Posts

Showing posts from January, 2017

Stadium Putra Bukit Jalil Kini Di Kenali Sebagai Axiata Arena...

Image
Tiada lagi nama stadium putra bukit jalil, ia kini dikenali sebagai axiata arena, selepas ia diberi nafas baru oleh kumpulan axiata berhad. Stadium Putra Bukit Jalil secara rasminya akan dikenali dengan nama baharu iaitu Axiata Arena bermula hari ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berkata, penjenamaan semula nama stadium berkenaan adalah setelah projek pembangunan semula stadium berkenaan selesai hasil kerjasama antara Perbadanan Stadium Malaysia dan Kumpulan Axiata Bhd membabitkan perjanjian selama 10 tahun dengan jumlah tajaan sebanyak RM55 juta. “Pembangunan semula ini akan menjadikan Axiata Arena setaraf dengan lokasi-lokasi penganjuran acara bertaraf dunia dan bukan sekadar menjadi lokasi penganjuran sukan tetapo acara lain seperti hiburan serta kebudayaan,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Axiata di Sentral Kuala Lumpur di sini hari ini. Khairy dalam pada itu menambah, pembangunan semula stadium tebabit adalah merupakan sebahagian daripada ke

Motosikal Kapcai Mungkin Di Halang Memasuki Bandar Kuala Lumpur...

Image
Motosikal bersaiz kecil atau kapchai, mungkin bakal dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, laporan The Star . Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pihaknya melihat kaedah larangan ini sebagai usaha yang berbaloi memandangkan pengangkutan awam kini lebih banyak pilihan dan dengan harga yang berpatutan. “Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta memandangkan mereka memasuki pusat bandar untuk bekerja. Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai. “Malah kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya kerana mereka daripada golongan miskin dan tidak mampu (untuk membeli kenderaan lain) kerana gaji yang rendah. Namun pengangkutan awam yang murah boleh didapati, dan kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya yang turut menambah ke

PAS Anti DAP Bukan Anti Cina...

Image
Timbalan Pengerusi IDE Datuk Dr Redzuan Othman berkata tahap syak wasangka dan acrimony terhadap DAP di kalangan orang Melayu adalah tinggi walaupun di Selangor, di mana pihak DAP yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.  Beliau berkata sentimen itu dikongsi oleh ramai orang Melayu di seluruh negara.  "Kemarahan dan kebencian antara Melayu luar bandar, terutama di kalangan ahli dan penyokong PAS," .  "Tahap kemarahan adalah yang paling kecil di kawasan-kawasan dgn. wakil-wakil rakyat DAP di Selangor."  Sentimen anti-DAP telah dikemukakan di dalam kajian yang dijalankan oleh IDE antara 13 dan 15 November tahun 2015 melibatkan 1716 responden Melayu di seluruh Selangor.  Ia mendapati bahawa hampir dua pertiga daripada responden (72%) bersetuju bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman dan bahawa ia hanya menjaga kepentingan masyarakat Cina sahaja.  Hanya 12% tidak bersetuju, manakala 16% berkata mereka "tidak pasti". 

Jangan Tersalah Pendrive - Tan Sri Annuar Musa...

Image
Jawapan tan sri annuar musa didalam facebooknya:  # Jangan samakan trw dgn team lain.TRW ada cara kami sendiri.KAMI TIDAK "POW" duit tajaan menggunakan PAKSAAN,UGUTAN,PENYELEWENGAN,TITAH PERENTAH DLL..TRW mempunyai "package"komersil sendiri..Pada jersey TRW ada 10-15 spot yg padanya sudah di tetapkan nilai nya bermula RM200000 ke atas..Kemudian package ini di tawarkan dan di rundingkan atas dasar win-win antara kedua pihak..APABILA ADA PERSETUJUAN KEDUA PIHAK,SATU KONTRAK TAJAAN DI METERAI... Itu lah cara kami yg miskin ini...tapi alhamdulillah TRW TERUS SURVIVE...dan yg penting TRW KEKAL SBG NGO MILEK RAKYAT...trw tidak di jadikan milek peribadi sesiapa..MENAJA TRW ADALAH MENAJA TEAM RAKYAT...BUKAN MENAJA TEAM MILIK INDIVIDU... Kita ikut cara kita...KITA TAK ADA MASA NAK BINCANG HAL TEAM ORANG LAIN....kecuali kalau terpaksa nanti...

Agak Berat Tuduhan TMJ Terhadap Tan Sri Annuar Musa...

Image
Baru je reda dengan isu beli kereta panamera, kini tengku mahkota johor sekali lagi menyerang tan sri annuar musa yang juga ketua penerangan umno dan orang kuat bola sepak kelantan tentang penggunaan duit mara . Menurut tmj dalam laman facebook johore southern tigers , annuar musa telah menggunakan duit dari pelaburan mara untuk menaja pasukan kelantan dan juga tmj mengatakan yang tan sri annuar juga memaksa unikl menaja pasukan kelantan... Tmj juga ada mengeluarkan beberapa keping gambar menjukan transaksi-transaksi yang beliau sebutkan itu... Agak berat tuduhan yang didedahkan oleh tmj ini, diharap pihak annuar musa dan persatuan bola sepak kelantan dapat menjelaskan dengan terpeinci besertakan sekali dengan dokumen-dokumen lengkap sama seperti yang didedahkan oleh tmj itu...

KETUA MENTERI SARAWAK MENINGGAL DUNIA...

Image