Aku Senaraikan 8 Kegagalan Pentadbiran Kerajaan Pakatan Haram Selangor...
SEJAK mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya. Apabila Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Malah, Abdul Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya. Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: "Manifesto itu bukan janji."