Posts

Showing posts from August, 2012

Tragedi Malam Merdeka 55, Siapa Kita Nak Salahkan...???

Image
Nasi dah jadi bubur, buat pertama kalinya malaysia di malukan di malam kemerdekaannya sendiri, bukan takat di malukan malah ada niat pembangkan nak tukar bendera malaysia dari jalur gemilang ke sang saka malaya..
Cerita depa nak berarak di dataran pada malam merdeka nie dah di canang dekat sebulan lepas dalam fb dan blog pembangkang, dua minggu lepas ada seorang pegawai tinggi polis bagi AMARAN pada puak-puak nie suapaya jangan berhimpun, tapi biasalah, AMARAN tinggal AMARAN...
Pepatah jawa ada berkata "prevention is better than cure" mencegah lebih baik dari mengobat, maka soalan aku kenapa tak di cegah dari awal? sapa nak jawab soalan tu???
Rasa-rasa koranglah sapa korang nak salahkan pasal kejadian awal pagi tadi? ada menteri asyik dok bagi AMARAN...AMARAN dan AMARAN... ada menteri tu pulak asyik dok nak jaga hati cina je, macam lah cina nak undi bn lepas nie, polis...?? polis bertindak mengikut arahan, kalau menteri tak bagi arahan macam mana polis nak bertindak, betul tak…

Bendera Republik Rakyat Malaysia, Sanggup Kah Korang...?

Image
Bendera baru malaysia, sang saka malaya, akan berkibaran di dataran merdeka malam nie...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Aku Harap Korang Bertenang Lepas Tengok Video Nie...

Image
Aku tau korang mesti panas punya tengok video nie, apa pun bertenang...

Lohh... Logo Merdeka Pakatan Di Ciplak Dari Logo Israel...

Image
Logo merdeka 2012 dari pakatan...

Logo sambutan penubuhan negara israel dan logo bidaan untuk olimpik 2016 jurusalem...

Tengok dan nilaikan sendiri...

Cukup Susah Nak Beli Bendera Malaysia Sekarang Nie...

Image
Aku cuba sahut saranan kerajaan untuk kibarkan jalur gemilang di kereta, aku pun tak pasti sama ada saranan itu betul-betul datang dari kerajaan atau dj radio yang memandai-mandai kata kerajaan suruh kita kibarkan, tak kisah lah...
Apa yang sedihnya, tiga jam aku pusing satu shah alam tak ada kedai yang jual bendera malaysia versi tempek dekat cermin kereta, dari stesen minyak petronas, kedai mamak, kedai buku cina, kedai buku mamak, 7-11, mydin mart dan macam-macam kedai aku masuk, tak ada satu kedai pun yang jual bendera versi kereta, kenapa? bila aku tanya pekedai tu, jawapan standart depa bagi ialah "dah habis" perghh... kalau betul bendera tu dah habis, dah tentu melata kereta dalam shah alam kibarkan bendera malaysia, tapi aku tak nampak pun...
Dulu sebelum tsunami politik, banyak syarikat glc bagi bendera tu free, petronas, plus dan tah apa-apa lagilah glc berebut-rebut bagi bendera free kat orang ramai, kononnya menaikan semangat petriotik, sampaikan ada yang buat road…

Lohh... Rupanya Kerajaan Selangor Tipu Harga Air...

Image
Sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor, negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.
Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih, pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.
Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.
Dalam hal bekalan air bersih misalnya, waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala, kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastik…

Sahabat Baik Anwar Dedahkan Kenapa Anwar Tolak Hudud...

Image
PAS dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.
Ahli Dewan Negara, Dato' S Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.
Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin PAS yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.
"Saya menghormati para pemimpin spiritual PAS yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.
"Di samping itu, PAS tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri…

Betul Ke Pengerusi Sime Darby Cakap Macam Nie Dekat Khalid Samad...???

