Ulama Gua... Nik Aziz, salahkan Nabi Muhammad SAW kerana melantik Kroni.


Nampaknya sekali lagi Ulama Gua, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggunakan alasan agama untuk menghalalkan tindakan songsangnya seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.

Ramai tentu masih ingat bagaimana Nik Aziz menghalalkan carutan Shahnon Ahmad dengan menfatwakan Allah juga mencarut maka manusia seperti Nik Aziz dan Shanon Ahmad juga layak mencarut!!

Seolah-olah Nik Aziz ingin samakan sifatnya seperti sifat Allah swt demikian menurut laman web isuhot.com.

Nik aziz juga menghalalkan Syaitan dijadikan rakan kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman pun berkawan dengan Jin dan syaitan.

Untuk mengukuhkan hujahnya maka dibentangkan ayat-ayat tentang Nabi Sulaiman di dalam Al Quran yang kononnya juga berkawan dengan syaitan.

Oleh kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman berkawan dengan jin dan syaitan maka Nik Aziz telah menggangap dirinya pun layak untuk berkawan dengan syaitan, seolah-olah Nik Aziz ingin gambarkan bahawa dirinya setaraf dengan Nabi Allah!!

Dan muktakhir ini Nik Aziz mendakwa amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

Nik Aziz mendakwa amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit"

Nampaknya selepas menyalahkan Allah dan Nabi Sulaiman dengan amalan songsangnya, hari ini dia lebih berani untuk menyalahkan Nabi Muhammad pula!!

Maka jelaslah, bila hujung dunia manusia yang mengaku ulama akan mempersendakan kalimah Allah dan nama-nama junjungan kita hanya untuk kepentingan peribadi, mereka menjual ugama dengan harga cukup murah.

Dan ulama politik seperti Nik Aziz sikit pun tidak merasa bersalah bila mempermainkan kalimah Allah dan nama junjungan kita hanya kerana sedikit kepentingan dunia!!!

Jika benar amalan ini dibenarkan didalam Islam, mengapa selama ini Pas dan ulama-ulamanya begitu lantang menentang amalan kroni ini??/

Apakah selepas Nik Aziz mengeluarkan 'fatwa' yang baru ini maka Pas juga akan menggangap kroni ini sebagai sunnah?

Di dalam Pas, hukum akan bertukar ganti mengikut keperluan Pas sendiri. Dan itulah Islam sebenarnya yang Pas laung-laungkan selama ini!!

Inilah nada terbaru Pas gara-gara untuk menghalalkan pelantikan menantu Nik Aziz, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

MK IV

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

6 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Tulisan anda tidak sedikitpun memaparkan penulisan berilmu.
Tetapi lebih kepada menghasut untuk membenci Nik Aziz sendiri.
Pembaca blog sekarang bukan bodoh.
Semua orang mendengar Nik Aziz menyatakan Tidak salah berkroni selagi penjawat itu mengikut kelayakan...Tu yg buat perumpamaan zaman nabi....
Orang sekarang berkroni...tapi Xda kelayakan...
GPA 2.0 dapat jadi pegawai...
sedangklan syarat 3.0@2.7 ke atas...tu nama kelayakan...
Tuan pemillik blog tolong bertanggungjawab atas bahan saudara...kalau post tanpa keikhlasan/berniat jahat....balasan allah akan datang.

Sekian.

pisangemas81

Anonymous said...

memang penulis tu membenci nik aziz,pada aku la aku tengok nik aziz tu taraf keilmuan agama nye takat-takat, ustaz yang datang mengajar kat surau tempat aku je... dan yang palin penting nin aziz tu dulu bekas orang umno, tapi dia tak pernah mengaku yang dia pernah berkhidmat dengan KEMAS.

Edward Skading said...

Dear Blogger,

Hello.

My name is Edward Skading, from Selangor, Malaysia. My parents once told me that to have a happy and long life, you must take great care about the food you consume. Always make sure it’s clean, because cleanliness is next to godliness and I stuck to these values. As a result, when it comes to food, I always make sure what I eat is reasonably clean and safe. I also believe that everyone has the right for healthy, clean and safe food.

