakhoda untuk mengepalai bahtera perjuangan UMNO. “Apa yang telah dibangkitkan oleh YAB Ketua Bahagian di hadapan YAB Presiden benar-benar mewakili suara akar umbi serta kegelisahan umum... oleh itu, YAB Presiden diberi masa dan ruang untuk setiap permasalahan diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini. Selain itu, katanya Pemuda UMNO Pasir Gudang turut berpandangan ada usaha untuk melaga

Bagai Mana MILF Filipina Boleh Pakai Baju Tentera Darat? Mohon MINDEF Bagi Penjelasan....

Image
Aku tak paham, macam mana tentera luar (milf-filipina) boleh gunakan uniform sama macam tentera darat malaysia... Korang tengok sendiri gambar yang tentera milf filipina dan gambar menteri pertahanan, sama kan patern lorang digitalnya... Cuma yang beza pada baju menteri pertahanan ialah ada flip kecik di atas bahu sebelah kanan menteri, biasanya flip itu untuk di letakan tali lanyad, hanya komando GGK sahaja yang boleh pakai lanyard di baju loreng... Selain dari flip itu, tak ada bezanya dengan yang di gunakan oleh askar milf-filipina itu... Soalnya, bagai mana uniform tentera kita boleh terlepas keluar sehingga ke filipina...??? Siapa yang menjual kepada mereka...???

Tiada Halangan Untuk SPR Teruskan Persempadanan Semula Di Sarawak - Mahkamah Rayuan

Image
Tiada halangan untuk suruhanjaya pilihan raya meneruskan proses persempadanan semula negeri sarawak... Mahkamah telah beri lampu hijau kepada spr untuk menjalankan kerja-kerjanya yang selama tertangguh dek kerana kebebalan pemimpin pembangkang yang tak paham akan tugas dan peruntukan yang telah di berikan kepada spr... Apa lagi agaknya "trick" puak pembangkang untuk menghalang persempadanan spr kali ini... Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR akan meneruskan proses itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan bagi menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Keputusan Mahkamah Rayuan ini membuktikan bahawa tindakan SPR dalam proses persempadanan semula ini adalah memenuhi perundangan di bawah Perlembagaan