Image
Benarkah pengerusi sime darby yang suatu ketika dulu pernah menjadi timbalan perdana menteri malaysia berkata bergini kepada khalid samad ahli parlimen shah alam...???
“mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya.klik sini
Aku nak pintak penjelasan, pasal aku bukan percaya sangat pada khalid samad nie, kalau kalimah ALLAH pun dia boleh gadai lagi kan pulak apa yang dicerita oleh tun musa senang-senang je la dia spin, jadi aku nak mintak penjelasan... kalau terbukti apa yang di tulis oleh khalid samad tu satu pembohongan maka aku minta tun musa atau bagi pihaknya saman khalid samad...

Isu Meter Air Pukal: GPRS Sediakan Peguam Untuk Rakyat Tuntut Hak Mereka...

Image
Ramai yang tak sedar, pemberian air percuma kepada rakyat selangor sebenarnya tidak menyeluruh, mereka yang tinggal di flet kos rendah, apartment murah dan kondo tidak pernah merasa pemberian air percuma dari kerajaan selangor, sebaliknya mereka yang tinggal di rumah banglow, semi-d rumah teres yang mendapat pemberian air percuma itu, inikah yang dikatakan kerajaan berkebajikan...???
Jadi gerakan perihatin rakyat selangor (gprs) mendesak kerajaan selangor segera menyelesaikan masaalah seperti yang mereka janjikan dalam manifesto mereka pada pru lepas, malah pihak gprs menyediakan berberapa orang peguam untuk rakyat menuntut hak mereka...

Syiah Lawan Sunnah, Akhirnya Ustaz Nasa Jadi Korban...

Image
Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.
"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi. 
Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.
Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharuddin memandangkan ahli parlimen Bachok itu tidak lagi menganggotai jawatankuasa itu.

Sahih... Nurul Izzah Akan Bertanding Di Parlimen Titiwangsa...

Image
Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.
Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.
Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.
Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari M…

Perjelas HUDUD PAS, Ilmu Akan Jelajah Negara...

Image
Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan. Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.
“Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.
“Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar,” katanya.
Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.
Jelajah itu akan b…

Demo Bersih Pada 31 Ogos Nie...

Image
Penyokong LGBT, sex bebas dan pluralisme agama akan buat perhimpunan bersih pada 31 ogos nie di dataran merdekan, kononnya untuk membantah sambutan merdeka yang kita rai kan setiap tahun, mereka nak buat provokasi terhadap anggota polis dan tentera yang berarak ketika itu.

Mungkin mereka akan berbaris di sepanjang jalan-jalan yang di kenal pasti di mana pasukan polis dan tentera berkawat, maki hamun seperti polis rasuah, polis anjing kerajaan dan askar makan gaji buta ayat yang menjadi zikir di mulut-mulut meraka.

Apa pun pada aku teruskan lah perhimpunan tu, biar rakyat tengok rupa macam mane gelagat penyokong lgbt, sex bebas dan pluralisme agama merai kan hari merdeka negara kita.

Ucapan Selamat Hari Raya Daripada Tuanku Sultan Johor...

Image
Gambar sekitar majlis rumah terbuka DYMM Tuanku Sultan Johor di istana pasir pelangi, johor bahru pada hari raya kedua...



gambar ehsan kesultanan johor

Khalid Gagap Sponsor Bas Mewah Untuk Kampen PKR...

Image
Di saat rakyat selangor menderita di bulan syawal nie akibat catuan bekalan air, khalid gagap dengan bangganya menghabiskan duit (konon duitnya sendiri) untuk membeli sebuah bas mewah bagi di gunakan oleh pemimpin pakatan untuk tujuan berkempen...
Untuk apa khalid sponsor bas mewah untuk pemimpin pkr berkempen? itu soalan yang perlu khalid jawab... adakah ini sebagai insuran khalid untuk memastikan namanya tidak terkeluar dari senarai inner circle anwar atau untuk memastikan dirinya masih lagi menjadi calon pkr pada pru akan datang...?

Marilah Kita Buat Perbandingan...

Image
Perbandingan antara pemimpin umno dengan pemimpin pas...



Ustazah Abby...

