UMNO SELANGOR "DULU PANGLIMA KINI PENUMPANG"
Dulu UMNO Selangor pernah menjadi tunjang politik negeri. Hari ini, ramai tertanya-tanya sama ada UMNO Selangor masih sebuah parti yang memimpin, atau sekadar penumpang yang menunggu jemputan ke program orang lain. Selepas PRN lalu, rakyat menghantar mesej yang cukup jelas apabila UMNO hanya mampu mempertahankan dua kerusi DUN. Itu bukan sekadar kekalahan, itu amaran keras daripada rakyat bahawa UMNO Selangor perlu berubah. Malangnya, sehingga hari ini, yang berubah hanyalah jumlah kerusi. Cara berpolitik masih sama. Idea semakin kurang, suara semakin tenggelam dan gerak kerja semakin tidak kelihatan. Rakyat Selangor bukan buta. Mereka melihat. Mereka melihat sebuah parti yang dahulu cukup lantang bercakap soal maruah Melayu, institusi Raja-Raja dan hak rakyat, tetapi hari ini menikus daripada memperjuangkan prinsip. Paling memalukan apabila UMNO Selangor dilihat sekadar menjadi penumpang majlis dalam isu-isu yang sepatutnya mereka sendiri terajui. Bila isu melibatkan maruah DYMM Sulta...