Posts

Showing posts from March, 2020

MENTERI UMNO BERDEPAN TUGAS SUKAR DALAM KABINET.

Image
Ramai melihat menteri Umno/BN dan Pas akan menghadapi tugas sukar didalam kabinet Perikatan Nasional PN nanti. Maksud sukar disini bukanlah mereka menghadapi kesukaran menjalankan tanggungjawab mereka sebagai menteri, aku yakin, mereka tiada masalah menjalankan kerja-kerja menteri kerana kebanyakkan dari mereka adalah bekas menteri dan pengerusi agensi kerajaan sewaktu Umno berkuasa dahulu. Yang menjadi kesukaran kepada mereka ialah, untuk mempertahankan PN itu dari serangan PH, kerana menteri-menteri PN ni ada yang bermasalah dari segi moral dan membuat keputusan sewaktu mereka menjadi menteri dalam PH dahulu. Contoh klasik yang aku boleh bagi ialah, Azmin Ali yang kini menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Menteri Kanan), kita semua sudah maklum yang Azmin ada satu kes yang melibatkan seksual diluar tabie manusia yang masih belum selesai, aku yakin dipihak PH mungkin ada lagi peluru simpanan untuk dilepaskan kepada Azmin suatu masa nanti.

SEBAGAI RUJUKAN, MASIHKAH ANDA PERCAYA TUN MAHATHIR PENYELAMAT NEGARA...???

Image
PH telah konfirm jual aset negara dalam tempoh 16 bulan mereka memerintah:- 1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018) 2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018) 3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura - RM1.65 bilion (Feb 2019) 4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina - RM415 juta (Feb 2019) 5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura - RM197 juta (Feb 2019) 6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional - RM1.05 bilion (April 2019) 7. DRB-Hicom jual 48% kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun - anggaran RM175 juta (April 2019). (Bila syarikat swasta DRB-Hicom jual Proton, ada yang nangis pula. Jual syarikat motorsikal nasional kepada Jepun boleh pulak) 8. Axiata jual aset digital kepada Singapura - RM580 juta (April 2019) 9. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019) 10. Khazanah jual hartanah DU

GELABAH HILANG KUASA, MAHATHIR MACAM SEMBUNYIKAN SESUATU

Image
T idaklah kita ketahui apakah jenis syaitan atau Iblis yang telah merasuki otak Tun Mahathir, kegilaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri sudah mengatasi kegilaan Anwar Ibrahim. Tak pernah kita tengok Mahathir se-kelam kabut bergini, gelagat Mahathir yang hilang kuasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang beliau sembunyikan dari pengetahuan rakyat. Kenapa Mahathir kelam kabut? sepatutnya beliau terima dengan berlapang dada atas keputusan YDP Agong, bukankah beliau sendiri yang menyerahkan kuasa melantik PM baru ke tangan Agong? Krisis ini bukan dimulakan oleh rakyat atau parti pembangkang, tetapi beliaulah yang memulakan krisis ini, sudah elok-elok Malaysia ada kerajaan dia pula letak jawatan dengan alasan kononnya untuk melantik barisan kabinet baharu. Kabinet baharu yang beliau bakal lakukan itu amat bertentangan dengan semangat demokrasi di negara kita, ye lah mana mungkin parti-parti yang memiliki kerusi terbanyak tidak diambil kira dalam pembentukan kabinet ba