Recently, I exposed a horrible discovery concerning one of F&N Dairies (M) Sdn Bhd products on my weblog. It all started when my family and I was shocked to discover an abnormal brownish-blackish substance in a “Tea Pot” brand, sweeten condensed milk. You can read the detail findings, correspondence letters, photos of the contaminated milk and the foul conditions of F&N Dairies’ plant, at my weblog http://consumersrighteousness.blogspot.com/.

Before exposing my horrible discovery, I have made a complaint to the company, but they are denying everything and not taking ownership of the product, even there is sufficient (justifiable) evidence that the milk is contaminated by mould and their plant have various foul conditions. I did not ask for any form of compensation, but I requested that the company be truthful, take ownership and accountable for their oversight, moreover rectify the problem and produce cleaner and safer food.

I also feel cheated when the company executive responded that they are not liable for damaged products in the marketplace. Looks like I had been scammed by the company after being a loyal customer for many years. If only I had been informed in advance that I was eating their products under unsecured risk and with no assurance, I would have immediately change brand. I would have chosen a company that is more reliable, accountable and concern about their customers.

As a consumer, I am sickened by the fact that we are not provided maximum protection from this sort of situations and whatever consumer rights we have now are defenceless. Even the consumer association NGO where I made a complaint (about 5 months ago) seems to be shying away because my grievances involve a corporate giant. With all of this going on, I feel my rights as a consumer had been deprived and now I am being forced to silence. Yes, the company is now suing me to shut up. They are using bullying legal tactics just because I am poor and powerless.

I believe, it is the responsibility of our whole society to protect the rights and benefits of consumers, and we should together stand up and uphold it. By doing so, together we will eventually improve the consumption environment and no big organisation dares to bully anyone supported by a unified consumer society and that’s why I am writing to you. I am seeking for your point of view and support towards a good cause campaign to protect and uphold our consumer rights.

If you are willing, I sincerely hope you can cover my story on your weblog and tell it to your world wide readers. I would greatly value and appreciate your kind support. I apologise if I had troubled you and I am sincerely sorry if this letter is in the wrong section of your weblog. Let’s show F&N that we Malaysians are concern too.

If you wish to contact me, please send an email to eddskading@hotmail.com.

Thank you.

Yours truly,

Edward Skading

Anonymous said...

nik aziz tu kekadang bukan betul pon..mentang2 org pandang dia tinggi sbb ada ilmu agama tapi pada aku ustaz masa aku kursus kawin lagi bagus dari nik aziz..cakap allah mencarut?umno kapir? lagi elok berkawan dgn syaitan darpd kawan ngan umno?jgn kerjasama dgn umno untuk perpaduan melayu?biar berkawan dgn DAP asalkan tidak dgn umno yg sebangsa dan seagama?
itukah tok guru yg digelar tok guru?? tok guru pemecah belah umat islam tu baru betul dgn nik aziz

mrf said...

isu kroni mmg dah menular lebih2 lagi bg puak kelantan..tempat aku keje bile ada interview berpuluh yg dtg..last2 yg dpt bebudak kelantan jugak..bile tgk sijil takat diploma kolej ntah mana2..pointer takat 2.4,2.3 je plak tu..padahal ada member aku yg dtg interview graduan ukm,pointer 3.4 hampeh tak dapat..tu la dia bile org atas yg pegang org kelantan, dia nak tolong org dia jgk walaupon org lain lebih layak..dh la kerje kt negeri org, hak org tempatan dinafikan, bg kat org kelantan..

aku percaya bukan kt tempat keje aku je yg mcm tu, kat tempat lain sure sama jgk

Anonymous said...

Ramalan ambo:

Kalo oghang pas terkantoi terminum arok(nauzubillah)pasti tuan guru kito kan kato:

"Takpo, dieorang tak sengajo tuh.Dalam isle tak po kalo tertegok air stean tuh,takpo.Sebab bulu maso umar ra belum masok isle pun dio minu arok gak...tup tup jadi sahabe nabi saw.Tobat nasuho dan pangkoh pas, ambo jamin diore kan masok syurgo"

"Para Ularmak hamPAS adalah seperti seekor ular yang mempunyai lidah bercabang dua;mengharamkan yang hak dan menghalalkan yang batil demi kepentingan diri dan duniawi"

Anti Keldai, HamPAS dan B**I