Posts

Showing posts from August, 2008

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Sumpah Saiful

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Ekoran daripada sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 lalu, Pejabat ini menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan juga pihak media berikutan pandangan pelbagai pihak yang bercanggah antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi apabila terdapat pihak yang mengaitkannya dengan agama Kristian. Bagi menghuraikan persoalan ini, Pejabat ini ingin membuat penjelasan berikut :-

2. Al –‘Allamah Abu Bakar ‘Othman Bin Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri menyatakan dalam kitabnya “Hasyiah I’anah al-Talibin” bahawa sumpah atau“yamin” terbahagi kepada dua : Pertama dalam perbicaraan di Mahkamah, dan Kedua diluar perbicaraan.
Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri. Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah …

Komplot tipu muslihat Anwar dan menjadikan PAS kuda tungangannya

Anwar Ibrahim dipercayai mula merancang untuk memusnahkan UMNO dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1990 menerusi penubuhan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan).

Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan iaitu Ikatan ditubuhkan pada 28 Februari 1990, sebelum dipercayai ditukar nama kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam usaha Anwar mencapai matlamatnya itu.

Fungsi "Ikatan" antara lain adalah merancang pembentukan satu 'sangkar kosong' pada 1990 untuk dipenuhi penyokong Anwar pada masa sesuai nanti.

Bila Anwar dipecat, diarahkan "burung-burung perjuangan" itu masuk dalam sangkar ini (Ikatan).
Ini bermakna sejak 1990, sudah mula ada rancangan ataupun komplot untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Selama sembilan tahun, parti ini (Ikatan) dipegang dalam diam-diam untuk dijadikan senjata (oleh Anwar). Dan akhirnya lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Anwar juga dipercayai merancang dengan begitu teliti dan …

Salam

Salam, telah lama juga saya tak update blog ini, maaf la kebelakangan ini saya agak sibuk sikit menguruskan berberapa perkara, tapi dalam kesibukan tugasan, masih sempat juga saya mendapatkan berita-berita panas untuk di kongsi dengan pembaca semua.

Dalam tempoh 2 minggu lepas ada banyak peristiwa besar yang berlaku, seperti Saiful bersumpah, Anwar menang pilihanraya, Raja Petra di gelarkan sebagai pariah dan lain-lain, itu semua akan menjadi bahan bacaan untuk anda semua nanti bila saya akan ulas satu persatu nanti, Insyaallah...

Ulama Gua... Nik Aziz, salahkan Nabi Muhammad SAW kerana melantik Kroni.

Image
Nampaknya sekali lagi Ulama Gua, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggunakan alasan agama untuk menghalalkan tindakan songsangnya seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.

Ramai tentu masih ingat bagaimana Nik Aziz menghalalkan carutan Shahnon Ahmad dengan menfatwakan Allah juga mencarut maka manusia seperti Nik Aziz dan Shanon Ahmad juga layak mencarut!!

Seolah-olah Nik Aziz ingin samakan sifatnya seperti sifat Allah swt demikian menurut laman web isuhot.com.

Nik aziz juga menghalalkan Syaitan dijadikan rakan kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman pun berkawan dengan Jin dan syaitan.

Untuk mengukuhkan hujahnya maka dibentangkan ayat-ayat tentang Nabi Sulaiman di dalam Al Quran yang kononnya juga berkawan dengan syaitan.

Oleh kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman berkawan dengan jin dan syaitan maka Nik Aziz telah menggangap dirinya pun layak untuk berkawan dengan syaitan, seolah-olah Nik Aziz ingin gambarkan bahawa dirinya setaraf dengan Nabi Allah!!

Dan muktakhir ini Nik A…

Anwar masih hidup selepas 10 tahun di racun Arsenik dan di suntik Virus HIV

Anda tentu tidak dapat melupakan bagaimana dakwaan demi dakwaan semata mata ingin memburukkan kerajaan dibuat ..