Image
USTAZAH ABBY
sekadar pandangan...
Alhamdulilah. Abby, Aishah, Dayang Ku Intan dan lain lain wanita yang bukan artis kerana telah berhijrah dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat.
Penulis ingin menasihati keluarga dan diri sendiri bahawa menutup aurat adalah sebahagian sahaja yang di tuntut oleh Islam. Islam juga menuntut penganutnya sembahyang 5 waktu (minimum), bayar zakat, tunai haji, berbuat baik, bersikap adil, menjaga aurat mulut dari mengeluarkan fitnah dan menjaga aurat teliga dari mendengar fitnah dan banyak lagi.
Marilah kita semua mendalami ilmu agama dahulu, membaca danmemafami AlQuran dan mengenal Allah serta Rasullulah. Jom kita isi dada dengan ilmu Allah sebelum kita terlibat di dalam ceramah.
Untuk pengetahuan ramai, menuruti sebuah blog, Tok Guru Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj.Ismail Tok Som, Pondok Pujuk …

Ucapan Selamat Hari Raya Daripada Shahrizat Jalil...

Image
Ucapan selamat hari raya dan sidang media majlis tadarus, solat sunat duha dan taubat anjuran wanita umno malaysia.

Confirm Zuraidah Pengsan Tengok Gambar Nie...

Image
Wanita pkr do sebok cerita pasal moral dan perangai orang, tapi korang pernah tak tengok wanita pkr buat program macam nie....??? suruh mak lampir zuraidah jawab.
Majlis tadarus al-quran, solat sunat duha dan tasbih anjuran wanita umno malaysia di masjid klcc kuala lumpur, kira-kira 2000 wanita hadir...

Logo Merdeka Ciptaan Hishamudin Rais...

Image
Tahniah sham rais, ko dah tunjuk wajah sebenar pakatan, dalam kepala otak orang-orang pakatan tak de benda lain, sex...sex...dan sex, nie di buktikan dengan terciptanya logo nie...
klik sini sebelum dia buang atau adjust rupe bentuk logo tu...



Zuraidah Mak Lampir Mesti Menangis Tengok Gambar Nie...

Image
Pernah korang tengok zuraidah dapat layanan sebergini mesra dari rakyat? pernah korang korang tengok zuraidah hadiri majlis khatam quran anjuran pas atau pkr?
Shahrizat semalam menghadiri majlis mahabbah dan khatam quran anjuran wanita umno kuala selangor dan penyampaian sumbang hari raya di majid jamiulridhwan, pekan jeram, kuala selangor.

Apa Kaitan Akhbar Harakah Dengan Krisis Air Selangor...???

Image
Berbalik kepada soalan aku tadi, apa kaitan akhbar harakan dengan krisis air di selangor yang kian meruncing nie...??? jawapannya ada di bawah.....


Sudahkah Badrulamin Bernikah Dengan Perempuan Yang Dia BeZINAnya 6 Bulan Lepas???

Image
Apakah kesudahannya kes Khalwat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrolamin Bahrom yang dicekup berdua-duan bersama isteri orang dalam Bilik 6385 Swiss Garden Hotel Kuantan, Pahang…?
Senyap dan sunyi sepi kisah ini…!
Tentu kita semua tidak lupa dengan berita TERHANGAT pada penghujung bulan Februari 2012 apabila Badrolamin bersama pasangannya Zitawani yang berusia 28 tahun, kakitangan di Kolej Komuniti Rompin dicekup berkhalwat.
Lebih memanaskan lagi berita ini kerana status wanita tersebut merupakan isteri orang…!
Wanita itu mengakui pergi menemui Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun kerana bimbang keselamatan mereka terancam. 
Beliau juga mengakui memang kenal rapat Badrolamin dan isterinya setelah mengikuti rombongan umrah sebelum ini seterusnya sering berhubung antara satu sama lain.
Menurut Badrolamin, beliau dihubungi wanita berkenaan beberapa hari sebelum insiden itu, yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta…

Kubah Masjid Runtuh, Petanda ALLAH Murka Pemerintahan Nik Ajis...

