Atas Runtuhan Rumah Pangsa Orang Melayu, Cina Dirikan Kodominium Mewah...
Kenyataan Media GAPS rasa terpanggil untuk turut sama menyatakan bantahan terhadap cadangan Menteri Besar yang mahu membangunkan projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kg Datuk Keramat. Kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari rm 956,000 hingga rm 11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil atau sederhana. Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum rm20,000 sebulan saja yang mampu untuk membeli kondominium itu. Usaha yang di pelopori oleh PKNS ini adalah terpesong jauh dari tanggungjawab mereka yang sepatutnya membina perumahan untuk golongan rendah dan sederhana. GAPS ingin mempertikaikan polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa 5 tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk orang kaya dan jutawan sahaja sedangkan 90% penduduk selangor adalah terdiri dari ...