Bahkan isteri PakSheih , Wan Azizah juga ‘menari’ rentak yang sama dengan mengatakan kerajaan zalim dan jahat dengan membuat tindakan tidakberperikemanusiaan tersebut kepada
Bang Nuar…

Tetapi selepas disiasat dan disahkan doktor pakar, jawapan diterima ialah, Anwar tidak ada jangkitan apa apa. Ketika itu tahun 1998 dan kita berada di tahun 2008.. Sudah 10 tahun. Apa yang anda dapat lihat sekarang ?

Anwar semakin galak dan sihat.. Mana pergi HIV nya ?? entahlah. Mungkin dah mengalir keluar dari badannya melalui saluran-saluran utamanya!Ia pergi dengan semua tidak menyedari bahawa HIV dakwaan beliau adalah penipuan Maha Besar kepada kerajaan….

Akibatnya nama negara terjejas dan kredibiliti kerajaan telah rosak sangat teruk.Jika benar HIV disuntik tentu Anwar sudah di dalam tanah dikafankan dan dipanggil Allahyarham ! Begitu juga berlori lori fail sulit dan rahsia juga tinggal gert…

UNTUK RENUNGAN PENYOKONG DAN PENDOKONG PAKATAN RAKYAT

SEKIRANYA ANDA SEORANG PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG AKAN PERGI KE PERMATANG PAUH UNTUK MEMBANTU JENTERA PILIHANRAYA PKR, SAYA AMAT BERHARAP ANDA SEMUA FIKIR LA SEMASAK-MASAKNYA, ADAKAH MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM ITU YANG ANDA NAK SOKONG...?

SAKSIKAN LAH KLIP VIDEO INI.

http://www.youtube.com/watch?v=3EaY8ZnQBdg
http://www.youtube.com/watch?v=jiOsjooyH_w&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=V56XaaxyVO0&NR=1
Image

Woff....woff....

Image

Pemuda Ingatkan Majlis Peguam Jangan Cabar Kesabaran Orang Melayu

Image
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu Majlis Peguam tidak mencabar kesabaran orang Melayu dan umat Islam di negara ini dengan cuba meniupkan isu perkauman dan agama sehingga boleh menjerumuskan rakyat kepada situasi yang tegang serta bermusuhan.

Sambil mengingatkan Majlis Peguam agar tidak melanggar hak dan batasan kebebasan bersuara sehingga boleh mencetuskan kemarahan sesuatu kaum Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesabaran Umat Islam dan Orang Melayu ada batasannya dan jangan sekali-kali menduganya.

"Tidak ada yang kurang dalam hubungan kita sesama rakyat Malaysia berbilang kaum selama ini. Sikap toleransi dan keharmonian yang selama ini kita kecapi perlu terus dipertahankan agar generasi akan datang turut berpeluang menikmatinya.

"Tindakan Majlis Peguam ini dilihat hanya akan menimbulkan pelbagai masalah baru jika hasrat mereka diteruskan", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Tegas beliau lagi rakyat pelbagai kaum di neg…

LIWAT: Anwar Tidak Percaya ALLAH Boleh Berlaku Adil

Mengapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Polis bahawa Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu?

Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim?
Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan.

Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini.
Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.
Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?

Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yan…

Signifikasi PAS dalam Pakatan Rakyat

PAS telah menimbulkan persoalan sejauhmana signifikasi perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PAS hanya dominan di Kelantan & Kedah sahaja. Pulau Pinang didominasi DAP, Selangor oleh PKR dan DAP, begitu juga di Perak, walaupun

Menteri Besarnya daripada PAS, tetapi majoritinya DAP.Lebih lebih lagi di Selangor, polisi-polisi di negeri itu lebih digarap mengikut acuan pemikiran PKR dan DAP. Polisi-polisi yang berkaitan dengan Islam adalah tidak jelas walaupun Dato` DR Hasan Ali adalah merupakan Exco Negeri bagi Hal Ehwal Islam. PAS di Selangor seolah-olah tidak lebih dari sekadar menurut apa yang dicanangkan oleh "rakan" Pakatan Rakyat mereka.Ustaz Hadi Awang juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa “tiada ketua dalam Gagasan Pakatan Rakyat” dikeluaran Harakah 10 Julai 2008.