Image
Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.
Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?
Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?
Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.
Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zai…

Zunar Hina Bendera Malaysia, Apa Tindakan Menteri KDN..???

Image
Kartun terbaru zunar, hina bendera malaysia dan lagu kebangsaan, so apa tindakan kdn...??? ketua hindraf waythamoorthy yang hina negara kita di luar negara masih di beri peluang kedua oleh ketua polis negara, nizar hina sultan masih dibiarkan lepas bebas tampa di ambil sebarang tindakan, sedangkan thailand sebuah negara kafir pun boleh ambil tindakan keras kepada sesiapa yang menghina raja, bendera dan negara mereka, tapi di malaysia... semuanya boleh lepas bebas...

Nik Ajis Jilat Balik Kahaknya Yang Dia Ludah 26 Tahun Dulu...

Image
Nik ajis ketika menjadi ketua dewan ulama pas, pernah menegaskan, kerjasama dengan mana-mana pertubuhan bukan islam adalah dilarang, malah nik ajis juga menentang kerjasama dengan dap, keputusan itu dibuat bedasarkan ketinggian ilmu agamanya...
Dan kini, segala yang di ludahkan oleh nik ajis 26 tahun dulu dijilatnya balik, jilat sampai licin sehingga tidak nampak bekas yang satu masa dulu dia pernah meludah... 

Bapa 13 May Gelabah Bila Utusan Siarkan Artikel "Haram Sokong DAP"

Image
Kit siang melompat bila utusan keluarkan artikel di muka depan akhbarnya bertajuk "haram sokong dap" kenapa bapa 13 may tu melenting...??? memang hukumnya haram sokong parti rasis yang cuba menjadikan negara malaysia nie sebuah negara kristian kalau mereka memerintah negara ini, klik sini.
Bukan sahaja nak jadikan negara kita nie negara kristian, tapi dap hampir-hampir menghalau orang melayu keluar dari kuala lumpur sewaktu merayakan kemenangan mereka pada pilihanraya umum tahun 1969 sehingga mencetuskan peristiwa 13 mei.
Dan jangan pula kita lupa, gagasan malaysian malaysia yang di pegang oleh dap untuk menjadikan malaysia sebuah negara republik, menghapuskan sistem beraja dan membuang agama islam sebagai agama persekutuan adalah agenda jahat dap sehingga kini, maka saranan pengasas pondok geting, tumpat, abdullah sa'amah "haram sokong dap" dalam akhbar utusan malaysia memang tepat...

Kes Giler... Masuk PAS Kerana Memek Isteri Di Pegang Doktor...

Image
Semuanya salah umno, pelik sungguh kes nie, dia masuk pas dan salahkan umno pasal memek isterinya di pengang dan di periksa oleh seorang doktor lelaki, katanya suami di malaysia dayus kerana membiarkan lelaki lain memegang dan memeriksa memek isteri mereka...
Soalan aku, bagai mana pulak kalau si suami benarkan isterinya bergasak atas katil dengan bossnya, apakah itu tidak dayus...???

Psstt... Jangan Bagi Tau Orang Lain, Lajim Ukin Bakal Ketua Menteri Sabah...

Image
Antara janji yang telah dibuat Anwar Ibrahim untuk Lajim Ukin meletakkan jawatan dalam kerajaan pusat dan parti adalah dia ditawarkan jawatan Katua Menteri Sabah. 
Namun, ini bukan kali pertama Lajim ditawarkan Anwar jawatan yang sama. Lajim pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Ketika Anwar mengatur lompatan pemimpin PBS lompat keluar untuk menumbangkan PBS upada tahun 1994, dia juga ditawarkan jawatan yang sama. 
Akhrnya dia dikencingkan dan ini yang dia masih memegang keahlian dalam UMNO dan hanya bergerak atas nama NGO yang akan ditubuhkan sendiri. AMANAH pun bukan landasan politiknya. 
Lajim dengar-dengar tapi belum percaya habis pada Anwar. Dia masih tunggu dan lihat. Masih ada kemungkinan untuk dia melakukan aksi Nasaruddin Bota. 
Lajim akan tanding di kerusi DUN, kemungkinan besar di Klias di kawasan kampungnya di Beaufort.
komen aku: cuba tanya lajim, masa anwar janji nak bagi dia jawatan ketua menteri sabah, ada tak anwar pesan 'jangan bagi tau orang lain…

PKR Yakin Tewas 16 Kerusi Parlimen...

