Posts

Showing posts from February, 2020

PERIKATAN NASIONAL MOHON SOKONGAN RAKYAT.

Image
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Pakatan Nasional merayu sokongan rakyat Malaysia. Ini ditegaskan oleh Muhyiddin sebentar tadi. Kata beliau "Kami berhasrat melakukan yang terbaik demi negara dan menyelamatkan negara dari keadaan yang berlaku sekarang." "Saya menyeru agar rakyat berdoa kepada Allah, supaya perjuangan kami mendapat berkat" Pagi tadi, Pakatan Nasional dan beberapa pemimpin dari Pas, Umno dan GP Sarawak ke Istana Negara bagi menyembah kepada Yang Dipertuan Agong senarai nama Ahli Parlimen yang bersama-sama Pakatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan.

TUN MAHATHIR PULA BUAT PUSINGAN U...

Image
Di saat kerajaan baru Malaysia bakal terbentuk dengan gabungan Parti Umno, PPBM, PAS dan lain, Perdana Menteri Interim pula buat pusingan U (U-Turn). Beberapa hari lepas, Mahathir dalam kenyataannya menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri yang baharu. Selain memberi sokongan kepada Muhyiddin, Mahathir juga mengatakan yang beliau tidak menghadapi masaalah untuk bekerjasama semula dengan Umno. Tetapi dalam kenyataan media peribadi yang beliau keluarkan semalam pula berkata sebaliknya. "Tidak bersedia berkerja sama dengan Umno". Nampaknya proses pembentukan kerajaan kini menjadi makin kusut. Ditambah pula pada hari semalam juga Pakatan Rakyat menyatakan mereka akan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi mengantikan Perdana Menteri ke-7 yang meletakkan jawatan minggu lepas.

SYED SADDIQ MUNGKIN TINGGALKAN PPBM...

Image
"Biar mati bermaruah dari hidup dijajah" itulah bait-bait tulisan dalam twitter bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Beliau menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kerjasama parti beliau yakni PPBM dengan Umno. Tidak terkejut dengan tulisan beliau di twitter tersebut, ketegasan beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno pernah beliau suarakan ketika mesyuarat Armada pada hari Rabu lepas. Amat menyedihkan sekiranya Syed Saddiq pergi meninggalkan PPBM dan kerajaan Pakatan Nasional nanti, beliau seorang figura anak muda yang berjaya dan layak dijadikan contoh, keberanian dan karisma beliau menjadi suntikan semangat kepada anak muda diluar sana.

TERKINI: PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS LETAK JAWATAN.

Image
Berita terkini menurut laporan The Edge Market, melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara. Surat peletakan jawatan itu beliau sampaikan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir di Kompleks Perdana Putra. Tidak tahu sebab musabab kenapa Tommy melepaskan jawatan. besar kemungkinan ianya berkaitan dengan peralihan kuasa dan kepimpinan yang bakal berlaku sedikit masa lagi.

TUN... KEMBALI LA KEPADA PH, RAYU KHALID SAMAD

Image
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sejak dari pagi tadi meneruskan usaha untuk memujuk semula PM Interim kembali ke pangkuan Pakatan Harapan. Kalau anda baca tulisan di twitter Khalid, beliau betul-betul merintih dan merayu agar Perdana Menteri berusia 94 tahun itu kembali ke pangkuan Pakatan Harapan. Menurut sumber, pujukan Khalid terhadap Tun itu atas kapasiti peribadi beliau, bukan diarahkan oleh mana-mana pemimpin PH. Rata-rata follower twitter Khalid meminta Ahli Parlimen Shah Alam supaya banyak bersabar dan menerima ketentuan takdir, malah ada juga yang memperli AP Shah Alam itu dengan nada sinis menulis "Lid meroyan kerana tanah Kg Baru dia belum close deal lagi" dan "Broker Kampung Baru terlepas wang besar". Apa pun ceritanya, kita berdoa supaya Ahli Parlimen Shah Alam itu kekal sabar dan tabah menghadapi duagaan...

PH JOHOR HILANG KUASA, AMANAH SALAHKAN TUN MAHATHIR.

Image
Hari menyaksikan perubahan kerajaan di Johor, Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri Johor sebelum ini tumbang dengan sendirinya bila mana Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Johor kini di perintah oleh gabungan parti BN, PAS dan PPBM, membentuk kerajaan negeri. Adun Benut, Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Johor tadi. Bagi pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan pula, beliau meletakkan seratus peratus kesalahan itu kepada Tun Mahathir, katanya "Tun Mahathir lah punca kepada tumbangnya kerajaan PH di Johor" tambahnya lagi, "sikap Tun Mahathir yang mementingkan diri sendiri punca PH hilang kuasa di Johor" Aminolhuda turut kesal dengan mantan Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan PH Johor kerana beliau membuat keputusan sendiri.