Stadium Putra Bukit Jalil Kini Di Kenali Sebagai Axiata Arena...


Tiada lagi nama stadium putra bukit jalil, ia kini dikenali sebagai axiata arena, selepas ia diberi nafas baru oleh kumpulan axiata berhad.

Stadium Putra Bukit Jalil secara rasminya akan dikenali dengan nama baharu iaitu Axiata Arena bermula hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berkata, penjenamaan semula nama stadium berkenaan adalah setelah projek pembangunan semula stadium berkenaan selesai hasil kerjasama antara Perbadanan Stadium Malaysia dan Kumpulan Axiata Bhd membabitkan perjanjian selama 10 tahun dengan jumlah tajaan sebanyak RM55 juta.

“Pembangunan semula ini akan menjadikan Axiata Arena setaraf dengan lokasi-lokasi penganjuran acara bertaraf dunia dan bukan sekadar menjadi lokasi penganjuran sukan tetapo acara lain seperti hiburan serta kebudayaan,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Axiata di Sentral Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khairy dalam pada itu menambah, pembangunan semula stadium tebabit adalah merupakan sebahagian daripada keseluruhan projek pembangunan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil yang akan dikenali sebagi KL Sport City yang dijangka dibuka pada Julai ini. Sumber

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.