Image
Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.   
PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.  Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.
Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.  
Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.  
Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.  Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pih…

Karpal Dan Shamsul Iskandar Sama-Sama Kufur...

Image
Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.
"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.
Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Angkata Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.
Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.
Petik…

Taktik Cina Nak Jahanamkan Ekonomi Bumiputra...

Image
Nah inilah taktik terbaru cina nak jahanamkan ekonomi melayu bumiputra, depa siap buat fan page dalam facebook boikot barangan keluaran felda, untuk apa? untuk jahanamkan ekonomi melayu, ini semua hasil didikan dap dan bapa 13 may, lim kit siang...

Tema Hari Kebangsaan Pun Tak Boleh Sepakat, Macam Mane Nak Perintah Negara...???

Image
Cuba korang fikir, nak tetapkan tema hari kebangsaan pun pakatan haram tak boleh nak sepakat macam mana nak perintah malaysia...
Semalam pakatan umumkan tiga tema berbeza untuk negeri-negeri yang mereka perintah, korang boleh klik sini...
Soalan aku kenapa perlu ada tiga tema berbeza? kenapa selangor dan penang guna tema berlainan dari kelantan dan kedah pula guna tema lain...??? ada sesiapa boleh jawab...???
Macam mane la agaknya kalau depa nie perintah malaysia...

PAS Dapat Konsesi Jual Saham Akhirat...

Image
Murahnya saham akhirat Pas Jual...RM5.00 je..bila pula pas dapat Konsesi dari Allah untuk jual saham akhirat ni? Untung juga jadi artis masuk pas dapat konsesi jual saham akhirat.... Kurafat kurafat kurafat..pas kian sesat.

Agenda Negara Kebajikan "Ini Tawaran PAS"

Image
Haa...haa...haa... mane hudud???

DAP Letak Calon Melayu Pada PRU Akan Datang...

Image
DAP akan letak calon melayu pada pru akan datang, dap nak wakil mereka jadi menteri besar, maka dap meminta diberikan lebih kerusi dalam parlimen dan dun, adakah pas dan pkr bersetuju dengan permintaan dap itu...???


Tiga Ribu Pelajar UNISEL Tak Boleh Masuk Asrama...

Image
Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr. Anuar Ahmad bercakap kepada media bahawa universiti tersebut lebih baik di bawah pentadbiran PKR Selangor dan mendapat keuntungan sehingga boleh membayar bonus kepada kakitangan. 
Namun apabila lebih 3,000 pelajar Unisel tidak dapat mendaftar ke asrama masing-masing seperti dijadualkan minggu lalu, menunjukkan banyak kelemahan daripada aspek pentadbiran dan kedudukan kewangan UNISEL yang semakin parah dan kritikal, sehinggakan tidak mampu membayar kpd Pengendali asrama pelajar yang di fahamkan sudah meningkat kepada RM 15 juta.
cerita lanjut klik sini.

Zahid Hamidi Cabar DAP Sokong Hukum Hudud PAS...

Image
Kalau benarlah bagai dikata, pakatan rakyat nie sebuah pakatan yang kuat, berwibawa dan mereka semua bersepakat dalam segala hal dan isu, maka dap di cabar nyatakan sokongan mereka terhadap pelaksanaan hukum hudud yang nak di laksanakan oleh pas...



Tadarus Al-Quran Perdana Bersama Rakyat Di Bagan Datoh...

Image
Tadarus al-quran perdana bersama rakyat anjuran umno bahagian bagan datoh, perak dan penyampaian sumbangan hari raya...

Toleransi IGP Tidak Bertempat...