Ini dilihat sebagai luahan isi hati pihak tertinggi PAS kerana telah diterbitkan oleh suara rasmi parti PAS itu sendiri.Jika dihalusi hasil tulisan Zulkiflee Bakar d…

Antara tuntutan melampau IFC dan Gereja Katolik

Image
Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC (Interfaith Commission) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Ronnie Liu (Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat & Exco Kerajaan Negeri Selangor ), Elizabert Wong Keat Peng (Ketua Penerangan Wanita PKR & Exco Kerajaan Negeri Selangor) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah: Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendakebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim.
Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan mur…

Bila Mana Empat Orang Boleh Saksikan Perbuatan Rogol, Liwat

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyarankan agar empat saksi dikemukakan dalam kes pertuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak lebih sekadar cakap politik yang tidak berpijak di bumi nyata.

Alasan pemimpin kanan Pas itu bahawa dengan kaedah tersebut mampu mengendalikan kes tersebut dengan adil dan telus sebenarnya mengundang pelbagai persoalan.
Kenapa Husam menuntut empat orang saksi dalam kes ini tetapi tidak menuntut syarat yang serupa kepada banyak lagi kes rogol dan liwat yang berlaku sebelum ini.

Apakah perbicaraan serta hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak perundangan sebelum ini tidak adil dan tidak telus?
Menyebut soal empat saksi seperti yang diperkatakan oleh Husam, perkara itu bukanlah satu perkara yang amat mudah kerana ianya perlu mempunyai syarat-syarat tertentu seperti tidak munafik dan sebagainya. Adakah hari ini kita mampu mencari saksi-saksi berkenaan dengan mudah.

Seperkara lagi, perbuatan maksiat …

Pendekar Kaki Kapur

Image

'Do or Die' Di Parlimen Permatang Pauh

Akhirnya, Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan parlimen milik isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebelum ini, Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu. Sebelum itu pula, ialah Parlimen Bandar Tun Abdul Razak walaupun kerusi tersebut tidak mungkin akan dikosongkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor sekarang.

Yang menarik perhatian penulis ialah keputusan yang dibuat itu amat berlawanan dengan prinsip Anwar Ibrahim yang pernah mengatakan bahawa PKR tidak akan melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti itu untuk beliau bertanding.
Beliau akan bertanding untuk menambah satu lagi kerusi untuk parti PKR.

Akan tetapi, berdasarkan kepada perkembangan semasa dan protokol pilihanraya, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menghadapi masaalah untuk layak menjadi calon.
Dan keputusan 'mengejut' melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh dilihat bersangkut paut dengan time frame yang dikejar oleh Anwar …

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 5

Image
KEJAYAAN PERLAKSANAAN EKONOMI

Ekonomi memainkan satu peranan kegemilangan yang cukup penting didalam memartabatkan islam.dengan kekuatan ekonomi yang kuat maka segala hasil boleh diperolehi untuk membangunkan sesebuah Negara.

Rasulullah saw sebelum diangkat menjadi rasul telah menjalankan kegiatan ekonomi bersama isteri baginda siti khadijah ra.baginda menjalankan perniagaan dari mekah ke syam dan disamping menjalankan tugas tersebut ia secara bilateral menjadikan baginda cukup faham akan keadaan masyarakat.

Pada awal pemerintahan islam system ekonomi selain perniagaan, kerajaan islam telah mendapatkan hasil melalui kaedah percukaian yang boleh dibahagikan kepada jizyah dan ghanimah.malah zakat juga dijadikan punca pendapatan Negara islam untuk memajukan masyarakat.

Ini bersesuain dengan ayat al-quran yang bermaksud;
‘dan dirikanlah solat,tunaikanlah zakat dan taatlah kepada rasul supaya kamu diberi rahmat’.

‘ambillah zakat dari sebahagian hartabenda mereka dengan zakat itu membersihkan dan…