Kenyataan Media Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.Ketua Hindraf Waythamoorthy telah kembali ke Malaysia satelah burukkan imej Malaysia dan mencabar kedaulatan undang-undang sebelum lari keluar negara..Saya amat tidak setuju dengan pendirian dan kenyataan IGP TS Ismail,kata IGP! ketua pertubuhan haram ini boleh di beri peluang kedua. Apakah undang-undang Malaysia berkuatkuasa bagi kali kedua?Untuk kali pertama, dia lepas dari undang-undang. Saya rasa dalam dunia ni, Malaysia saja amal undang-undang macam ini, sebab itu,selepas Tun Mahathir tidak lagi menjadi perdana menteri, undang-undang Malaysia tidak lagi di hormati. Ketua Hindraf ini tak patut balik ke Malaysia sebab dakwaanya mengambarkan Malaysia amat buruk dan tidak adil kepada kaum India jadi untuk apa dia balik ke malaysia? pergilah cari negara lebih baik dari Malaysia. Patut nya beliau secara sukarela menyerah balik kerakyatan Malaysia. Saya kecewa sikap toleransi perlaksanaan undang-undang yg tak bertempat, tak ada maruah.…

Kamal Hisham Vs Sultan Ibrahim- Kalau Dah Dasar Penipu...

Image
Kalau sudah dasar PENIPU yang bijak membelit, maka tidak hairanlah Kamal Hisham boleh mempersendakan kaedah hukum agama untuk menangguk di air yang keroh…
Sepertimana yang telah dijelaskan pada cerita yang lepas, keseluruhannya cerita benar mengenai Kamal Hisham ini bertaut kepada asasnya menipu rakyat Johor dengan menjual nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. 
Cerita kali ini agak menarik…. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, disamping kita berpuasa, bersolat tarawih, memperbanyakkan amal ibadah kita juga sudah pasti akan menunaikan tanggungjawab kita membayar Zakat Fitrah.
Zakat ini adalah ibadah yang amat erat perkaitannya dengan urusan pemerintahan. Jika dibandingkan dengan ibadah wajib dan rukun yang lain, solat, puasa dan haji misalnya, maka zakat adalah ibadah yang melibatkan kepentingan umum (maslahah ‘ammah).
Dalam istilah lain disebut ‘amalan ijtimaiyyah’, yang mana jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, maka kesan buruknya akan menimpa orang lain, yakni asnaf yang lapan.

Iftar TPM Bersama Media & Blogger...

Image
TPM dan isteri berbuka puasa bersama warga media dan blogger di balai berita berita harian jalan riong bangsar semalam.

SAHIH... Hudud & Negara Islam Bukan Lagi Jadi Agenda Perjuangan PAS...

Image
Tak perlulah lagi orang pas bertegang urat mengatakan hudud dan negara islam akan di laksanakan sekiranya pas dan pakatan memerintah malaysia, ini di akui sendiri oleh setiausaha agung pas...

AntaraPos Kantoikan Khalid Samad Dalam Isu DAP Tak Hina Hudud...

Image
Berikut adalah kenyataan khalid samad dalam antarapos:
"Ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Abdul Samad menyifatkan pendirian DAP menghormati hak parti Islam itu lebih baik daripada sikap MCA yang dilihat memperlekehkan hukum hudud.
Tegas beliau, keberanian MCA mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak berkeras mahu melaksanakan hukum hudud.
"DAP tiada keluarkan kenyataan macam tu. DAP hormat hak kita untuk memperjuangkan hudud. PAS untuk memperjuangkannya. MCA yang baru-baru ini buat seminar memperlekehkan hudud dan sebagainya.
Sedangkan Lim Guang Eng pernah kata Jawatankuasa DAP akan resign beramai-ramai kalau PAS nak buat hudud. 
kenyataan guan eng dalam the star.

Memang kompom, pas jadi tukang cuci berak dap...

Zuraidah Lancar Kampen 'Dollah Sani Hina Wanita'

Image
Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.
Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.
Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang mak andam.
Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.
Cerita selanjutnya klik sini